Skip to content

Senyap sunyi – riuh rendah

2011 December 25
by Guru Besar Pencen

Saya ditunjukan oleh seorang guru kenaikan gaji baru dalam sistem saraan baru yang heboh diperkatakan.  Saya sempat menjengok angka di hujung jadual gaji terbaru itu.  RM6000 ++ untuk gaji mati tanpa pangkat guru siswazah DG41.  Saya tidak terkejut, hanya saya dapat ‘comfirm’ apa yang dikatakan oleh seorang rakan sebelum ini.  Banyak katanya.

Rakan saya itu isterinya seorang guru.  Ketawanya begitu galak sekali.  Dia pula berjawatan ‘engineer’ di sebuah universiti awam.  Kalau dicampurkan gaji kedua-dua mereka tidak ada sebab dia tidak ‘galak tergelak‘.  Rezeki tuhan bagi – kata saya.

Sepanjang perbualan, rakan saya menuduh PM Najib banyak membuat kesilapan kerana memberikan kenaikan gaji terlalu banyak, terutamanya kepada guru-guru.  Ngomelnya bersangkut satu  demi satu untuk menidakkan kemampuan pemimpin no 1 Malaysia (buat masa ini) itu, disamping dia memperagakan kebijaksanaan pemimpin pembangkang yang menjadi idolanya yang masih belum berkesempatan lagi menjadi PM. Begitulah, bagi pun salah; tak bagi pun salah…. PM Najib lagi buat kesilapan, ini kan kita yang tiada bakat kepimpinan nie… kata saya.

Rakan guru saya tadi (DG 41) pula hanya menunjukan reaksi selamba.  Dari raut wajah dan senyumnya nampak jelas yang dia amat lega dengan gajinya yang baru itu.  Saya dapat bayangkan yang dia amat selesa dan bangga untuk menjalani kehidupannya di Malaysia ini bersama suaminya yang berpendapatan sederhana- walaupun dia dan seluruh keluarga berjiwa taksub kepada parti pembangkang yang bercirikan keislaman.  Alhamdulillah kata saya.

Senario seterusnya:

Jiran sebelah rumah saya tidak tahu ke mana akan dihantarnya borang permohonan RM500 untuk warga berpendapatan bawah RM3000 yang diberikan oleh kerajaan yang memerintah.  Saya menawarkan diri untuk menghantarkannya tetapi esoknya baru saya ada kesempatan dan memintanya untuk menyimpannya terlebih dahulu.

Esoknya saya terlupa.  Dalam loghat Indianya dia menyatakan bahawa dia akan mengundi pembangkang, dia tidak mahu mengundi pemerintah berterajukan UMNO kerana UMNO tidak boleh dipercayai.  Saya berfikir-fikir apa sebabnya dia menyatakan begitu hanya disebabkan borangnya tidak dapat disampaikan.  Adakah dia menyalahkan saya, atau sebenarnya kerajaan UMNO yang salah tidak ‘menjemput’ borangnya di rumah.  “Aci boleh antar itu borang sama cg Pin.. dia ketua pembangkang di Taman kita”  kata saya yang sudah tawar hati untuk menolongnnya.

Senario sedih :

Dalam masa kaki tangan awam sedang berkira-kira pendapatan mereka menjelang masa-masa yang mendatang sebenarnya terlalu ramai rakyat Malaysia lain (yang bekerja makan gaji swasta) sedang berkira-kira apa akan dilakukan jika bisnes taukeh-taukeh mereka di tutup. Taukeh-taukeh yang sentiasa berkira untuk memberi bonus.  OT yang telah di sekat. Gaji yang tidak pernah dinaikkan sepanjang 5 tahun yang lalu. Pekerja-pekerja kontrak di berhentikan.

Membawa RM50 ke pasar malam, lesap bila sekelumit keperluan harian berada di dalam raga motosikal.. sedangkan gaji harian sebanyak antara RM30 hingga RM40 sehari – pula – tanpa gaji jika tidak bekerja.  Tapi pandai mereka mengucapkan terima kasih bila borang RM500 diperolehi, disi dan dihantar.

Saya menyatakan “Memang tiada pembelaan terutamanya kepada marhain Melayu Swasta malahan pekerja bawahan badan berkanun Kerajaan”

Tiada Penyelesaian :

Paparan muka-muka akhbar terus mempamerkan perjuangan untuk kakitangan awam tetapi untuk pekerja swasta bukan saja perjuangan, badan untuk memperjuangkan pekerja swasta yang di dominasikan oleh orang lain juga di tiadakan.. kalau pun ada, suaranya begitu lemah di tambah lagi tanpa semangat kepedulian yang sungguh sungguh dari pemimpin no 1, 2, 3 atau 4 di Malaysia.  Dan individu Melayu pekerja swasta peringkat bawah ini hanya memerhati sambil berazam untuk menggunakan hak satu (1) undi mereka masing-masing.

gbpencen…tak banyak bercakap, hanya banyak menyelami hati.

 

2 Responses leave one →
  1. iryani permalink
    January 5, 2012

    Baru-baru ini ada terbaca di dada akhbar tentang ‘gaji minimum’ pekerja swasta. Baru hendak diusulkan dan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk kelulusan. Entah bila dan sampai bila baru boleh dilaksanakan. Itu baru hendak di bawa, belum di kira kerenah birokrasi yang harus diharungi melainkan mendapat campur tangan PM.

    Harap-harap tu taklah terlalu lama kerana pekerja swasta telah TERLALU LAMA menunggu. Jangan pula nanti hanya menjadi seperti perbualan di kedai kopi. Sesuatu yang tiada penghujungnya.

  2. January 8, 2012

    setujuuuuuuuuuuuuuuuuu !

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 15 + 4 ?
Please leave these two fields as-is: