Skip to content

Ramadhan yang paling istimewa

2011 August 19
by Guru Besar Pencen

…perjalanan terakhir ayah tiri kami menjadi hikmah…

9 Julai yang lalu entri terakhir saya tulis;  hingga ke hari ini baru dapat saya menulis semula.  Itulah istimewanya Ramadhan. Dalam masa itu sempat saya melihat semuanya yang boleh dijadikan iktibar dan panduan untuk diri saya.

Teringat dimasa kali pertama saya berpuasa – sehari sahaja ketika di darjah (?) empat.  Jelas dapat bayangkan betapa tidak ambil kisahnya semua orang yang berpuasa.  Berpuasa begitu ‘simple’ pada ketika itu.

Minuman yang paling istimewa pada saya selain  ‘ais’ ketul dan air ‘liminate’,  ialah ‘lychee’ tin;  mungkin ketika itu tiada peti ais di rumah. Dan makanan yang istimewa ialah  selepas solat tarawikh, di masjid. Hanya golongan dewasa sembahyang tarawikh 20 rakaat – laju, tanpa tazkirah. Setangahnya hanya menyagkutkan baju melayu dan kopiah hitam ‘lasam’ di tiang masjid – memakai baju ‘pagoda’ – menguruskan jamuan moreh – untuk sekalian yang hadir.  Simple dan santai.

Jika dibandingkan dari aspek kemeriahan – dalam kedewasaan ini, saya masih tercari-cari kemeriahannya – tidak berjumpa sehingga hari ini. Ketika zaman kanak-kanak saya, kemeriahannya tetap ada – mahu pun kepada orang dewasa.

Bagi kanak-kanak, mereka  bebas bermain tanpa kawalan ibubapa – kerana tiada ada apa-apa ancaman keselamatan.  Tiada kenderaan yang lalu lalang – tiada ancaman kecurian atau penculikan.  Bagi orang dewasa pula, semua penduduk setempat setara sahaja – dari segi pendapatan, pelajaran dan kebolehan agama / ibadat Ramadhan.  Kot2 ada seorang dua yang agak lebih sedikit kebolehannya – maka ianya menjadi pemimpin yang tulus dan ikhlas.

Ramadhan ini paling istimewa bagi saya kerana = saya berpeluang menilai diri saya dan orang disekitar saya dalam keadaan yang cukup istimewa:

Pemergian beberapa keluarga menemuiNya telah mendekatkan saya bahawa dunia ini sesungguhnya tempat laluan yang sungguh istimewa. Sungguh kerdil kalau kita bercakap mengenai hal yang besar-besar.  Kerana antara mereka yang bercakap angkuh dan besar-besar telah menjadi kecil sekecil-kerdilnya.

Kesedaran memperbanyakan ibadat telah dihebah-hebohkan begitu agresif sekali di media atau di rumah-rumah ibadat.  Saya bersyukur kerana saya sempat sedar bahawa kita perlu melakukan perkara ‘basic’  ibadat Ramadhan iaitu ‘hanya untuk Allah’ (lillahhi…) kerana sifat baharu kita dan kebanyakan orang boleh mendorong kita beribadat secara  menunjuk-nunjuk dan memperlekehkan ibadat orang lain.

Saya terbaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan melalui sebuah akhbar yang membawa maksud– mereka akan ‘all out’ menggunakan medan tazkirah kerana ia merupakan medan terbaik untuk menyerang habis-habisan sebelum piliharaya umum negara yang akan datang.  Ianya telah menjadi kenyataan.. bukan sahaja tazkirah sunat tarawikh bahkan Khutbah dalam Fadhu Jumaat juga penuh dengan pengisian serangan untuk melebarkan laluan menjadi pemimpin.  Ianya penuh dengan hujah yang berilmu.

Dan saya juga terbaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan melalui sebuah akhbar yang membawa maksud – mereka tidak akan menyerang kembali ‘pertubuhan’ tadi dengan menggunakan medium Ramadhan kerana menghormati umat-umat yang redha dan gembira dengan kedatangan Ramadhan kerana ia hanya untuk ‘Allah’ bukan selainnya.

Sampai di surau ketika hampir sangat untuk bersolat isyak, saya mengamati kenderaan yang pakir di sekitarnya.  Banyak kereta baru / cantik.  Kebanyakannya  membawa bersama keluarga untuk meneruskan ibadat malam-malam Ramadhan.  Berkesan sungguh peranan media dan tazkirah untuk membawa umat mengimarahkan Ramadhan.  Saya pasti semua yang hadir itu menunaikan ibadat dengan penuh rasa rendah hati – tidak sombong – bongkak – bercakap besar – riak hanya kerana “lillah hi.. ta’ala” – bukan untuk selainnya.

Sepanjang perbandingan saya,  Ramadhan dulu dan Ramadhan sekarang : terlalu banyak yang boleh dan perlu dilakukan dalam bulan mulia ini dari segi ibadat mahupun perhubungan sosialnya. Dalil yang memperkuatkan hujah patut diterima dengan hati terbuka.  Tapi oleh sebab medium yang terhad, negara yang masih mundur, tahap kesihatan yang rendah maka Ramadhan dahulu hanya ‘simple’ dan santai;  Oleh itu saya memohon agar ibadat orang dahulu juga diterima oleh Allah. Dan saya juga berdoa agar ibadat orang sekarang juga diterima oleh Allah dan keadaan dunia terbuka ini. Insyaalah. Amin

Saya mahu terus mendengar tazkirah bagi melengkapkan perjuangan yang sangat susah dicapai ini iaitu : untuk mengajar diri kita gembira dengan kegembiraan yang dicapai oleh orang lain.

…gbpencen…hanya layak untuk sujud – kurang ilmu – suka simple dan santai..

2 Responses leave one →
  1. Lin permalink
    August 22, 2011

    Lama tak tulis ? sibuk

  2. md darus permalink
    August 28, 2011

    Selamatariraya….

    siapa agaknya orang besar yang jadi kerdil tu.. agaknya ?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 12 ?
Please leave these two fields as-is: