Skip to content

Sokongan Padu dalam ketakutan.

2013 October 16
by Guru Besar Pencen

 Meneruskan Tanggungjawab

Beberapa bulan yang lalu, dia (kawan saya berketurunan Cina) begitu ketakutan bila bercerita mengenai ‘gangster’.  Seperti rakannya yang lain,  perbualannya selalu sahaja mengisahkan kelemahan polis dalam menangani jenayah.  Rentetan dari pemansuhan beberapa akta keslahan jenayah,  media tempatan memaparkan kejadian-kejadian pembunuhan dan perlakuan gansterism secara bertali arus.  Satu demi satu kejadian menyebabkan dia menjadi begitu panik.  Banyak cerita yang diperolehi disebalik kejadian-kejadian itu yang tidak kita tidak dapat dengar.  Ia mengukuhkan lagi ketakutannya.

Cerita disebalik kejadian itu ialah pembunuhan (kejadian tembak) berlaku ke atas orang-orang kaya dan berkuasa. Oleh sebab dia seorang yang sedang menjadi kaya, maka tidak hairanlah bahawa dia juga berada didalam ketakutan.  Dalam pada itu juga orang-orang kaya dari keturunannya sering mempunyai musuh dalam perniagaan.  Sering berlumba-lumba untuk menjatuhkan satu sama lain.  Kadang-kadang dalam keadaan yang sihat tetapi banyak juga dalam situasi persaingan yang kurang sihat – terutamana menipu atau berunsur penipuan.  Maka dia juga dirasakan mempunyai unsur yang kurang sihat dalam persaiangan perniagaan.

Hari ini dia meminta saya menulis sokongan bagi pihaknya  khas untuk Menteri Dalam Negeri – Dato Zahid Hamidi.  Dia begitu berkenan dan jatuh hati kepada tindakan yang telah YB Menteri ini lakukan.  Ramai juga antara  yang kita sedia maklum mengenai perkara itu.  Maka dia minta saya menulis didalam blog saya walaupun tiada siapa yang membacanya.

Saya menekankan kepadanya bahawa kejadian gansterism yang berlaku adalah kerana pemansuhan akta-akta yang sedia. Kerajaan BN yang menang pilihanraya yang lalu bertindak memansuhkan akta-akta tersebut atas kehendak pembangkang. Pembangkang merasakan bahawa akta tersebut menguntungkan kerajaan yang memerintah. Maka keluarlah tahnanan yang sepatutnya masih ditahan di pusat tahanan ke lapangan. Maka mereka kembali kepada rakan-rakan lama yang masih bebas untuk bergerak aktif semula.

oooo… katanya.

Maka keperluan untuk mengwujudkan semula akta berkenaan dalam versi yang berlainan adalah untuk menangani jenayah. Penekanantelah  dibuat oleh kerajaan.  Dan yang moleknya ialah ia diiringi oleh tindakan agresif menteri yang baru dilantik dalam KDN itu. Dengan yang demikian kawan saya ini nampak jelas (faham)  rentetan peristiwa itu : politik – jenayah – keselamatan : yang mana penting ?.

Sekali lagi dia meminta saya menulis sokongannya.

Saya menyatakan Menteri Dalam Negeri ini berada dalam situasi yang tepat pada masanya kerana keperluan pengwujudan akta ini bertepatan dengan sokongan  yang diperlukannya untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Dia mesti diberi kemenangan.  Dia orang yang boleh bekerja.  Kata rakan saya lagi.

Seterusnya dia berkata,  Hishamudin pun kena menang.  Itu Mukhriz tak boleh menang, dia muda lagi.

...gbpencen… tertanya-tanya mengapa Hishamudin mesti menang dan Mukhriz tak boleh menang.

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 4 ?
Please leave these two fields as-is: