Skip to content

‘hati perut’ orang dan seksa perokok.

2009 June 3
by Guru Besar Pencen

Hujung minggu lalu saya sekali lagi menziarahi adik ipar saya di KLGH. Telah lebih sebulan dia koma akibat rempuhan kereta ketika pulang dari bertugas pada tengah malam 26hb April yang lalu. Walaupun tidak dapat dibuktikan, tetapi disyaki perempuhnya ialah bertujuan melakukan jenayah terhadapnya atau orang lain (silap orang).

Selepas saya menziarahinya, saya sempat ke Kampung Baru (KL) untuk memohon penawar (untuk adik ipar saya) melalui perubatan ‘Darul Syiffa’ yang terkenal itu. Petang itu juga, ustaz yang membekalkan air penawar kepada kami turut berkunjung ke unit Kaji Saraf, Hospital Kuala Lumpur untuk merawat adik ipar saya yang masih koma itu. Baiknya hati budi ustaz itu.

Sambil menyaksikan dia bergelut dengan keadaan koma dalam keadaan fizikalnya yang kekejangan, saya membayangkan tiga (3) perkara. 

Pertama, kesetiaan isteri adik ipar saya mengasuh suaminya. Menjalankan fisotrapi seperti yang diajarkan oleh jurupulih anggota hospital pada setiap hari. Tidak berhenti-henti ‘memanggil abang’ dengan harapan suaminya akan bersuara.  Telah bersedia mengikut arahan doktor untuk membawa balik suaminya ke rumah (apabila peralatan untuk rawatan di rumah dibeli) dan bersabar sehingga suaminya ‘sedar’.  Sentiasa redha bahawa, doktor tidak akan berbuat apa-apa lagi melainkan menunggu saat suaminya sedar.

Kedua : Saya membezakan hati perut perempuh dengan hati perut ustaz dari Darul Syiffa.  Ibarat langit dengan bumi.  Perempuh mempunyai tekanan tersendiri untuk mendorongnya berbuat demikian. Kita juga boleh membuat andaian sendiri, apa tekanan yang ada pada diri perempuh tersebut.  Saya bayangkan tekanannya ialah ‘kebendaan’. Setiap orang akan melakukan apa saja untuk memenuhi kehendak meterial masing-masing. Ustaz tidak mempunyai tekanan apa-apa, hanya untuk berkhidmat untuk makhluk ‘kerana’ Allah dengan ikhlas, semoga hambanya akan dapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Perempuh sanggup menyiksakan orang dan ustaz tidak sampai hati melihat orang tersiksa.  Banyak iktibar saya peroleh dari pengkisahan tersebut.. termasuk .. biras saya sudah bertudung sekarang ini.

Ketiga :  Pangkal leher adik ipar saya ditebuk oleh doktor  untuk memasukkan tiup bagi mengeluarkan kahak dari dalam kerongkong / dadanya.  Sampai masa mesin khas itu akan di aktifkan untuk mengepam keluar kahak  bagi memudahkan dia bernafas.  (Mesin itu harus dibeli bila adik ipar saya di bawa pulang ke rumah nanti) Mengapa ada banyak kahak.  Saya bertanya dan saya sendiri menjawabnya kerana saya tahu jawapannya. Sebabnya ialah ‘ dia seorang perokok’.  Saya juga seorang perokok.  Seorang perokok akan mengalami keadaan yang sebegitu apabila jatuh sakit.  Kahak akan berkumpul di dalam paru-paru yang sudah lemah kerana sakit.  Lanjutan dari itu akan menjurus kepada ‘paru-paru berair’.  Semasa kita masih aktif , paru-paru dapat mengepam dengan agak baik.  Ia membuatkan kita selesa untuk bernafas.

Oleh yang demikian, ambil iktibarlah wahai perokok-perokok sekalian .. apabila anda jatuh sakit, kerongkong anda akan ditebuk dan …

(terlalu banyak seksaan dunia untuk seorang perokok apa bila sudah jatuh sakit)

(perokok – semasa sihat bergaya (kononnya) .. semasa sakit ..)

 ….gurubesarpencen…. saya (seroang perokok yang belum mahu insaf) sedih menyaksikan abang (juga seorang perokok) pergi buat selama-lamanya.

3 Responses leave one →
  1. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    June 4, 2009

    assalamualaikum wbr,
    selamat tengahari cikgu,
    Serupa tapi tak sama, hanya itu yang dapat saya ungkapkan bila membaca apa yang saya layari ini.
    Arwah datuk saya meninggal kira-kira 15 tahun lalu…mmmm sama seperti adik ipar cikgu..bermula dengan disinggul entah kereta siapa datuk saya terlentang koma disatu pagi ketika hendak bekerja. Habis satu keluarga kembali kekampung bila dikhabarkan atuk tenat di ICU Hospital Muar. Sampai disana emak saya terus meluru membawa saya dan pakcik saya kesuatu sudut.Mungkin menahan sebak mak berharap kami berdua bersabar melihat atuk. Sambil itu mak bersuara ” Jangan berharap sangat , doktor kata atuk mungkin tak ada harapan ”
    Sebagai mana Adik Ipar cikgu begitulah atuk saya. seorang fanatik Benson & Hedges ketika itu bergelut dengan nyawa dan wayar berselirat. tapi kuasa tuhan siapa yang tahu. Akhirnya atuk sedar dari koma dan tinggal bersama kami di Batu Pahat.Malangnya atuk lumpuh seluruh badan , tulang belakangnya sudah tidak seperti sebelum itu. lebih kurang 3 tahun atuk terbaring. Puas jugak nenek dan emak kesana sini pergi mencari penawar. Saat paling gembira bagi atuk bila saya pulang. Sambil duduk berborak melayaninya mengenang waktu sihat. Sebatang demi sebatang Marlboro saya hulur untuk melepaskan gian atuk saya. Ingat lagi kata-katanya….Marlboro pun Marlboro lah..orang lain balik jenguk aku..biasa aje..tapi kalau kau tak balik..sibuk aku tanya dengan mak kau…bila cucu aku nak balik ni. Emak selalu bercerita dengan saya setiap kali dia bertanya pasal saya dia selalu bercakap. Bila lah Epol ( nama manja atuk pada saya ) nak balik. Mak selalu tanya kenapa?. …dan atuk selalu cakap ” Nak pergi bersihkan kebun nak memerun ( dalam bahasa kami memerun ialah membakar rumput-rumput yang ditebas atau sampah dan selalunya mengeluarkan asap yang agak banyak untuk menghalau nyamuk diwaktu malam )”
    ” Bapak mana boleh berjalan lagi..macamana nak kekebun ”
    ” Epol aje yang tau nak bawak aku pergi kebun ”
    Nak gelak pun ada bila mak bercerita…dia tak tau cucu dengan atuk selalu memerun dalam bilik. Atuk..atuk…dalam sakit pun sempat bergurau dan menasihatkan saya.
    Hisap rokok berpada-pada…dadah jangan sekali.
    Dua tiga tahun sudah. saya ceritakan hal ni pada mak saya…sambil membuat kerja dapurnya dia berkata ” Patutlah lepas kau balik KL atuk selalu demam dengan batuk-batuk..he..he..he penat kerja kebun rupanya.
    Kepada arwah Atuk ( Hj. Shaaban Bin Mohd. Nor ) ampun saya pinta kerana saya bukan cucu yang baik kerana apa yang saya fikir ketika itu cuma untuk membahagiakan atuk walau sekejap kerana samada atuk merokok atau tidak saya tau saya takkan dapat lama bersama atuk.
    but still Tok Ban ( panggilan saya pada atuk ) youre the greatest grandfather i ever had
    Cikgu, minta maaf sekali lagi menyibuk dengan cerita saya di blog cikgu.
    Terima Kasih Cikgu

  2. June 5, 2009

    Aziz : Yang menariknya ialah : Benson and Hadges tu ialah jenama yang dah sebati dengan saya tapi ’14’ batang sehari – semalam je atau kurang tapi .. sebenarnya masaih ‘koma’ juga. Nanti bila dah jadi ‘datuk’ macam saya, baru lah dapat rasakan perasaan sebenarnya bila bersama dengan cucu. Kadang-kadang jadi monyet, kadang-kadang jadi pelawak, jadi pelakon dan jadi, jadi macaam-macam lagi. Iru lah kelebihan ilahi. Tahniah kerana jadi cucu yang berbudi ..

  3. iryani permalink
    June 11, 2009

    Boleh lihat perbezaan watak GBP bersama kami sewaktu kami kecil dan watak beliau sekarang bersama cucu-cucunya 🙂

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: