Skip to content

empat sujud

2011 September 18
by Guru Besar Pencen

Ada ustaz ustazah kat sini ?

Dulu disebut semayang.  Bila di  sekolah saya sebut sembahyang.  Di penghujung perkhidmatan saya sebut ‘solat‘.  Kadang-kadang ada ustazah sebut ‘solah‘.  Saya pun ter sebut-sebut juga solah – nampak lebih islamik sikit.

Bila ustazah Salmiah menegur saya “Cikgu,  cikgu tak kenal saya?”.  Malu untuk menafikannya. Saya senyum dan bertanya “Sekolah mana ?” – Nibong Tebal (Tahun 2000) dan dia tersenyum.  Senyumnya yang menjadikan saya teringat wajahnya dan kenalinya.

“Saya hari ini bersemangat untuk bercakap” kata saya ketika  menjadi perantara – kehadiran keluarga ustazah sekolah saya yang hadir  bersama dalam majlis peminangan cucu penakan saya.  Keluarga ustazah Salmiah.  “Dulu saya bos ustazah.. hari ini nak jadi adik beradik pula” – kata saya memulakan majlis.

Banyak ustaz/ ustazah yang berurusan dengan saya.  Berlandaskan ilmu agama, semua mereka mesra dengan saya.  Semua baik-baik belaka dan sampai sekarang ramai antara mereka yang masih berhubung mesra dengan saya.  Eh..hemm, ada yang terlalu mesra.

Bila bersara, saya masih teringat satu ungkapan entah kepada siapa saya berbicara – “Sekarang sudah sampai masanya, saya mempunyai masa yang lama untuk berkhalwat di saf masjid, dan mempunyai masa yang panjang untuk berada di sejadah”  Hakikatnya benar.

Ketika saya mula bekerja-  selepas bersara, radio buruk saya di bawa ke kilang tempat saya  bekerja.  Selama sejam setiap hari (Jam 2.00 hingga 3.00petang) saya mengaji dengan ustaz di radio.  Banyak info keagamaan yang saya perolehi sepanjang masa itu, sehinggalah hingga hari raya ke lima yang lalu apabila kilang saya terbakar… sekali dengan radio lama kesyangan saya turut terbakar.

Seperti manusia biasa saya tidak terlepas dari menanggung kesusahan yang mana  seorang dua sahaja yang tahu.  Info ustaz di radio memberitahu saya – ” tak payah susah-susah bila dalam kesususahan – bila susah.. sembahyang, bila susah.. sembahyang … tuhan akan mendengar dan akan mempertimbangkan kesusahan itu, doa kita akan ditunaikan” –  Lantas saya menggunakan kalimat itu untuk menceritakan kesusahan saya melalui, semayang – atau sembahyang – atau solat – atau solah (sama, serupa, semacam).

Kesannya pada niat, berkesannya pada sujud, tenteramnya pada doa…

Sujud 1 = Bersyukur dengan kesihatan yang diberikan. Bersyukur dengan keselesaan antara dua waktu solat. Bersyukur dengan nikmat yang diperolehi antara waktu itu.

Sujud 2 = Bersyukur dengan kesihatan, keselamatan, keselesaan dan nikmat yang diberikan kepada keseluruhan keluarga termasuk orang yang tersayang.

Sujud 3= Memohon intipitai dalam rakaat 1 dan 2 itu.  Kalau tidak pun Allah lebihkan, cukup sekadar mengekalkannya sahaja sepanjang hayat.

dan Sujud 4 = Memohon dikurniakan Allah nait besar yang terkandung dalam hati yang tidak perlu diketahui oleh orang lain, yang sangat diinginkan tetapi sangat berat untuk diperolehi – dihujung usia, sebelum kembali menemuiNya.

Begitu syahdu dan kusyuk solat ketika dapat berdialog dengan yang maha esa. Semoga ianya dapat dikabulkanNya, insyaallah.

Begitu tawadu’ doa dipohon setelah 4/ 3/ 2/ rakat ditunaikan.  Bersimpuh kukuh di sejaddah – menghadap kiblat, menadah tangan memohon keampunan dan restu – ketika mana dunia sekeliling sudah tidak ada apa makna lagi dipenghujung usia ini.  Hanya sekadar menjadi pelayan kepada arus yang berlalu, mendatang dan pergi.

Inspiriasinya, adalah ustaz dan ustazah yang pernah di dampingi – ustaz/ustazah di radio yang selalu didengari – yang tidak mempolitikkan isu hingga menjadi saya serba salah ketika berdialog denganNya.

Di akhir majlis pertunangan itu saya mempelawa seorang yang bergelar Haji disebelah keluarga Ustazah Salmiah untuk membacakan doa – Haji pertama menolak kepada Haji di sebelahkeluarga  saya, Haji di sebelah keluarga saya menolak kepada Haji ke dua di sebelah keluarga ustazah, Haji kedua sebelah ustazah menolak kepada saya (?)  Saya tiada pilihan dalam urusan tolak menolak itu.  Saya (sambil ketawa berjenaka)  tidak lagi mahu menolak dalam soal ini… saya membacakan doa.. arabkan permohonan – selitkan – permohonan dalam Bahasa Melayu.. se syahdu yang mungkin…

amin ! …….

..gbpencen… ketika berada di usia emas ini,  kalau sesak… semuanya kena boleh… boleh serba serbi, serba sikit dengan izinNya.

3 Responses leave one →
  1. paklang permalink
    September 25, 2011

    baik-baik dengan ustaz tu bagus..!

  2. john tanaka permalink
    October 18, 2011

    Cikgu tolong doakan saya dapat ke mekah asap n dapat beli Ferrari F430 atau seangkatan dgnnya. Doa dlm bahasa Malay atau Japon pun bole. Wont forget your teaching life must have a goal, bawa bola untuk score gol. Kalu bole score, score
    don wait. Juga doakan saya diberi ruang masa untuk bertemu Cikgu. One more saya sukses in my business n family. Semoga Allah memberi rahmat kpd hambanya
    Ideris bin Rejab,his family, diberi segala kebaikan, kekayaan didunia n akhirat.

  3. gbjawab permalink
    October 26, 2011

    insyaalah Khairi, saya akan doakan semua murid, cikgu/i, ustas/h SAYA.. agar mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Perolehi apa yang dihajati, sentiasa dalam keberkataanNya, sihat tubuh badan, sentiasa ceria.. fokus dalam kerjaya, gigih dalam mengejar keazaman, dilorongkan dan di mudahkan jalan menuju puncak harapan.

    Isyaalah.. AAAAamin !

    Saya berpegang kepada : Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak yang kita perolehi….

    “berkira-kiralah dengan apa yang kita perolehi, selain kita mengejar yang belum kita temui” – kata bijak pandai.

    See mine, in my new entri… sorry !

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 3 + 2 ?
Please leave these two fields as-is: