Winner is the champ, loser is the best….
Semua mereka berusia dalam lingkungan 32 tahun . Duduk dari kiri : Azman (Kapten)belum berkahwin dan bekerja sebagai pemandu lori; Razak bekerja kampung, mundar mandir ke sana sini. Ahmad Zaki bukan pemain yang baik dan kini bertugas sebagai peguam syariah; Idi Amin seorang Jurutera, sasa dalam permainannya.; Mohd Aswadi baru berkahwin, permainannya lembut tetapi berkesan dan Md Noor seorang murid yang tidak pandai, berjawatan “pelbagai kerja” telah berkeluarga tetapi sangat berbudi bahasa.
Berdiri dari kiri : Zainol pula seorang pengimpal badan kereta, lincah dan baik permainannya; Rahman tukang gunting rambut; Syukur Hashim seorang graduan, lama dalam pengajiannya, Ijazah Pendidikan, Nizam bekerja di Intel sebagai penyelia; Syukor Bakar (anak saudara saya) baru 2 bulan memperolehi cahaya mata, pengusaha kedai minuman yang agak berjaya; Kamarul Hisham yang hansem lagi lincah, kini mempunyai 4 anak; Dan Izralizuddin, pemalu dan tidak boleh membaca ketika bersekolah tapi boleh mengira.. dia amat rajin dan patuh bekerja, berhemah dan pendiam.
Mereka semua dalam satu kelas (hanya satu kelas yang ada) dari Tahun 2 hingga Tahun 6… dan sayalah guru kelas mereka.
2 peristiwa sukan yang penting (dalam kerier kepimpinan bolasepak peribadi saya) berlaku dalam minggu ini. Pertama : Hari Jumaat lalu, setelah saya 3 tahun meninggalkannya, sekolah persaraan saya berstatus Johan Bolasepak bawah 12 tahun Zon Bukit Mertajam. Kedua : NTFA (Persatuan Bolasepak Nibong Tebal) berjaya menamat liga 16 pasukan dengan jayanya di perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi (6Mach, 2011) yang mana, juga berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya yang ke 12 pada sebelah pagi.
Kedua-duanya meninggalkan kesan yang signifikan ke atas saya kerana, sekian saya melibatkan diri secara sungguh-sungguh dalam bidang berkenaan, (bukan kerana apa) hanya kerana minat yang mendalam dalam bidang itu. Selain dari itu terdapat banyak rentetan peristiwa yang dapat mengimbau kenangan lalu yang cukup ‘tersentuh’ dalam kenangan.
Disamping menentukan kejayaan ianya akan banyak berkisar kepada “erti kesukanan” bolasepak’ itu sendiri di peringkat sekolah rendah. Di sorot kepada pernyataan gambar di atas, digambarkan bahawa anak didik kita adalah satu ‘entiti’ yang unik. Bimbingan yang kita berikan di peringkat kanak-kanak hendaklah bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan semulajadi mereka. Di antara mereka ini mempunyai perbezaan yang ketara tetapi dapat kita garapkan dalam sukan sehingga membuahkan kejayaan. Juga mendidik mereka ertikata kerjasama, persefahaman, kepatuhan, disiplin – dan banyak lagi nilai-nilai yang nyata dan yang kita cerna tanpa kita sendiri menyedarinya. Sebenarnya dalam tahun 1991 (mereka di Tahun 6) saya tidak tahu apa akan jadi kepada mereka apabila dewasa nanti.. tapi saya kenali mereka .. hati budi, tingkah laku, kebolehan dan kegemaran masing-masing.. Sehingga menjadi Johan Zon ketika itu.
Sekarang Azman hanya seorang pemandu lori ‘tanah’; tetapi saya masih dapat ingat dengan jelas bakat kepimpinannya ‘sebagai “last back” yang saya kagumi. Jeritannya memberi arahan kepada rakan dalam padang walaupun rakannya seorang ‘lawyer syariah’ amat dihormat malah ditakuti. Walaupun Zainal seorang pengetuk badan kereta’ kelincahannya dihormati oleh Hisham yang juga lincah. Idi Amin seorang ‘engineer’ memeluk Izralizuddin ketika meraikan kemenangan walaupun Izralizuddin tidak pandai membaca…. ! Itu lah kehidupan dan itulah kehidupan bolasepak yang menjadi ‘minat’ saya.
Semua mereka bekerjasama, patuh dan baik sangka antara satu sama lain. Semangat kekitaan yang dipupuk dari kelas hingga ke atas padang. Hari ini mereka tidak bersama lagi dengan membawa haluan masing-masing kerana.. masyarakat bolasepaklah yang yang menjadikan mereka begitu (?) (harus dibicarakan untuk mengisi jawapannya)
Hari ini juga berlaku satu peristiwa di lapangannya berbeza tapi dalam aliran yang sama. Bahawa NTFA merupakan satu wadah perjuangan entiti bolasepak dalam daerah. Memanjang usia dan minat anak-anak lepasan sekolah demi menghindarkan dan melarikan diri dari ‘luka-luka sosial’ yang ramai orang memperkatakannya saja; tetapi tidak mempu untuk menterjemahkannya. Ianya perlu sedikit pengorbanan dan perancangan yang jitu dan terancang bagi memartabatkan ‘bukan sahaja bolasepak’ tetapi ‘ pemain-pemain dalam arena ini supaya betul hala tujunya.
Menjadikan pencinta sukan ini : berhemah, berperaturan, beradap, bernilai, bersukan untuk kecergasan. Menyekat : politik dalam sukan keteralauan, pengodam kebangkitan individu, tamak dan kejarkan glamour, rasuah dan tidak beretika. Semua ini telah dirangkumkan dalam satu cerita pengkisahan bolasepak tanah air kita yang sering didebatkan sehingga kini oleh ‘pandai bolasepak’ yang berselerak diserta tanah air. Moga ianya akan diterjemahkan sebagai satu kejayaan yang akan dibanggakan dalam sedikit masa lagi (mungkin)
…gbpencen…tunggu respon dari sk Panchor, yang pernah bergelar Johan Daerah Manjung bawah 12 tahun dalam tahun-tahun ’80an.. buat kali pertama.

Terima kasih cikgu, kerana setia mmberi sokongan kepada pasukan bolasepak sk juru.. Kjayaan yg amat bermakna utk murid2 yg berlatih dan bermain bersungguh2, tanpa mengharap ganjaran.. Keikhlasan mereka yg menjana kjayaan dgn izin ALLAH..
Tahniah kepada pasukan Wira Muda telah menjadi Johan Liga J 2010, setelah menjinakkan pasukan Super 88 dengan jaringan 1-0. Teruskan usaha cikgu….
Haha here we come here we are…SK Panchor. Masa tu semua orang takut dengan SKP. SK Pengkalan Baru(musuh), Bruas(boleh la), Sg Batu, Ladang Huntly(lauk ulam) etc semuanye senyap bila tengok SKP. Paling seronok SKP menang arwah Pak Lad n Pak Cik Jid( boleh mengekor)…..tapi dia bagi sebijik seringgit dekat scorer je jadi yg tak score tolong assist putih mata. So bila lawan peringkat negeri semua tak nak assist….haha cerita je ni bukan betul betul. First time lawan peringkat negeri cikgu cikgu berkorban duit minyak kereta dan macam macam. Muntah dalam kereta pon ada. Bila dah tua ni ingat boleh stop bola ……tak leh maka jadi lah kita pemain ala ala Ryan Giggs, paramedik, manager dan tukang buat air. Pehhhh tiba2 anak buah keeper jerit mak oi sakitnye. Secara tak sedar atau sedar saya dah masuk padang kejar pemain lawan…kurang ajar kau mari sini….pang!!!tangan saya hampir kemukanya. Saya tarik balik. Saya tolak dia hingga terduduk…..dia kata “bukan player mana boleh masuk padang”. Dalam hati saya kata” inilah rupa pemain pemain Msia tak de skill harapkan fisikal saja. Main dengan team afrika baru tau tecungap cungap kena pijak perut”. Kalu main sampai sekarang pon masih tak jadi top scorer kerana manyak assist. Solat magrib selalu mis kat masjid. Tulang belakang L3, L4 pon sakit balik. Tapi sakit ke usia tua ke kita perlu cari jalan organise diri supaya bole main bola. Macam dulu dulu himpun duit nak beli susu supaya kuat lari. Cepat cepat ngaji quran nanti tak sempat training bola. bola dalam diary saya sekarang lebih pd kesihatan walupun selalu gaduh mulut, tangan dan kaki. Nasib baik dulu main bola kalu tidak main buain je lah petang2….bermain tidak menghalang kita plan nak buat kerja lain. Tak halang buat keje rumah, belajar dulu masa budak2. Sama macam cerita Interlok kita datang dari suasana yg sama. Cuma pilihan kita untuk hidup berbeza Seman kekal jadi petani, anak China pilih jadi kominis etc. Haha kesian pengarang kena buang perkataan PARIA kalu tidak lagi senang kita tahu Tony Fernand asal nya pon PARIA tapi berjaya dlm duniawi nya. Haha mana cerita bola….
Haei… kawan ni memang kaki bola macam cikgu dia juga ka ?
Lebih kureng cam tu. Kalau kita dibidang syariah usuludin atau hadis dan alquran kita bercakap lebih tentang hubungan kita dgn Tuhan yarabbulalamin. Bila kita dibidang lain tidak dibidang ilmu agama kita pon sama jugak pasti mencari jln untuk mendapat balasan Tuhan. Terputus segala amalan kamu setelah kamu mati selain 3 perkara ie ilmu yg dimanafaatkan,amal jariah kamu. Bola lebih kpd hubungan antara ante n ana(mankind to mankind). Kalu Tok Iman pergi padang main bola ajak anak muda Hai anak muda mari main bola itu tidak kena. Tapi kita ajak anak muda main bola maka ada sinonim nya sebab kita pon main. Maka dlm bermain kita bermadah Hai anak muda sesungguhnya ice itu sintetic yg amat bahaya pd sel otak manusia , pil kuda itu beracun, gam itu ada thiner yg tak baik utk paru paru bla bla. Disitu ada falfasah pendidikan dan dakwah . Mungkin tak sama falsafah dakwah ini dgn group Tabligh. Kita juga boleh ingatkan mereka Hoi hangpa solat dulu sebelum main hoi. Itu didikan untuk hubungan manusia dan Tuhannya. Pendek cerita masyarakat tidak memandang tinggi kpd pengiat n sukarela sukan tidak pula memberi kredit pd orang suka bersukan. Lantas mereka akan mencaci penagih dadah, memukul sehingga mati saudara Islamnya yg meragut beg jirannya dimana didalam beg ada wang RM10 shj. Sekalung Tahniah dan ribuan terimakasih kpd saya, orang lain tak berterimakasih dan tahniah kpd saya kerana main bola….kita patut berbangga bila ptg Ahad tadi Fazli ikut team kita main bola tak jadi merempit kat Federal Highway. Fazli ni keeper suka rempit n kepit anak dara orang: takde pon orang Tabligh mari dakwah dia, takde orang surau tegur dia. Jadinye orang bola pulak yg berdakwah memberi ilmu ” ilmu yg dimanafaatkan”. Ps: ujudlah suasana harmoni jika hormat menghormati.