GSK vs PPSMI – Round TKO
Jumaat ini berakhir pengalaman pertama saya sebagai guru GSK (Guru Simpanan Kebangsaan). Penamatnya ialah PKSR (Penilaian setangah tahun). Telah lama saya tidak menggubal soalan tapi tidaklah sekekok mana bezanya menyediakan soalan sains dalam Bahasa Inggeris merupakan pengalaman pertama. “Bolehlah tu.. ” komen seorang guru di atas penyediaan kertas soalan sains tahun 5. Hanya memilih dan menyalin soalan dari buku aktiviti, manakala ejaan Inggerisnya disemak oleh komputer.
Walaupun tanpa 10% tambahan gaji kerana mengajar sains dalam Bahasa Inggeris, saya telah menerima cabaran itu untuk memperolehi gred A dalam pengajaran saya (akhirnya saya menggredkan pengajaran saya ‘C’ sahaja) .
Benarkan murid boleh menjawabnya dalam Bahasa Inggeris?, jawapannya – boleh ; sekiranya soalan mereka fahami atau mereka dapat membayangkan kehendak soalan (objektif) dengan melihat ‘terms’2 yang telah diberi penekanan semasa pengajaran.
Bolehkah murid memahami soalan ? jawapannya – boleh, yang perlu dilakukan ialah dengan memberi penekanan kepada bentuk soalan dengan meningkatkan perbendaharaan kata. Begitulah dengan soalan sains Bahagian ‘B’ yang memerlukan murid menjawab dengan menulis dalam Bahasa Inggeris .. tapi boleh pula tulis dalam Bahasa Melayu. Kesimpulannya murid boleh menulis sekiranya mereka diberi tekanan untuk mengusai beberapa aspek yang dinyatakan di atas.
Buku teks dan buku aktiviti yang disediakan untuk tujuan pembelajaran PPSMI sains sememangnya lengkap. Pengetahuan guru dalam bidang sains dengan mempunyai sedikit asas penguasaan Bahasa Inggeris akan melengkapkan proses P&P.
Habis ! apa yang menjadi masaalah dan pertikaian yang tidak berkesudahan selama ini ?
Pada hemat saya :
1. Setengah pihak merasa terhina disebabkan PPSMI” dikira telah merendahkan kemampuan Bahasa Melayu yang mahu dijadikan bahasa ‘ilmu’ dalam negara tercinta ini – seingat saya, memang disuatu masa dahulu ada usaha yang bersungguh-sungguh dari pihak kerajaan (Dewan Bahasa dan Pustaka) untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuk dalam matapelajaran sains. Antaranya menterjemahkan buku sains dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Sekarang lain pula jadinya.
2. Tujuannya murni, perlaksanaanya telah mengundang perkara-perkara yang tidak dijangka sebelum itu. Guru kurang kemahiran menguasai Bahasa Inggeris hingga memaksa beberapa program tambahan diwujudkan. Program tersebut (terpaksa) diwujudkan semasa PPSMI sedang rancak dilaksanakan. Rata-rata merasakan seolah-olah ianya sebagai program yang dirancang secara tergesa-gesa tanpa kajian dan persediaan yang menyeluruh. Ianya semakin bergelora.
3. Sains bukanlah satu matapelajaran yang ‘susah’. Murid boleh memahami sains tetapi tidak boleh menguasai Bahasa Inggeris (sebab dalam pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris sendiri masih menjadi masaalah). Oleh yang demikian, dalam satu masa – guru mengajar sains, dan dalam masa yang sama pula terpaksa mengajar Bahasa Inggeris. Juga dalam masa yang sama guru (mahu tak mahu) kena menjadi penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
4. Apa yang sedang berlaku ialah, guru terus mengajar dan ahli politik pendidikan terus berpolitik. Pembekal terus membekalkan peralatan canggih ICT dan memberi perkhidmatan memantapkan peralatan yang semakin hari semakin ‘pupus’. Pemimpin pendidikan terus membuat kaji selidik dan analisa dari semasa ke semasa. JPN dan PPD sibuk mengirim surat ke sekolah untuk membuat pemantauan ke atas guru. Guru Besar terus menyuruh guru mengajar dalam Bahasa Inggeris dan bila UPSR jawab dalam Bahasa Melayu. Guru tetap seorang guru yang menurut perintah. Ibubapa terus tercari-cari arah.
5. Murid terus belajar. Keputusan yang dibuat oleh ahli politik pendidikan, pembekal dan penyelenggara ICT, pemimpin pendidikan, kepimpinan JPN dan PPD, kepimpinan peringkat sekolah, terus di patuhi. “Apa pun kami mesti terus belajar Sains dalam Bahasa Inggeris” kata murid-murid.
6. Analisa peperiksaan dihantar ke pihak atasan, PPD atau JPN hatta ke Kementerian Pelajaran untuk membuktikan kejayaan dan keberkesanan PPSMI. Kita turut bangga dengan pencapaian yang baik itu TETAPI pernahkah dibuat analisa mengenai bekalan ICT yang tidak digunakan; peralatan ICT yang terbiar : dan apakah sebabnya
Hari ini saya telah selesai menyemak kertas jawapan sains murid Tahun 4 dan 5. Soalannya berkisar dengan apa yang mereka pelajari bersama saya. Rata-rata menunjukan peningkatan dibandingkan dengan ujian yang terdahulu. Saya tidak menganggap ianya satu kejayaan kerana murid telah terlebih dahulu saya sogokan dengan bentuk soalan demi untuk melengkapkan konsep ‘we’re exam orinted’ (yang masih menjadi igauan sehingga ke saat ini)
Saya hanya berbangga kerana saya berjaya mengawal situasi untuk menjadikan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris adalah sesuatu yang menyeronokan mereka (murid). Mereka selesa di bilik yang kondusif. Faham apa yang ingin saya sampaikan. Suka dengan telatah dalam ketegasan saya dan yang antara mereka paling suka – jumlah markah yang mereka perolehi meningkat dari ujian lalu.
terima kasih, cik gu.
…gbpencen …… dah tua, baru belajar sains dalam Bahasa Inggeris. Baik untuk saya.
Tahniah cikgu kerana telah berjaya mengharungi cabaran mendidik murid dalam sains PPSMI.Semuanya boleh jika ada kesungguhan.
Selamat Petang Cikgu,
Boleh saya mencelah, sebab saya tak faham sebenarnya apa keperluan untuk menggunakan bahasa inggeris di dalam matapelajaran tersebut. Mungkin pemikiran saya dangkal atau mungkin saya tidak mempunyai pandangan jauh seperti pengubal dasar negara. Cuma saya cuba merenung kembali rantaian sejarah dan akhirnya saya mula bertanya kembali kepada diri saya…bukankah bahasa itu jiwa bangsa. Kalau kita tidak memartabatkan bahasa kita sendiri, adakah benar suatu hari nanti anak bangsa kita akan hilang jati diri.
Kegemilangan Eropah bangkit dari zaman gelap mereka bermula setelah mereka menceduk ilmu dari Dunia Tengah.Mentafsir dan menterjemah segala ilmu kedalam bahasa mereka.
Disebelah Timur, dua Naga dan Harimau Asia berjaya memertabatkan diri mereka dengan bahasa Ibunda. Tanpa segan tanpa silu.Malah berbangga lagi ada.
Cuma nanti ,mungkin bila anak saya sudah dewasa dan rezekinya belajar di luar negara apakah yang akan dijawab kiranya ditanya “Bagai manakah tulisan bangsa dan apakah bahasa seharian anda di negara asal? kerana kami di sini tidak pernah mendengar anda berbicara selain berbahasa Inggeris bertulisan Rumi”
Biarlah kita bertahih hari ini supaya dapat berlari dikemudian hari.
Jangankanlah kita betatih, hendak bangun kemudian mengundur pula….tanpa sedar 50 tahun sudah berlalu. sedangkan bangsa lain telah jauh memperkasakan diri.
Jiran kita telah lama bangkit dan pergi..malangnya kita lupa mencermin diri.
Maaf Cikgu, saya agak emosional dalam hal ini kerana saya tak pasti mana jiwa melayu ini kerana bahasanya tinggal terperuk di dalam Dewan Bahasa.
Apa pun terimakasih saya pada mereka yang tak jemu mencurah ilmu walaupun kadangkala banyak yang jatuh di daun keladi.
Asalamualaikum cikgu deris. mula mula terima kasih banyak banyak atas tunjuk ajar dan didikan awal yang membolih saya bolih hidup dengan ilmu yang cikgu curahkan walaupun tak lah jadi doktor angkasawan tapi bolih lah hidup macam orang lain juga. bak kata orang pancok tak lah jadi tak ketahuan.
cikgu, lani buat apa? masih aktif ladi ke berpesatuan atau dah jadi bilal masjid.Apa apa pun saya doakan yang terbaik aje untuk cikgu. . lain kali kalau datang k-lumpur call lah saya.
Azahar : Ejaan sebenar nama murid saya ini ialah Agahar. Mengikut jenaka kawan baik saya yang sebenarnya kawan baik Azhar juga (namanya NET) ; ketika ‘report’ kelahiran Azahar dibuat oleh ayahnya, pegawai polis yang menerima report itu berbangsa ‘singh’ (benggali). Polis itu mengulang tanya ayah azahar ini nama anaknya dengan berkata – Agahar ka ? (dalam pelat benggali) Ayah Azahar, menganggukkan kepalanya lalu polis itu pun mencatatkan nama Azahar sebagai AGAHAR.
Terima kasih Azahar kerana masih mengingati saya walaupun sudah 30 tahun berlalu.
Tolong baca artikel saya bertajuk : Tukarkan PPD 24 jam dan Ghazal Parti Sungai Bakau.
Jumpa lagi di Shah Alam nanti.