Komunikasi di sekolah.
Terpanggil untuk memperkatakan mengenai sekolah setelah membaca ‘shout’ dari Zarina (?)
Saya selalu terdengar orang berkata mengenai Pengajian Komunikasi dan Media di universiti. Tentu seronok ye belajar di pusat pengajian tinggi dalam bidang-bidang seperti ini. Beruntungnya orang sekarang mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran.
Sebaik beberapa hari melapor diri sebagai Guru Besar di sebuah sekolah, saya dikunjungi oleh seorang guru. Che Puteh namanya, memang putih. Di akhir ceritanya dengan saya, dia menangis tersedu-sedu. Di dalam situsai yang hampir sama sebuah sekolah lagi, lagi seorang guru, Wan (dipendekan – female) juga menangis. Gelap sikit orangnya. Dan di sebuah sekolah lagi sekolah, seorang guru lelaki. Dia tidak menangis tapi dengan nada meminta simpati kerana dibebani tugas yang tidak berkesudahan.
Kesimpulannya ketiga-tiga mereka menyatakan yang mereka dibebani tanggungjawab yang berlebihan di sekolah sehingga tidak terpikul. Agaknya bagaimana dia mentafsirkan raut wajah saya sehingga sedia menceritakan kesulitan dalam menanggung kerja masing-masing. Selepas itu saya telah cuba untuk mendekati permasaalahan itu. Saya cuba untuk mendapatkan ramuan penyelesaian. Walaupun saya berada di posisi itu tanpa pendidikan khusus, saya harus mencari keberkesanan komunikasi, pengurusan perhubungan sesama staf ‘bawahan’
Persoalannya kejadian seperti itu sering berlaku di sekolah disebabkan sikap ego seseorang, sama ada pemimpin organisasi atau yang empunya diri. Saya merujuk kepada kata-kata seorang pegawai JPN iaitu “all depend on you’ ketika menyampaikan ucapan di hadapan Guru Besar / Pengetua. Beliau ingin merujuk bahawa sebagai ketua di sekolah, apa sahaja yang berlaku adalah menjadi tanggungjawab kita. Walau apapun alasan yang diberi, kita sebenarnya ‘mesti’ bertanggungjawab. Kata-kata itu menjadi rujukan dan pegangan saya dari semasa ke semasa.
Katanya lagi .. kita sebagai Guru Besar harus dipertanggungjawabkan dalam semua hal. Kita menerima jawatan Guru Besar secara ‘pakage’. Semua kita mesti terima, baik buruk, cacat cela, cantik hodoh, baru lama, semuanya kita terima. Terpulanglah kepada kita menanganinya. Hah.. senangnya pegawai berkenaan bercakap, susahnya kita hendak lakukan, tapi kalau kita ‘minat’, kita boleh lakukan dengan ‘payah’ (bukan senang).
Bila semuanya ada di dalam ‘kepala’ :
1. Kita perlu mengagihkan yang mana, ‘urgrent, yang mana ‘important’ dan yang mana harus KIV. Satu persatu kita tangani dengan mengimbangi sumber-sumber yang ada. Mengeksploitasi semua sumber (manusia, kebendaan, masyarakat, prasarana, dsb) dengan penuh keinsafan, budi bicara, berhemah dan penuh bertanggung jawab.
2. Mengimbangi tindakan secara positif. Menggunakan kekuatan yang ada dari sumber-sumber yang ada. Meminimakan kelemahan dengan cara tidak menonjolkan kelemahan itu secara ketara, sebaliknya mengatasi kelemahan dengan terancang.
3. Sebagai ketua organisasi, kita harus mendahulukan kepentingan pelanggan dari kepentingan diri sendiri. Bersedia untuk membuat sedikit pengorbanan. Merendahkan diri agar mendapat kerjasama dari semua yang di bawah kelolaan kita
4. Mesra tetapi ada ketegasan (saya tidak berapa tegas). Kemesraan digunakan untuk mempengaruhi orang-orang yang di bawah kawalan kita melalui beberapa peraturan dan kekemasan ‘prosedur kerja’.
5. Sebagai ketua kita perlu munujukan kesungguhan membuat sesuatau tugas atau kerja. Kita perlu mendahului dalam semua perkara dan mengambil tindakan awal dari apa yang hendak dilaksanakan. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada kita akan memainkan peranan sebagai ‘moderator’ yang berkesan. Selesaikan antara 30% hingga 60% sesuatu kerja itu terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada guru-guru di bawah kita kita.
6. Bersikap ‘sentiasa peka dan bersedia’ dalam menguruskan sekolah. Sentiasa peka dengan apa yang telah, sedang dan akan berlaku, akan sentiasa menjadikan suasana sekolah dalam keadaan yang terurus. Sentiasa bersedia dengan apa yang akan berlaku; mengambil tidakana awal dan merancang persediaan sebelum sesuatu (program, aktiviti, mesyuarat dll) berjalan.
7. Berurusan secara rasmi dan bermesra secara tidak rasmi. Mendokumentasikan arahan, komunikasi, tindakan, penghargaan dan post motem secara teratur boleh membuatkan semua orang bawahan kita merasa bertanggung jawab dan di hargai. Semua arahan hendaklah jelas dan teratur, lengkap dan boleh difahami serta boleh dilaksanakan. Dalam mengimbangi perlakuan itu, kemesraan perlu wujud demi rasa hati yang mungkin berlaku.
8.Secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian pihak sekolah harus memperkemaskan sistem dan peraturan termasuk organisasi yang sedia ada. ada kemungkinan peraturan yang sedia ada perlu dinaik taraf atau dimansuhkan mengikut keadaan semasa.
9. Meningkatkan pemantauan.
10. Everyday, i am present.
semua yang berikut akan membolehkan ‘guru tidak menangis lagi’….
…gbpencen.. pun tidak kemana kejayaannya tetapi tidak bergaduh dengan sesiapa.
Segala apa yang dicatat oleh cikgu boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada semua guru teutamanya guru-guru yg bru.
Ada juga orang sudi jengok2 ye.. tima kasih. …. senukil kenangan je..
GB is the lonely job kate deme..ada betulnya. Kadang2 bila ada masalah, takde sape nak backing, I juga GB dan 10 tahun..sama dengan pengalaman u. Masalah kalu cerita kat PPD atau JPN, depa kan kata..Ha apa you buat, tak ikut peraturan itula ini la..macam2 buat sakit hati dan jantung, lebih baik cari kawan baik. Conton macam tradedi Kuala Dipang.. Kesian depa yang terlibat.. orang atasan menekan saja itu dan ini bila ada masalah.
Hah .. tu dia baru betoi .. sama rasa.
Terima kasih tuan: Apa yang saya ceritakan adalah benar.. tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka..
Lets enjoy yourself.
cikgu ideris yang saya kenal bagi nasihat masa komunikasi tak formal.. masa main table tennis pukul 6:30 petang.. 🙂
kalau dapat GB yg profesional alhamdullilah..
tp GB saya sekarang ni masalah sgt2.
hubungan dengan cikgu2 hancur.
Yang salah semua cikgu..Yang hebat semuanya dia.
Kalau meeting tu 1 jam ucapan alu-aluan pengerusi,1 jam setengah lagi dia jugak yg bercakap.cikgu2 akan bercakap dlm hal-hal lain.
langsung tak boleh bagi pandangan…ayat dia “you shut up!”
Ayat dia lagi,
“dulu saya….”
“Saya pernah…”
dalam meeting ayat tu la yg diulang2 setiap kali meeting..dialah yang terhebat..
dalam bab mengajar dia hebat
bab jaga suami dia hebat
bab jaga anak dia hebat
semua dia cakap dia hebat
tp hakikat yang dapat dilihat tak begitu..
Mungkin sekali dua orang akan percaya tp kalu setiap hari dengar cerita sama orang akan bosan..
“KALAU BETUL DIA HEBAT,TUNJUKAN DIA HEBAT,BUKAN SURUH ORANG FIKIR DIA HEBAT”
Cikgu Baru – salam dari saya kerana bersama di ruang maya ini :
Lupa. Itulah ungkapan yang sesuai untuk komen cg. (Dia) lupa bahawa kita (Guru Besar) berada di kedudukan itu kerana adanya guru-guru kita (manusia sepertinya juga) yang dengan rendah hati bekerja bersama kita.
Tersalah bicara, tersasar arah, kerakusan kuasa dan terpinggir khalayak adalah antara ungkapan yang boleh menceritakan segalanya. Saya setuju dengan cg baru … GB anda harus buktikan – BUKTIKAN …… ! kalau dia betul-betul hebat, tentu orang lain akan lebih menghormatinya
Saya yakin cg tahu bagaimana menanganinya. Dan saya ingin mengucapkan syabas kerana cg faham ungkapan yang saya sebutkan di atas atau sukurang-kurangnya cg cuba memahaminya.
Terima kasih cg baru….kerna bersama di halaman maya kerdil ini.