Skip to content

Yang sombong dan mewah

2010 June 16
by Guru Besar Pencen

KIBARLAH BENDERA untuk negaramu, wahai ANAK-ANAK KU – Pastikan nanti bila dewasamu nanti ……

Bertuah sungguh rakyat yang berpeluang bekerja dengan kerajaan (sektor awam).  Rancak diperkatakan yang golongan ini adalah golongan yang bertuah buat masa kini. Dulu sering diperkatakan bahawa rakyat yang berpeluang bekerja dengan swasta mempunyai banyak kelebihan sehingga ada yang berpindah dari sektor awam ke sektor swasta.

Sebaik 4 bulan bersara dari Perkhidmatan Awam  (sehingga kini) saya bekerja dengan sebuah IKS bertokehkan seorang berketurunan Cina. Baik orangnya.

Pekerja tempatan (Melayu) : Ramai ibu tunggal bekerja di situ, selain dari anak gadis yang tidak kesampaian pendidikan formal mereka. Pekerja lelaki menerajui keluarga masing-masing seperti rakyat yang lain.10 orang pekerja berketurunan Cina memperolehi  gaji yang lebih lumayan dari lain-lain pekerja.  Situasi sebegini bukan lagi satu kejanggalan dalam negara kita yang mana kita tidak mendominasi ekonomi di negara yang kita mendominasi penguasaan politik.

Apa yang menjadi kebanggaan kita ialah, terdapat sebahagian rakyat yang bertuah sedang menjalani satu proses kehidupan yang sempurna dan mewah dengan bekerja dengan kerajaan sedia ada.  Sebahagian lagi mewah kerana berjaya mengadaptasi peluang ekonomi negara dengan nilai dan tabiat bekerja kuat membina kejayaan. Sebahagian daripada mereka ini sangat sombong.  Dan sebahagian lagi adalah pekerja-pekerja  IKS di tempat saya bekerja kini;   mereka ini diketahui sedang bergelut dengan berbagai kecelaruan;  dan mereka ini sudah tidak berupaya untuk sombong.

Dari satu kilang perabut , ke kilang papan lapis. dari pembuatan sofa ke penghasilan bantal.  Dari meja perabut ke pembuatan kusyen;   dari perusahaan menanam chili ke ladang pembiakan cacing (untuk baja) … pelaburan tokeh saya makin menjadi.  Rumahtangganya kian bahagia, generasinya kini terjamin.  Kegawatan ekonomi kini tidak jadi halangan.  Sebagai pembekal, banyak pelanggannya masih kukuh membantu. Gaji pekerjanya semua tetap dibayar walaupun murah malahan berbeza-beza mengikut ras.

Sekarang sudah masuk satu era baru dalam pengukuhan ekonomi. RMK10 ligat dibentang dan diperkatakan.  Berbagai pendekatan telah diwar-warkan untuk dilaksanakan demi kebahagiaan rakyat.  Rakyat perlu mengambil peluang yang terhidang ini.  Kalau yang pandai akan memperolehinya dan kalau seperti saya,  tidak perlu memperolehi apa-apa melainkan dengan pencen yang sedia ada.  Jadi, rebutlah peluang yang terhidang ini dengan semau-maunya, wahai bangsakau.. sanggupkah… bolehkah ?

Bagaimana pula rakan sekerja saya sekarang yang pengetahuan dan ilmu mereka sangat cetak mengenai apa yang Negara mereka rencanakan. Saya yakin tidak akan berlaku perubahan yang drastik ke atas pencapaian ekonomi masyarakat Melayu yang seperti rakan-rakan saya di kilang tempat saya bekerja kerana tiada siapa yang akan memantau gaji minima kilang tokeh saya sekarang.  Juga dari segi kebajikan pekerja-pekerjanya.  Bahkan saya dimaklumkan kebanyakan kilang IKS yang dipunyai oleh tokeh-tokeh Cina lainnya juga mengeksploitasikan kelemahan pemantauan dari pihak berkuasa untuk ‘membuat bendang’ ke atas pekerja-pekerja Melayu.  Diskriminasi dan lain-lain bentuk penindasan sering berlaku tanpa ada pembelaan. Telah dan akan berlarutan ke sekian lama.

Ketahuilah, orang-orang inilah yang yang ingin beralih angin dengan tidak menyokong kerajaan yang sedia ada.  Bahasanya amat mudah,  apa yang dilakukan oleh kerjaan BUKAN untuk kita, sedangkan tokeh kami bermaharajalelal mengatasi undang-undang. Mengaut apa sahaja yang mampu diperolehi dan menjauhkan diri samasekali dari apa yang harus dibayar kepada kerajaan – rakyat.  Kami tidak terbela.  Kerajaan membela orang-orang disektor politik,  disektor awam, dan sektor swasta.  Mereka kelak yang akan berjaya merebut kek RMK 10.  Kerana mereka licik, bijak dan cekap, termasuk mereka yang licik, bijak dan cekap menipu dan memutar ‘alam ‘ ;  walaupun mereka belum tentu menjadi penyokong kerajaan.

Walau apapun alasan diberi, penguasaan ekonomi tokeh-tokeh ini  sudah cukup untuk mereka mencanangkan peralihan kuasa untuk tidak  menyokong kerajaan yang sedia ada. Ketamakan mereka telah menghampirkan mereka untuk berkuasa dalam bidang politik pula.  Sehingga kini seolah-olah kerajaan yang selama ini menyediakan kemudahan dan peluang kepada mereka ; dan juga menyediakan kealpaan tentang tingkah laku licik mereka  sehingga akhirnya…… mereka berjaya membina empayar ekonomi mereka , TELAH seolah-olah sangat bersalah kepada mereka (pula). Tahukah kita ?

Tokeh dan angkatan ekonomi mereka akan melatah dan sangat tersenuth (kononnya) sekira timbul sedikit petanda kepayahan yang AKAN mereka hadapai dalam urusan untuk memuaskan nafsu tamak  haloba mereka, lantas tidak menyokong kerajaan yang telah sekian lama memberi kebahagiaan dan kesoronokan kepada mereka.  TUKAR…  kepada DAP.. kata mereka.  Jawab saya pula : ……TAKUT ! orang Melayu benarkan kerajaan bertukar kepada DAP  – termasuk jika Parti Islam juga merestui pertukaran ini nanti!

…gbpencen… sekadar melihat dan menulis sahaja, tak mau tukar apa-apa selagi ketuanan Melayu terus terbela.

One Response leave one →
  1. md darus permalink
    June 30, 2010

    Bagaimana komen tuan, kalau orang kita sendiri yang mahukan kerajaan campuran kerana mereka akan cuba sesuatu yang baru, kalau ada perubahan kepada yang lebih baik ?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 3 + 3 ?
Please leave these two fields as-is: