Kami tiada Panglima… !
Bukan senang untuk membuat satu keputusan atau satu perubahan yang melibatkan kewangan. Namun demi servival – ianya harus dilakukan. Tambahan pula, ianya bertepatan dengan masa – masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan. Bila ada kesempatan, semuanya akan bergerak dengan lancar apabila sesuatu permintaan itu berkemungkinan akan dapat ditunaikan.
Begitulah berakhirnya episod gaji penjawat awam menjelang PRU13 oleh Kesatuan Sekerja Sektor Awam.
Episod berkenaan mesti mempunyai seorang panglima. Tambahan pula panglima itu telah dipakaikan baju besi dan peralatan perang, seperti pedang sakti, keris lok tujuh dari keturunan Taming Sari dan tengkolok yang tidak lut api.
Begitulah peranan yang dimainkan oleh ‘cuepecs’ yang telah berjaya membela soal gaji (bukan soal nasib yang sudah sedia terbela) penjawat awam. Sebagai bekas penjawat awam, saya harus merasa bangga dengan perjuangan tersebut. Ada 2 orang (sahaja) rakan penjawat awam yang saya temui memberitahu saya bahawa beliau memperolehi kenaikan yang banyak. Tetapi ramai rakan-rakan (yang lain) hanya mendiamkan diri – seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam keputusan terbaru PM mengenai gaji penjawat awam. Kata orang – buat dek aje… Tidak mengapalah, hakikatnya begitulah.. tst lah.
Selepas pengumuman itu, saya tercari-cari dalam akhbar kalau-kalau ada ruangan yang akan menampilkan seorang lagi panglima untuk memperjuangkan nasib (termasuk gaji) pekerja diluar sektor awam. Akhirnya – selang 2 hari, satu ruang kecil menyatakan – sistem gaji minima pekerja swasta – akan dilaksanakan. Dalam huraian berita tadi dinyatakan berbagai-bagai halangan perlu ditempuhi dan diperhalusi untuk merealisasikan impian yang sudah begitu lama tidak menjadi kenyataan; terutamanya kesediaan sektor-sektor berkenaan.
- Hakikat yang perlu diketahui umum bahawa golongan pekerja biasa peringkat bawahan di sektor swasta ini tiada panglima untuk membela.
- Dengan yang demikian akan menjurus kepada tiada pembelaan yang dibuat.
- Kerana pekerja dan pekerjaan ini tidak ‘glamour‘ seperti penjawat awam.
- Yang paling utama ialah tiada banyak yang dilakukan untuk berdepan dengan pihak swasta yang menjadikan keuntungan peribadi agenda utama.
- Dan yang paling menyayat hati ialah
PIHAK KERAJAANbuntu (gagal) untuk memberi tekanan kepada taukeh swasta ….
… untuk menimbangkan bahawa pekerja bawahan di sektor swasta adalah pekerja marhain seperti “Foreign Workers‘ bahkan adakalanya diperlaku (dengan maaf – dengan bukti) lebih hina dari mereka lagi.
Bila diperdebatkan dengan anak-anak/adik-adik pekerja swasta, mereka menyatakan bahawa – bertuahnya jika bekerja dengan sektor kerajaan walaupun sebagai buruh kasar atau Pembantu Am Pejabat – penuh dengan pembelaan dan semakan gaji sepanjang masa.
Mesejnya (jelas) yang mereka juga mahu diperlakukan sedemikian. Dibela. Mereka juga berhak mendapatkan semua itu kerana golongan swasta beginilah yang sebenarnya merupakan penyumbang terbesar kepada setiap RM kenaikan gaji yang diperolehi oleh pekerja sektor awam (??).
Tanggal 1 Mei akan datang PM akan mengumumkan satu plan pembelaan untuk pekerja swasta (rujuk berita akhbar). Ianya rentetan dari ‘sudah beberapa lama’ rundingan demi rundingan berjalan. Dan yang paling utama bukan pengumumannya tetapi lebih kepada penerimaan sektor berkenaan dan pelaksanaan serta penguatkuasaannya.
Masih terlalu awal untuk membayangkan kemampuan semua itu tetapi lebih banyak menjurus kepada kegagalan demi kegagalan seperti yang ditempuhi sebelum ini. Berharap satu kuasa yang ‘ajaib’ dalam melaksanakannya. Kuasa ajaib yang dimaksudkan ialah ketegasan yang tidak ada batasannya dari pihak yang berkuasa untuk merealisasikannya – biar pun apa terjadi termasuk risiko (tentangan dari taukeh swasta) yang bakal mendatang … insaflah… bahawa swasta adalah hak awam.
...gbpencen… sedang bertugas di sektor swasta,