Skip to content

touch ‘n’ go – gb

2011 January 27
by Guru Besar Pencen


Baik sangka, senang bekerjasama.

Gambar kenangan bersama Allahyarham Cikgu Wahab (1971) practical teaching di sk Kampung Jawa Pulau Pinang

Tulislah cikgu,  sekolah dah siap tapi masih dua sesi :  Kata cg lama saya kepada saya disuatu hari :

Ramai waris menunggu anak masing-masing dipintu pagar, berselisih dengan waris yang menghantar anak masing-masing, berselisih pula dengan guru petang yang terlewat, juga berselisih dengan guru pagi yang bergegas ‘siapa cepat’ balik.  Raut wajah waris menampakkan mereka inginkan sekolah yang lebih selesa – satu sesi.  Bangunan baru 4 tingkat memang sangat diperlukan.

Secara bersahaja, YDP PIBG membisikan kepada saya yang ia mahukan pembinaan sekolah baru ini dipercepatkan. Saya termanggu-manggu atas permintaan YDP itu.  Setiap kali permintaan diajukan kepada saya, setiap kali itulah saya akan memikirkan untuk menunaikannya.  Akhirnya saya tidak berbuat apa-apa.

Kalau saya ajukan permintaan kepada JPN, JPN akan memberi jawapan yang mengikut prosedur biasa dalam Unit Pembangunannya dan hakikat itu saya terima.  Had kemampuan jabatan adalah mengakur dan mematuhi proses mengikut keutamaan dan keperluan.  Betulkah begitu ?

Akhirnya,  bulan-bulan terakhir sebelum saya bersara proses pembinaan sekolah baru telah rancak bermula.  Saya memantaunya dari jauh.  Hanya sekadar memberi pandangan kepada JKR bagaimana susun atur yang sesuai mengikut kaca mata saya.  Bilik Pra Sekolah yang  baru dibina harus di selamatkan dan saya bersedia mengorbankan stor yang saya bina untuk menyimpan peralatan PJ.

Rupa-rupanya perbualan YDP PIBG yang mempunyai pengaruh politik telah mempercepatkan pembinaan bangunan baru 4 tingkat yang indah itu.  Kini bangunan yang dibina telah siap setelah genap 3 tahun saya bersara.  Saya bangga kerana saya juga mempunyai sedikit ‘sentuhan’ ke atasnya. Saya anggap ‘that’s my special touch’ walaupun ‘tha’s only touch ‘n’ go.

Ianya serba lengkap untuk menampung murid satu sesi.  Semua guru berkira-kira hendak bekerja sama kerana telah sekian lama agak terpisah sesama sendiri di pagi dan petang.  Murid juga begitu.  Ceritanya tarikh di atur, meja disusun, kerusi diangkut dan bilik dilebel.  Muktamad 3 minggu lagi ‘kita’ semua berada di satu sesi.

Atas prosedur jabatan, ianya terpaksa ditangguh sehingga hujung tahun kerana ‘perkiraan’ dan statistic awal, penjadualan sekolah satu sesi ‘mungkin’ sekolah lama saya tidak termasuk dalamnya.

Guru merungus, waris juga merungus.  Nasi sudah di depan mata, tapi masih tidak mampu untuk menyuapnya.  Sekecil itu sahaja masaalahnya (pada anggapan mereka) pun tidak dapat diselesaikan untuk kebaikan semua.  Saya juga beranggapan begitu, sedangkan penempatan, kantin, kelas dan murid telah berlaku cuma masih ada yang bersekolah di sebelah petang.

Kini khidmat YDP PIBG diperlukan, bukan.  Dia masih berpengaruh berani dan berterus terang. Seperti yang pernah dilakukannya bersama saya dahulu untuk mempercepatkan pembinaan bangunan baru – maka untuk mempercepatkan dan mendahului prosedur satu sesi, juga mampu dilakukannya, insyaalah.

Yang penting jalinan hubungan baik antara PIBG dan sekolah perlu dipertahankan.  Ianya banyak membantu kalau kena gaya dan caranya.

…gbpencen…teringin nak mendaki tangga bangunan baru.

5 Responses leave one →
  1. md darus permalink
    January 28, 2011

    Pegawai Pembangunan di JPN pun nama md darus.. kawan cgu bukan ? Mintalah bantuan dia, bolehlah tolong sekolah lama cg.

  2. Khairi Din permalink
    January 28, 2011

    Apabila Jepun cuba membuat motosikal dan kapalterbang sendiri ramai yang berkata tak mungkin, Jepun tidak mampu lakukannya. Lalu makchik machik yang bekerja didapur beralih ketempat baru mereka iaitu belakang jalan mati. Kerja mereka ialah menarah kayu dan buloh untuk membuat bilah kipas dan sarang bom. Kerja mereka cukup mudah tetapi mereka ingin menunjukkan sesuatu kpd generasi mereka yg akan datang. Jepun menjajah Malaya melalui Kota Bharu(twin city dgn satu bandar dijepun) menggunakan basikal tanpa nama atau brand. Ketika itu di Malaya basikal Raleigh sangat popular. Ketika pengasas Sony(asalnya Sonny) menulis buku The Borderless World ramai yg mengatakan Morioka tak practical. Ketika ini Sony bukan sekadar pengeluar walkman tetapi pemunya Sony Studio yang tiada kaitan dengan kilang. Begitu juga dengan pengasas Touch n Go ramai terkeliru awalnya peranan kad itu.Semuanya mereka terkehadapan. Nota Kaki:Jepun merupakan pengeluar motosikal terbesar didunia. Jepun tidak mengeluarkan kapalterbang(fighter jet) kerana sekatan Post War Treaty oleh US selepas menawan Port Habour dan pegemboman diKobe dan Hiroshima. Basikal Jepun mempunyai kualitinya yg tinngi ie. Shimano, Yamaha, Miyata. Pemberi teknologi kpd anak syarikat UEM adalah dari India pengeluar terkini teknologi IT. Penerima deposit terbesar di Malaysia ialah Touch n Go. Mereka dihadapan kerana tiada kerenah prosuder jabatan, tiada kerenah statistix, tiada kerenah jadual.

  3. zbti permalink
    January 30, 2011

    Salam ckg..
    Terima kasih krn ckg masih mgikuti perkembangan sekolah lama cikgu. Ada sesetengah cerita2 cikgu yang mampu mewakili luahan hati cikgu2 lama di sekolah itu. Janji tinggal janji. Mula2 3 minggu, kemudian jadi 3 bulan pula , dan akhirnya kena tunggu sampai hujung tahun. Sampai hujung tahun,entah apa la pula alasannya. Tapi sebagai seorg guru ‘bawahan’ kita perlu akur dengan segalanya.

  4. gbjawab permalink
    February 4, 2011

    Salam zbti, yang selalu mengikuti saya; Khairi yang masih setia, Azlanlin orang PANTAI, md darus sahabat saya:

    Saya suka membaca komen tuan/puan kerana juga dapat mendengar pandangan dan juga info yang berpengetahuan. Saya selalu sedar yang saya perlukan info dari tuan/puan kerana dunia GB ini tidak seluas mana. Kebolehan dan keupayaan ada hadnya.

    Bila saya garapkan kesemuanya ianya akan mengukuhkan keyakinan saya untuk membuat lakaran ‘masa lapang’ saya ini. Saya suka melakar kisah dan peristiwa dan sangat menyanjungi pengunjung blog ‘kerdi;’ ini.

    cerita Jepun Khairi, cerita orang Pantai dan zbti yang cuba melangkah ke hadapan dalam khidupan ‘bisnes’ semuanya hebat.. saya tumpang seronok…

    Terima kasih.

  5. skjuru permalink
    February 10, 2011

    Gbp yg dihormati, bangunan baru telah digunakan, tapi 2 sesi, crita dari dalaman, bukan lambat kerana proses dari jabatan, tetapi lambat sebab pentadbiran hantar surat permohonan lewat, saya rasa hubungan pibg dengan sekolah sudah hambar, retak menanti belah..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 7 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: