Titik, huruf besar dan tetapi.
Saya suka mengajar mengarang. Saya suka mengajar karangan. Saya suka mengajar penulisan. Malahan saya juga suka mengajar menulis. Saya suka mengajar tulisan. Saya suka mengajar tulisan sambung. Saya suka mengajar tulisan berangkai.
Antara beberapa perkataan dalam perenggan di atas menggambarkan beberapa istilah yang sama, serupa dan semacam. Ianya berkaitan dengan pengajaran menulis dan mengarang. Semuanya saya suka. Ianya juga menggambarkan perubahan istilah yang dibuat dari semasa ke semasa. Dari mengarang ke karangan dan seterusnya ke istilah terkini iaitu penulisan. Daripada istilah tulisan sambung ke istilah tulisan berangkai.
Semenjak dari darjah satu lagi cikgu mengajar tanda titik. Selepas titik, ayat mesti dimulakan dengan huruf besar. Semasa saya mengajar darjah 6 ditahun-tahun akhir perkhidmatan saya, saya masih perlu menekankan penggunaan tanda titik dan huruf besar. Berkali-kali dan berbagai cara digunakan untuk mengukuhkan pengusaan murid untuk patuh menggunakan tanda titik dan diikuti dengan huruf besar – sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR.
Ini menggambarkan bahawa proses pengajaran tanda titik ini bermula dari tahun satu hingga tahun enam tidak berhenti-henti. Belum lagi masuk aspek lain atau matapelajaran lain. Oleh yang demikian kita sedar betapa kita golongan guru harus sedar betapa susahnya untuk mendidik anak-anak kita. Dan kita harus sedar bahawa komitmen yang cukup tinggi adalah amat diperlukan.
Pada suatu hari, PK1 saya cikgu (arwah) Aishah menegur saya : Sekarang lepas titik boleh guna perkataan ‘tetapi’. Sebelum ini dalam pengajaran saya: selepas titik tidak boleh menggunakan perkataan itu (tetapi).
Dalam zaman yang berubah, saya sudah semakin tidak nampak tanda titik. Dalam satu penganjuran ceramah yang bertemakan perpaduan ummah di surau; 3 orang penceramah penuh dengan ungkapan memperlekehkan orang Islam yang dari bukan golongannya sehingga tiada lagi ada tanda titik. Di akhir ceramah perpaduan itu saya tidak nampak pun tanda titik pertemuan untuk menyatupadukan antara ummah dari golongan penceramah tersebut dan ummah dari golongan yang diperkatakannya. Tiada ungkapan yang nampak akan terdorong kepada tema perpaduan.
Oleh yang demikian apa yang arwah cik Aishah ajar saya sudah sangat relevan kerana dalam situasi sekarang (perpaduan ummah) perkataan TETAPI mesti digunakan selepas tanda TITIK.
…gbpencen… menggunakan beberapa koma dan diikuti dengan perkataan ‘tetapi’.. sampai bila-bila.