Negara Maju Berpendapatan Tinggi
Begitu bersemangat sekali rakan baik saya memperkatakan mengenai ramalan pendapatannya akan meningkat menjelang Malaysia menjadi negara maju. Itulah yang diharapkan oleh semua rakyat yang berada di dalam sesebuah negara. Mereka akan menjadi lebih selesa, malah setengahnya akan menjadi mewah dan lebih mewah. Dan ada diantaranya akan menjadi terlebih mewah.
Dalam pada itu terungkap kenyataan dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini bahawa kerajaan sekarang di bawah inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam sedang merangka satu plan di mana gaji kaki tangan tidak berhenti atau terhenti kenaikannya sehingga tarikh persaraan. Hebat bunyinya. Walaupun begitu saya yakin ianya akan dapat dilaksanakan.
Serba salah bila difikirkan terlalu sedikit orang yang mahu memikirkan untuk membela golongan pekerja swasta yang di IKS yang tidak terkawal apatah lagi melakukan sesuatu. Ayat ini bermaksud : Pekerja swasta di IKS yang dimonopoli oleh peniaga-peniaga tamak memberi gaji sewenang-wenangnya kepada pekerjanya; termasuk menyediakan persekitaran kerja dan jaminan masa depan yang tidak sama-sekali kondusif.
Dalam kita bersyukur dengan gaji dan lain-lain kemudahan agar penjawat awam sentiasa mendapat imbuhan secara berterusan dari semasa ke semasa saya mengharapkan agar pekerja swasta rakyat Melayu yang bekerja di IKS rakyat Malaysia berketurunan Cina dilayan tidak sepatutnya, hidup rajin, tak mahu mati. (terjemahan ungkapan moden dari ungkapan- hidup segan, mati tak mahu).
Dalam paparan akhbar sering kita lihat ‘pembela’ penjawat awam akan mengeluarkan ungkapan yang memperjuangkan hal gaji dan masa depan penjawat awam tetapi jarang sekali malah seolah-olah tidak tampil seorang ‘wira’ untuk memperjuangkan hal gaji dan masa depan pekerja bawahan di IKS yang terdiri dari anak-anak melayu gelandangan yang gagal dalam menjadi warga kerja yang berpendidikan.
Golongan pekerja IKS sebegini dinafikan oleh majikan untuk perkara-perkara berikut :
1. Tidak memperolehi potongan KWSP dan SOCSO secara kosisten.
2. Menerima gaji yang tidak menentu sehingga ke paras paling bawah – ada yang kurang dari RM20 untuk 8 jam waktu bekerja.
3. Tekanan potongan gaji atas perkara-perkara yang menguntungkan majikan sahaja.
5. Persekitaran kerja yang langsung tidak menarik.
6. Tiada kemudahan rawatan kesihatan, bonus, isentif, cuti tahunan dan lain-lain cuti yang sepatutnya dan kemudiah sosial.
7. Tiada pampasan jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.
8. Tiada sistem kerja dan sistem pengurusan yang menarik
Sementara majikan pula :
1. Memaksimakan keuntungan semau-maunya atas kudrat pekerjanya.
2. Membandingkan pekerja tempatan dan pekerja asing yang rajin, kononnya.
3. Pemberhentian kerja yang hanya mengikut prosedur dan kehendak sendiri – tidak mengikut prosedur yang disediakan oleh pihak kerajaan.
3. Tidak memperdulikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, hanya menyediakan keperluan yang hanya menjurus kepada kehendak pengeluaran.
4. Akan seberapa daya upaya cuba melarikan diri dari cukai dan lain-lain prosedur yang ditetapkan oleh kerajan.
5. Menyalahgunakan dan melanggar permit, lesen dan kebenaran.
5. Mengenepikan ciri-ciri keselamatan kecuali yang mungkin menjejaskan keselamatan hak peribadi sahaja.
7. Bersekongkol secara maksima dengan ejensi yang boleh menerima rasuah; dengan demikian majikan tidak mempunyai rasa hormat untuk menghormati prosedur agensi kerajaan yang bertanggung jawab.
8. Sering mempertikaikan syarikat kerajaan dan syarikat besar yang kononnya hanya menjaga kroni – tidak mengagihkan kekayaan kepada ‘mereka’
9. Sering mempromosikan kerugian kepada pekerja sebaliknya menambah harta peribadi serta berlagak dengan kekayaan yang dimiliki.
10. Berkelakuan licik.
Kebanyakan kita lihat semuanya elok kerana kita sering diperlihatkan yang elok-elok sahaja. Di Malaysia ini, kilang elok, pejabat elok, kakitangan kerajaan bertugas dengan elok, sekolah elok, jalan raya elok, membangun dan berkembangan dengan elok ke arah negara maju.
Tapi bila kita masuk ke IKS begini yang mana kita boleh takrifkan sebagai spara haram, kita akan dapat melihat sendiri apa yang golongan ini alami. Biasanya IKS begini terletak agak jauh dari bandar atau dipinggiran pusat industri, berpagar, dikawal oleh kamera dan pintu automatik yang kita faham apa maksudnya. Pemiliknya mengendalikan secara berseorangan dan begitu bijak dalam banyak hal terutama dalam melepaskan diri dari tanggung jawab yang telah digariskan.
Malangnya pekerja-pekerja di IKS ini tidak boleh bersuara atau tiada suara kerana tiada kebolehan bersuara. Tiada siapa yang datang untuk mendengar suara mereka – mereka tidak penting. Mereka juga tiada ‘wira’ yang mengambil tahu mengenai mereka kerana mereka adalah serpihan dari arus pendidikan yang sedang menghadapi gelombang perubahan yang dahsyat. Atau dengan lain-lain alasan dan sebab. Seribu alasan dan seribu sebab yang terjadi begini.
…gbpencen…tiada mampu bersuara atau menjadi wira.
Pandangan tuan benar.
Pekerja IKS dan swasta tiada pembela. Dan double standard gaji berdasarkan kaum adalah satu open secret.
Saya yg sudah puas bekerja di sektor swasta hanya mampu tersenyum bila rakan2 yg berjawatan awam merungut tentang gaji mereka yg mereka rasa kecil atau bonus yg kurang.
Kalaulah mereka tahu rasanya bekerja di sektor swasta dgn majikan asing, tentu mereka terkejut besar.
Belum lg saya lihat inisiatif mana2 pihak utk hapuskn penindasan majikan swasta sebagai agenda mereka. Mahu tidak mahu, kami yg sudah puas diperah hanya mampu keluar dari menggadai tenaga kepada kerja sendiri.
terima kasih kerana berkongsi maklumat. Nampaknya saya tidak keseorangan. Kita juga tidak keseorangan kerana ramai lagi pekerja seperti tuan. Saya suka istilah tuan “open secret”.
Kalau perjuangan ini masih belum ada ‘wira’nya, biarlah kita melihat sambil berdoa, moga yang akan tampil mengambil tempat. Selain berdoa, kita menunggu, seperti umat Islam menunggu Imam Mahadi.