Guru tidak pernah panik
Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini menasihatkan guru agar tidak panik kerana pengumuman waktu bekerja untuk mereka masih dalam kajian. Hakikatnya ramai guru yang panik. Tetapi sepatutnya guru tidak panik.
Melalui zaman bekerja sebagai seorang guru telah mematangkan saya bahawa apa saja perubahan yang berlaku di dalam pendidikan negara dibuat di peringkat tertinggi dalam pengurusan pendidikan iaitu – dari perjabat pak menteri.
Saya beranggapan bahawa perubahan bukan hanya anjakan paradigma pendidikan tetapi memenuhi citarasa politik semasa. Maka dilihat sehingga ke hari ini, perubahan mutakhir yang dilalui sekarang tidak banyak beza dari segi prinsip pengajaran dan pembelajaran (P&P) tapi tetap memenuhi citarasa politik semasa.
Sebelum ini…
Kejayaan membekalkan peralatan PPSMI – pengajaran menggunakan ICT di bilik darjah. Pemasangan peralatan av bersama paparan dari lap top ke screen di bilik-bilik darjah menelan kos yang tinggi. Jika diaudit, sejauh mana penggunaan dan kelangsungan program penggunaan peralatan itu berjalan ?
Sudah banyak troli ICT di sekolah yang telah tersadai. Projektor yang telah padam lampunya, screen yang runtuh, lap top yang luput pakai yang tidak diganti semula kerana “proses bekalan sudah berekahir”. Tiada satu prosedur dan makanisma pembaikan dan penyelenggaraan yang mantap untuk menjamin kelangsungan program itu. Alatan av yang telah dipindah dan ubahsuai oleh sekolah -kalau tidakpun diluput atau lupuskan. Sebelum ini amat rancak tetapi kini semuanya sudah berakhir.
Sebelum itu…
Begitu bersungguh-sungguh sekali pak menteri yang lain mempromosi Plan Induk Pendidikan (PIPP) oleh Menteri Pelajaran sebelum ini. Gegak gempita gendang dipalu – kecut perut sebahagian guru-guru termasuk beberapa instituisi pendidikan yang lain untuk melaksanakannya. Amaran, teguran, perancangan, pemantauan bertali arus dari segenap organisasi dalam sistem pendidikan negara sehinggalah ke PPD dan dari bilik GB sendiri.
Bila lain menteri yang datang, PIPP sudah jarang disebut dan akhirnya sama nasibnya seperti PPSMI.
Lama dulu….
Banyak lagi kejutan demi kejutan yang dilaksanakan melalui berbagai-bagai gendang yang dipukul oleh banyak pihak. Demi kelangsungan politik pak menteri pun mengajak semua guru-guru menari bersamanya. Isu berat beg murid misalnya, berakhir begitu saja setelah berbagai-bagai keputusan dibuat.. tapi akhirnya beg yang berat tetap juga berat oleh sebab gendang tidak lagi dipukul .. ianya terus diam.
Kini pula ….
Pendekatan NKRA telah memaksa guru-guru menghantar keputusan peperiksaan secara online untuk disemak, dianalisa dan diberi respon spontan oleh pihak atasan – untuk menentukan bahawa KPM juga menepati konsep keberhasilan yang sepatutnya. Maka ber online lah guru-guru dicelah-celah kesibukan online facebook sendiri.
Yang dulu, terkini dan selamanya ialah….
Guru akan diminta untuk bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Pada saya ianya suatu perkara yang wajar kerana GB (semasa saya bertugas) saya bekerja dari 7.30 pagi hingga 7.30 petang. Saya suka bekerja, bahkan hari Sabtu juga adalah hari bekerja saya. Ia berlaku kerana masa rasmi yang ditentukan sudah tidak mencukupi untuk saya melayan perkara-perkara yang disebutkan di atas.
Pula ada ramai guru yang sememangnya datang pada pukul 7.30 pagi dan pulang pukul 4.30 petang atau sehingga 7.00 malam pun memang ada !. Ada pula guru yang datang 7.45 pagi dan belum pukul 1.00 tengahari sudah berkemas dan berjalan ke kereta untuk meninggalkan kawasan sekolah .. untuk datang semula keesokannya ketika jam hampir pukul 8.00 pagi (?)
Kesimpulannya …
Apa perubahan pun sebenarnya tidak akan menjadikan guru-guru panik kerana perubahan bukan satu kejutan tapi hanya sekadar perubahan untuk sementara waktu. Akhirnya ia akan berakhir sebelum ada perubahan atau kejutan baru.
Yang penting…
Yang dulu, terkini dan selamanya , ada guru yang menjadi cikgu dan ada guru yang sekadar bekerja sebagai seorang guru.. di zaman serba glamour ini…
...gbpencen…masih jadi cikgu – seperti mula-mula dulu.
sememangnya guru xpernah panik… sy sendiri balik keje pon ptg…6:45am hingga 5pm…
ya kee… saya tahu apa yang cg buat di sekolah …!
Salam Cikgu.
Semoga diberkati Allah swt. Bekerja kerana Allah swt. Kerja itu ibadah kan cikgu.
Masih bekerja untuk dunia… dan akhirat kalau diizinkan.
Seorang kawan saya melamar saya untuk bekerja dengannya 2 tahun yang lalu, baru sekarang dapat ditunaikan setelah tempat lama saya bekerja … terbakar..
Barulah saya tahu.. banyak perkara dalam bisnes, cerita di sebaliknya dapat saya selami untuk dihayati.
Harap semoga diberkati ibadah ini ! amin.
salam cikgu…yang sedihnya program yang dijalankan selalu menteri test kat sekolah aliran melayu / kebangsaan sahaja. tak pernah nak cuba kat sekolah cina atau india…adakah menteri menteri melayu ni terlalu kreatif atau bangsa lain tak rela anak muridnya di mangsakan.
tentang keputusan upsr baru-baru ini, amat sedih, murid-murid yang belajar ppsmi, masih banyak yang gagal dalam bahasa inggeris. tak tau apa yang tak kena…adakah markah lulus di naiktarafkan ataupun mutu pengajaran diturun tarafkan..
salam cikgu…yang sedihnya program yang dijalankan selalu menteri test kat sekolah aliran melayu / kebangsaan sahaja. tak pernah nak cuba kat sekolah cina atau india…adakah menteri menteri melayu ni terlalu kreatif atau bangsa lain tak rela anak muridnya di mangsakan.
tentang keputusan upsr baru-baru ini, amat sedih, murid-murid yang belajar ppsmi, masih banyak yang gagal dalam bahasa inggeris. tak tau apa yang tak kena…adakah markah lulus di naiktarafkan ataupun mutu pengajaran diturun tarafkan..
harap guru-guru tak salah faham, maksud saya banyak sangat tugasan lain yang menyebabkan guru-guru tak dapat memberi tumpuan terhadap mata pelajaran yan diajar.
tapi yang sedihnya anak yang jadi mangsa.
wsssalam Puzi:
Rentak politik terkini memang begitu, takut kepada orang yang memungkinkan kita kehilangan pengundi untuk kita kekal berkuasa, maka semuanya menghalalkan cara.
Pada saya sebenarnya kita sudah cukup kuat untuk terus bercakap mengenai hal-hal pembelaan kepada bangsa kita. Yang jadi masaalahnya kesatuan kita sangat lemah dengan kesatuan orang-orang lain yang terus menghentam kita dan menidakkan hak kita. Yang penting kesedaran mengenai kesatuan kita sangat penting.
Saya (pernah) berhujah @ menegur bos kilang tempat saya bekerja (berbangsa Cina) yang mempertikaikan ‘keutamaan’ yang diberikan oleh kerajaan kepada kaum Melayu : Kata saya:
Kita Melayu tidak akan hilang apa-apa jika sesuatu yang tidak baik berlaku (antara kaum) di Malaysia kerana orang seperti saya (kami – pekerja bos) tidak ada apa-apa yang nak kami pertahankan. Kami tiada tanah, bos dah banyak beli tanah, kami tiada kereta kerana bos asyik beli kereta (7 buah), rumah bos ada pengawal, rumah kami pagar pun tiada – kami tidak takut apa-apa – kerana kami tiada ada apa-apa…
Kami (rakan-rakan saya) bekerja dengan bos sehari 17RM semata-mata untuk mencari sesuap nasi di dalam negara yang kami (bangsa kami) perintah….
Kami bersama bos – yang membuat akaun melarikan cukai kerajaan, kami bekerja di kilang bos – yang separuh ada permit dan separuh kilang lagi tiada permit – kami juga bersama bos ketika bos yang sogokkan orang kami dengan wang hasil titik peluh kami…
Bukan kah itu kerajaan menjaga bos, bukan saja kerajaan.. kami pun turut menjaga bos….
duku cik gu ajar saya penulisan, cik gu pandai menulis ya.. cakap serupa bikin la ya !