Skip to content

Bingkai Kaca

2011 February 5
by Guru Besar Pencen

Ku terimanya selang beberapa tak lama..

Bekas guru kaunseling saya akan bersara, beberapa bulan selepas saya bersara.  Saya turut dijemput ke majlis itu.

Saya juga sempat menandatangani dokumen persaraannya sebelum saya bersara.  Yang menarik perhatian saya; dalam banyak-banyak dokumen itu saya sempat melihat surat nikahnya.  Belanja kawin RM1000.

Kami staf pejabat  bercerita gurau jenaka mengenai hantaran perkahwinan bakal guru bersara itu – termasuk saya. Liza bercerita wang hantaran untuknya – lebih mahal,  Asmah malu-malu bercerita tapi Kak Salasiah CC  yang sebaya dengan saya juga bercerita yang hantaran untuknya juga mencecah RM1000.  Kami semua bersetuju bahawa RM1000 wang hantaran pada zaman 70’an boleh di katagorikan sebagai ‘top’. Oleh itu guru kaunseling saya itu memang dalam katagori ‘A’ dari segi hantaran kahwin.

Staf pejabat saya juga tentu tidak lupa….  mereka bertanya berapakah hantaran yang saya hantar untuk perkahwinan saya : Jawapan..

” RM1000 juga (di depositkan oleh abang saya )  sampai sekarang tidak perlu bayar.. kerana  ketika itu dia baru mendapat imbuhan kenaikan pangkat sebagai GB dan berhajat untuk mengahwinkan saya kerana saya nampak macam tak boleh nak kahwin (?)  tapi hantaran masih top di kalangan masyarakat biasa ketika itu. Kini abang saya pun sudah tiada…. jadi sedikit sebanyak saya terhutang budi padanya dan selalu juga ‘take care’ anak-anak cucunya, kerana dia ‘take care’ perkahwinan saya.   Saya mungkin macam kawin “free” saja.  Begitulah tuah badan.

Apa reaksi mereka, tentulah semua ketawa, termasuk Khairul pembantu pejabat saya yang juga banyak cerita mengenai perkahwinannya.  Dia menyatakan “nanti saya juga akan mampu berkahwin dalam katagori ‘top’ masa kini yang hantarannya rata-rata RM8000 (sebab akan dapat ganjaran pencen) …”  Liza dan As senyum2.

Begitulah suasana kemesraan yang saya masih terasa ketika di pejabat sekolah tidak lama dahulu.  Tiada yang susah, tiada yang payah.. semuanya dipermudahkan. Bekerja sepasukan dan saling hormat menghormati. Saya berharap sekarang juga seperti itu, semasa saya masih di sana dulu.

Sebelum majlis persaraan guru kaunseling sekolah saya itu, saya cuba ke pasaraya mencari hadiah untuknya. Sehari tangguh, dua hari tangguh… Saya tidak menyangka bahawa selepas bersara pun saya sibuk macam dahulu juga.  Akhirnya saya  ke majlis itu tanpa sebarang hadiah untuk guru kaunseling saya itu. Saya hanya sempat memberi hadiah untuknya semasa persaraan PK 1 pula setahun kemudian.  Walaupun begitu saya amat puas kerana dapat berbuat demikian. Juga dalam majlis itu dapat makan, jumpa kawan, dapat bergambar dan yang seronoknya saya dijemput berucap bersama pengganti saya (Guru Besar baru) juga di raikan dalam majlis itu.  Ketika itu dia juga baru hadir ke sekolah itu.

Tidak berapa lama selepas majlis itu,   saya menerima hadiah frame gambar dengan gambarnya  sekali.   Gambar saya memberi ucapan dalam majlis itu.  Ianya dari seorang guru yang saya tidak berapa pasti siapa dia.  Saya suka melihat gambar itu. Di bingkainya tertulis….

“Be mine”

…gbpencen…. mungkin ada cerita kenangan  di sebalik frame kaca (?)

2 Responses leave one →
  1. skjuru permalink
    February 10, 2011

    Keadaan dah berubah, suasana tidak sehebat dulu..

  2. Lin permalink
    February 27, 2011

    siapa di sebalik bingkai kaca itu ? ada cerita lagi ke di sebalik itu ? bila nak ceritakan cerita tu…. ?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: