RM100 – one off
Dulu saya sering menyebut one off ketikamana sumbangan diberikan kepada murid oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran / sekolah dalam program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP). Setiap hari perkataan itu bermain-main dalam fikiran saya sehingga diluar waktu kerja. Kerana ianya “duit”. Saya perlu berhati-hati dalam menguruskan hal yang sebegini.
Kini wang tersebut datang lagi dalam versi yang berlainan. Tetapi saya sudah diluar. Saya menghayati perit maung menguruskannya dari luar (sahaja). Syabas semua gb.
Sekarang saya sudah semakin lupa berapa jumlahnya yang diberi TETAPI saya lebih ingat prosedur dan arahan pembayaran yang disampaikan oleh ‘speaker‘ dari JPN untuk dipatuhi oleh GB di sekolah. Diberi penegasan semau-maunya dan kadang-kadang digertak takut diingkari.
1… Ketika hadir kesekolah untuk mendapat wang bantuan kerajaan untuk murid-murid RM100, Azrman menyatakan isterinya ada mendengar orang berkata, “Bagus juga kerajaan nie”. Azman lantas menyatakan kepada saya, “mengapa sekarang baru kerajaan nak bagi”, saya menjawab’ ” susah juga kalau jadi kerajaan nie” … untuk menenangkannya yang sedang mencari ruang untuk menegur kesilapan kerajaan.
Kisahnya (1) bagi pun salah, tak bagi pun lagi salah. Jadi semua – sereba salah. Sememangnya betul kata si Azarman nie, kerajaan mengambil kesempatan untuk terus memerintah dengan RM100 (RM500 untuk orang yang rajin melahirkan anak). Itulah politik kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi RM100 kepada wargatua (saya tak dapat) – saling atas mengatasi. Kebaikannya tetap ada pada orang-orang sangat merlukan dan tidak begitu terasa pada setangah-setangah orang kerana sekali keluarga makan dikedai pun dah langsai RM100.
…gbpencen…bertuahnya kita, dengan (1) undi, macam-macam kita boleh kata.
2…Cucu saya menerima RM35 (sahaja) dari pada RM100 sumbangan yang diperuntukan oleh ‘Najib” di sebuah sekolah kluster. Setelah dipotong RM65 untuk pembelian buku persekolahan. Ibunya (janda tanpa nafkah) pulang dengan wang tersebut tanpa apa-apa bantahan walaupun katanya dia ada mendengar menteri menyatakan -beri semua RM100 kepada waris.
Kisahnya (2). Ini kelebihan sekolah kluster. Sekolah cemerlang, buat apapun orang tak kata. Semua mulut ditutup kerana kecemerlangan. Nak potang duit ke, nak potang pokok ke, apa-apalah kerana ianya sangat berfokus, tersusun dan terapi. Tapi kadang-kadang teringat juga – mungkin ada waris – dengan duit RM100 yang (sebelum) diperolehi sedang membayangkan untuk ke ‘Kentucky” ? untuk memenuhi hasrat anak yang sudah di darjah 3 dah tetapi belum pernah menjenguk ke tempat yang digembar-gemburkan oleh kawan (berada) di kelas ? – terasa nak berlinang si air mata.
…gbpencen…syukur cucu dah makan macam-macam walaupun tanpa nafkah dari ayah – mungkin ayahnya gunakan untuk layan bini baru nya… x pa
cik gu naik gaji banyaaakkkkkkk….
RM100 dan RM500. Saya tercari cari apa kelebihan RM100 yang disalurkan kepada pelajar pelajar “sekolah kerjaan”.( Anak saya sekolah swasta tak dapat, patutnya sekolah swasta dapat lebih la kerana kerjaan tak pernah bantu. Pegawai PPD yg datang pon asyik nak melalak aje, ini tak betol itu tak betol). Tak pe lah kurang lebih anak anak jiran dapat sorang RM100 ITU PASTI. Tapi RM500 ni besar tanda tanya.
Minggu lepas saya balik kampong kenduri anak Cikgu Roslani anak buah Cikgu Azhari. Tengah makan nasi ikan belanak kering( saya tak makan daging takut terlebih protein) ada yang datang menyapa. Saya teruskan makan. Lepas makan sambung cerita di kedai Mat Panchik. “mana……….boleh depa dapat kami tak dapat, tengok IC aku rakyat Msia jugak”. Kata Man Badak seorang nelayan gaji RM1500 sebulan. Menurut salah seorang orang lama kampung saya hanya 20 orang dapat. Anggaran penduduk yang layak mendapat RM500 di kampung Qanchor, kg Matang Darap tak kurang 300 orang. Kalau dikira kurang 10% yang dapat. Kalau saya ke Kelantan, daerah Jeli( YB Tok Pa) dan Pasir Mas(YB Ibrahim Ali) saya pasti fenomena yang sama berlaku. Tak perlulah saya ke Sabah dan Sarwak.
Apakah kajian dilakukan untuk menentukan saluran yang sesuai untuk RM500 diberi kepada rakyat. Di tempat yang terlengkap sekali pon ie K.Lumpur dan Putrajaya belum tentu bantuan tersebut dapat disalorkan kepada yang layak( mak saya pon layak kerana dia dikategorikan sebagai tidak berpendapatan tetap RM3000 sebulan). Ini kan kg Qanchor yang serba tidak canggih.
Pastinya RM500 tidak bermaksud membantu rakyat. Ibarat memberi sebakul ikan bukan sebakul rawai. Ibarat ada udang disebalik…..
Selain itu. Ekonomi etnik majoriti di Msia patut diberi prioriti dalam membahagikan hak-hak rakyat(atau paling mudah duit rakyat: hasil cukai kereta, cukai jalan, cukai bisnes dll). Ekonomi majoriti perlu dicana dengan sebaik mungkin. Tidak perlu banggunan 100 tingkat yang dirancang di Sg Besi kalau majoriti rakyatnya masih ramai yg layak menerima RM500.
Kalu jumlah sasaran 1,000,000 penduduk mendapat RM500. Lupakan soal dapat atau tidak. Jumlah keseluruhan RM500,000,000. Bayangkan jikalau jumlah tersebut diberikan kepada rakyat rakyat yang layak untuk mengajar mereka membuat paku atau skru, buat pukat nylon, buat layer PE, PP, HDPE,LDPE dll. Atau kerjakan mereka yang layak ini untuk menjana satu industri ie.perikanan, perkayuan. Apabila industri ini berkembang sudah tentu etnik majoriti ini mempunyai satu daya saing. Setidak tidaknya Man Badak bukan setakat pandai menangkap ikan tapi pandai membuat skru untuk enjin botnya. Tentunya suatu hari nanti anak Man Badak akan cuba mengeksport skru skru nya ke luar negara.
Pemimpin kampung yang telus diperlukan untuk menjana kemahiran tradisional yang ada di kampung-kampung. Malangnya pemimpin yang berkebolehan meninggalkan kampung untuk mencari pencarian.
Banyak peluang dan ruang yang ada boleh dijana untuk merealisasikan idea-idea yang bernas sebegini tetapi di kampung hanya yang tingga Md Darus, Neat, Pak Cik Jade, Mat Wancik dan beberapa orang lagi yang tidak mampu merealisasikan idea-idea tersebut.
Pemimpin masyarakat di Bagan Panchor yang berkebolehan terus menjana modal insan di mereka yang terdapat di situ dan mereka semakin hari semakin tidak memerlukan RM100 / 2 sumbangan yang memerlukan satu proses yang rumit dengan berjuta pelanggan yang sedang mengharap.
Semoga semuanya dapat di atasi apabila ada satu kejutan yang luar biasa… !
Ya semoga lahir pemimpin yang dapat merealisasikan impian rakyat dan bukan nya
impian pemimpin semata mata……