Skip to content

Piala FA Final 2009 – satu renungan.

2009 April 25
by Guru Besar Pencen
  1. Sebagai seorang guru saya sempat bangga dengan cik gu Subkidin (pengadil perlawanan) yang kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa bertugas ialah di SMT Nibong Tebal.  Kali terakhir berjumpa dengannya sebagai pencinta Bolasepak ialah di Wisma FAM semasa era penolakan penyertaan NTFA dalam Liga Perdana kerana ketiadaan penaja (wang). Beliau menguasai diri mengawal permainan;  beliau tidak dikawal oleh perasaan.  Tahniah.
  2. Khalid Jamlus sudahpun menguasai dirinya ketika usia sudah semakin meningkat.  Tidak seperti di awal penyertaannya beliau begitu gemilang tetapi dibelenggu oleh kegagalan menguruskan perasaan mudanya.  Panas, ego dan angkuh. Pemain muda di Malaysia berbeza dengan pemain mu da di negara yang maju dalam bolasepak.  Mereka lebih berhemah dan berdisiplin pada awal peningkatan atau penyertaan dalam pasukan. Bila sudah agak berusia barulah timbul (jka pun ada) masaalah.  
  3. Rudi Ramli diganti oleh pemain muda, Fitri Syazwan yang lebih bertenaga.  Fitri (dan lain-lain pemain muda) seharusnya mencontohi pemain-pemain muda di negara yang maju dalam bolasepak. Pemain-pemain muda dalam kelab di England yang diketengahkan telah menunjukkan peningkatan untuk menarik perhatian pihak pengurusan. Akhirnya mereka berjaya. Saya mengambil contoh Wyane Rodney, pemain muda (asalnya) yang dibina oleh pasukan Manchester United.
  4. Sebenarnya Halim Napi (yang ternyata kurang perhatian – disiplin) wajar dinafikan untuk berada dalam pasukan Kelantan kerana penjaga gol yang bermain dalam Final Piala FA untuk pasukan Kelantan (Mohd Shahrizal) juga sangat cemerlang.  Hanya aksi mendakap bola terlalu lama setelah ditangkap itu pun lama kelamaan akan menjadi ‘tabiat’ yang akan menjadi kudis pada pasukan Kelantan.
  5. Jaringan penyamaan Amri ‘sebijik’ macam jaringan pada perlawanan separuh akhir minggu lalu,  dimana beliau menerima bola lintang di hujung gawang gol, tanpa di kawal dan menanduk separa terjun. Jurulatih Pasukan Kelantan (walaupun orang putih) tidak membaca perlawanan separuh akhir (Selangor) itu untuk membuat persediaan. Tertanya juga keprofesionalannya (?).  Jaringan Kelantan untuk gol pendahuluan juga ‘sebijik’ macam itu juga.
  6. Nampak macam marah ‘sangat’ Amirul Bahrom (Selangor) dengan Indraputra kerana bola tidak dikeluarkan oleh pemain kelantan dari padang perlawanan kerana pemain Selangor cedera.  Ketika itu bola dimainkan hampir dengan gawang Kelantan.  Pada saya ; Pemain Kelantan telah mengambil langkah bijak kerana  telah mengeluarkan bola ketika bola berada di kawasan gol Selangor sendiri.  Amirul patut sedar bahawa pemain Kelantan juga tidak mahu terjerat dengan tektik ‘biasa’ bolasepak kerana bola berada di kawasan kritikal Kelantan.  Semangat kesukanan ialah untuk kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Mengapa mesti marah-marah.
  7. Antara undang-undang sepakan penalti ialah penjaga gol tidak boleh bergerak sebelum sepakan diambil.  Dilihat penjaga gol terlebih dahulu merebahkan badan ke hadapan (juga ke sisi) dan bola yang rendah melintasi garisan gol.  Apakata kalau hanya merebah ke sisi (tidak ke hadapan) mungkin bola boleh diselamatkan.  Cuba perhatikan ..   Pengadil telah memberi ‘advantage’ kepada pemain yang mengambil sepakan setelah bola masuk –  keputusan pengadil itu memang betul  .. apa komen anda (jurulatih baru terutamanya) mengenai teknik merebahkan badan ?
  8. Pernah diberitakan pengulasan sukan TV1 perlawanan tersebut, Haji Hasbullah Awang adalah penyokong kuat Selangor (?).  Ceria sungguh nampaknya beliau. Ada apa-apa komen anda ?

…publish jam 3.00 pagi selepas tamat perlawanan akhir.

…gurubesar pencen …… banyak kawan ‘bola’ sampai yang setengahnya saya tidak kenal.

b

 

5 Responses leave one →
  1. zag permalink
    April 26, 2009

    Tahniah cikgu kerana telah berjaya menulis sesuatu yang update.Teruskan menulis apa yang cikgu minat,kerana minat terhadap sesuatu (cth;bolasepak)dapat menimbulkan idea untuk menulis dan menulis seterusnya.Saya harap blog cikgu ini dikunjungi lebih ramai peminat blog dan peminat bolasepak.

  2. April 27, 2009

    Hi there,
    http://www.gurubesarpencen.com – da best. Keep it going!

  3. April 27, 2009

    Betul.. saya akan menulis apa yang saya minat kerana saya minat menulis. Dulu media terlalu terhad untuk menempatkan tulisan kita tetapi sekarang, kita punya ‘akhbar’ sendiri.. tulis je lah; yang penting kita sampaikan.. orang nak baca ke tak nak ke tu lain hal. Walau bagaimanpun, saya berkira-kira juga untuk menulis yang terbaik yang saya boleh.. Itulah saya perlukan komen …. anda semua.

  4. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    April 28, 2009

    Assalamualaikum Cikgu
    Kelmarin semasa hujung minggu Kuala Lumpur sesak dengan kehadiran ribuan penyokong Kelantan. Berbondong-bondong mereka turun ke KL. Maklumlah sejarah hendak dicipta tapi apakan daya. Walau keringat habis dikerah namun nasib tak menyebelahi mereka.
    Malam itu sya hanya menonton di rumah. Setelah kalah di undi untuk menonton hanya di tv kedua saya.( anak-anak dan isteri saya mengundi utk menonton Akedemi Fantasia 7 dan ha..ha..ha..saya pun turut di undi keluar sama )
    Lama sebenarnya saya tidak menonton bola sepak tempatan. Bagi saya, tahun ini saya lebih tumpukan pada Liverpool dan sampai kini debaran saya masih tak habis habis. adakah nasib Liverpool lebih baik tahun ini …hanya Tuhan yang tahu.
    Walau apapun jumlah kehadiran penonton yang membuat saya teruja. Semasa bujang saya tak pernah tinggal setiap perlawanan Selangor.Stadium Merdeka Dan kemudiannya Stadium Shah Alam saban minggu dikunjungi. Dari zaman Mokhtar Dahari sampailah zaman Rusdi Suparman saya ikuti Selangor walaupun saya sebenarnya anak jati Johor.selepas itu saya sudah hilang minat menonton bolasepak selangor . Aura dan kegemilangannya sudah mula pudar. Sama pudarnya dengan Stadium Shah Alam yang semakin tak terurus dan itu menambah benci saya utk kestadium lagi.
    Malam kelmarin saya cuba untuk menyokong Selangor lagi tapi entah mengapa hati saya lebih memihak ke Kelantan.
    Mungkin kerana menyokong pasukan Underdog ini lebih keterujaanya ataupun saya sebenarnya suka melihat pasukan lain dari Selangor menjulang Piala FA pun saya tak tahu. Akhirnya kita sedar juga pengalaman dan kematangan dalam perlawanan akhir membawa Selangor ke podium.Mereka yang tak mengkaji sejarah akhirnya tumpas kerana kesilapan mereka sendiri. sejarah kan tetap berulang tanpa disedari.
    Bolasepak Malaysia perlukan perubahan mentaliti kerana kita sebenarnya bukan tidak tahu bermain bola. ..tetapi kemajuan bolasepak itu sendiri terlalu jauh untuk kita kejar kerana kedangkalan kita.Sedih sebenarnya untuk mengakui hakikat ini.

  5. April 29, 2009

    Saya baca komen anda dengan teliti. Sungguh berminat dengan kebolehan anda mengadunkan bahasa. Tahniah. Cerita pasal bola sampai ada seorang rakan sepermainan yang 30 tahun lebih muda dari saya berkata, ‘cikgu ni nanti, dia boleh mati dalam padang’
    Tadi saya hadir sesi pemilihan pemain pasukan NTFA SPS untuk bermain dalam SUKPEN 09 (Sukan Penang) 25 pemain bersama jurulatih Jailani Wilastra.. di padang JAWI.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 6 ?
Please leave these two fields as-is: