Skip to content

Perayaan Hari Guru kerana ‘ada makna’

2011 June 5
by Guru Besar Pencen

lihatlah wajah-wajah mereka..

mereka ditangkap guru kerana malas… harap tiada guru yang malas seperti mereka !

Saban tahun hari guru disambut.  Saban tahun murid berseronok meraikan guru kegemaraan mereka.  Guru baru merasa terujua.  Guru lama merasa hambar. Lain-lain guru merasa biasa saja.  Namun sebagai seorang bekas guru yang berkhidmat sepenuh hati – Hari Guru tetap disambut di dalam hati;  penuh dengan kenangan mengusik jiwa.  Tidak habis-habis mengenang kenangan.

Ada kawan-kawan bila saya bertanya ” Adakah terasa apa-apa apabila tiba tarikh 16 Mei saban tahun ?’ Jawapannya ringkas – dia tidak merasa apa-apa.   Saya terasa agak pelik dengan jawapan itu.  Ada bekas guru yang tidak merasa apa-apa apabila guru menyambut Hari Guru.  Mungkin kerana kerjayanya selama ini meninggalkan kesan yang amat negatif dalam kehidupan mereka terutama dari segi kenaikan pangkat dan skim gaji.

Dalam sebuah filem P Ramli terungkap satu pernyataan (dialog) yang mencerminkan bahawa setiap kata-kata yang baik, pujian atau yang se makna dengannya – semacam ada yang  tersirat  (iaitu ada disebalik atau dengan lain perkataan “ada udang di sebalik batu”)

Sehari sebelum sambutan Hari Guru tahun ini,   Menteri Pelajaran menjanjikan akan membuat satu pengumuman yang akan menggembirakan semua guru.  Saya tertanya-tanya (suspension).  Apakah bentuk ganjaran yang akan diperolehi oleh guru (lagi).   Kerana pada saya, guru sekarang sudah mendapat semuanya yang dikehendaki – seperti saya perolehi.

Akhirnya apabila pengumuman dibuat, saya mengerti bahawa guru akan memperolehi ganjaran yang setimpal dengan hasil kerja yang dibuatnya.  ooo kata saya.  Guru Pendeta !. Tentu hebat guru pendeta ini.  Setelah bergelumang dimenara gading, kemudian membuat pilihan menjadi cikgu dan akhirnya memperolehi ganjaran yang lumayan.

Maka isentif terbaru ini akan menjadikan guru berlumba-lumba untuk ke universiti sebagai salah satu pra syarat untuk memperolehi ‘title’ guru pendeta.  Maka murid-murid tangguhkan sedikit pembelajaran di sekolah dan gurunya nak baca buku nak hadapi periksa di universiti.

Rupanya,  Menteri Pelajaran sudah pun berkira-kira untuk memberi itu dan ini di era menjelang tamatnya tempoh pemerintahan parti politik sekarang dimana parti lawan sedang mengintai peluang untuk menempatkan diri dalam kelompok politik yang penuh dengan sensasi dewasa ini.  Maka menteri juga tidak mahu lupakan kalangan guru untuk diberi sedikit ‘makna’ seperti yang diungkapkan oleh P Ramli (tadi).

Tapi menteri ini – sebab dia mungkin bukan cikgu – dia lupa ramai lagi cikgu yang macam saya – yang mengaji sampai peringkat SPM pun masih banyak.  Kelihatan seperti yang tidak ada apa-apa ‘makna’ pun guru-guru semacam ini.  Kalau guru SPM itu macam saya (pencen GB DG29 pun tidak mengapa)  tak kacau-kacau; tetapi kebanyakan guru sekarang sangat perihatin mengenai (apa) ganjaran-ganjaran yang akan mereka perolehi menjelang pilihanraya ini kerana mereka juga mempunyai sumbangan dalam sisitem pendidikan negara.

oooo (kali kedua) kata saya : Menteri berkenaan telah  ‘kaunter’ balik beberapa hari selepas pengumuman dibuat, bahawa rungutan yang beliau dengar akan diberi perhatian.  Katanya “Guru-guru yang ada diploma.. tolong tunggu dulu,  ada ganjaran untuk u all”  katanya pula.

nampaknya guru SPM terlepas lagi.. !

...gbpencen… menteri dah bagi duit pencen dengan DG29.. cukup dah !

3 Responses leave one →
  1. June 6, 2011

    memang susah nak puaskan hati semua pihak..tapi kalau kerajaan dapat puaskan hati guru2 InshaAllah …mereka tak sokong yang lain dah…

  2. gbjawab permalink
    June 7, 2011

    Ye ke… !
    kalau gitu, minta2 menteri boleh dengar rungutan kita ye Yusri..

    mudah-mudahan bertambahlah :

    .. kereta baru,
    .. rumah kedua,
    .. isteri kedua,
    .. dan apa saja yang kedua, tiga, empat… dan seterusnnya.

    .. dan yang penting …. murid yang terbela.

  3. June 8, 2011

    teringat kata2 bapak saya, juga bekas guru besar suatu ketika dulu..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 9 + 13 ?
Please leave these two fields as-is: