Skip to content

Belum cukup celaka….

2014 August 3
by Guru Besar Pencen

 Biasanya orang yang marah – matanya terbeliak

Celaka merupakan satu ungkapan yang pedih jika diucapkan dalam nada yang serius. Saya pernah mengucapkannya secara serius atau secara tidak serius. Tujuannya amat berbeza antara keduanya.

Sebagai insan Melayu biasa, insan Melayu lama, yang dilahirkan di zaman tradisional saya tidak dapat menafikan yang darah yang mengalir adalah darah Melayu tradisional.

Darah Melayu tradisional adalah Melayu yang lemah lembut dan tidak tamak. Melayu yang sanggup berkongsi makan sepinggan, susah dan senang sama-sama. Sabar dalam mempertahankan hak dan bersuara lembut apabila di cabar.

Kesabaran pula tiada hadnya.  Akan bersabar, bersabar dan bersabar.

Dengan kata yang sinis, sindiran yang tajam, dan ungkapan yang tepat lagi padu akan dapat melembutkan hati yang panas atau dapat menjadikan musuh “melarikan diri”.  Itulah darah Melayu Tradisonal.

Sesungguhnya tidak perlu berdegar-dengar membantah, menengking dan mengamuk…. hanya kesabaran tahap tinggi dan kata-kata manis yang berbaur pedas boleh melembutkan kemarahan.

Juga tidak perlu lengan yang berulas untuk mempertahankan hak, cuma bijaksana dalam memilih tindakan yang tidak merugikan diri sendiri dan orang lain.

Kadang-kadang berdiam diri atau mempamerkan raut muka juga sudah cukup untuk membasuh kemaharan orang lain.

Itulah Melayu Tradisional.

Melayu kini belum cukup celaka lagi.  Walaupun sesiapa sahaja sekarang berhak untuk mencaci Melayu, sama ada celaka atau lebih dari itu; sebenarnya belum sampai tahap Melayu menjadi  celaka lagi.

Dan seingat saya, selama ini walaupun telah tersebar dengan meluas ramai yang bukan Melayu sudah,sedang dan akan mencelakakan Melayu tetapi sebenarnya Melayu tidak akan menjadi celaka.

Orang Melayu tidak pernah bangkit untuk mempertahankan segala sumpah seranah,maki hamun dan berbagai penghinaan yang di akhir-akhir ini sering sangat dilemparkan kepada Melayu. Kalau bangkit, barulah boleh dipanggil “celaka”

Kalau dulu orang Melayu pernah digelarkan oleh Inggeris sebagai satu bangsa yang suka mengamuk, tetapi sekarang Melayu sudah tidak mengamuk lagi. Tidak  ada kelibat  yang menunjukkan orang Melayu akan mengamuk.

Hanya..

Cakap-cakapkosong yang berdegar-degar, akhirnya habis di situ sahaja. Ini adalah kelakuan Melayu Tradisional. Melayu masih tradisional.

Sebabnya…

Dalam loghat Kedah, Tunku Abdul Rahman selalu berkata… Biax pi lah… Tak pa lah… Biax pi kat depalah… Biaxlah orang Cina meniaga,  orang Melayu jadi askar cukuplah…. Akhirnya orang Cina bukan setakat berniaga sahaja bahkan sudah lebih dari itu.

Tambahan pula Melayu sudah cukup selesa sekarang.  Melayu sudahpun tersangat berpuashati dengan apa-apa yang ada sekarang.  Meraka tidak tamak, mereka selalu beralah, asalkan tidak kacau bilau, cukuplah.

…gbpencen… dok tunggu bila nak jadi celaka.

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 14 ?
Please leave these two fields as-is: