Tony Air Asia yang ‘humble’kan NTFA
Kami sampai dulu daripada Yang Berhormat Dato Zainal Abidin bin Osman (Dato’ Non) di LCCT, KLIA. Saya dengan Ong, Naib Presiden NTFA menunggu di lobi lapangan terbang itu sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Oleh sebab kali pertama kami sampai di situ, banyak kali juga kami menghubungi orang-orang kanan Dato Tony Fernandez, CEO, syarikat penerbangan Air Asia untuk mengetahui lokasi perjumpaan kami dengannya.
Kami sambut Dato’ Non sebaik saja dia sampai di pintu masuk lapangan terbang itu. Beliau bersama kami berserta dengan seorang lagi penaja (pengangkutan bas) untuk NTFA, En Hisham mengikut setiausaha khas En Tony ke biliknya pejabatnya di tingkat atas.
Alangkah terkejutnya saya bila saya sampai di sana, kerana jalan ke lokasi pejabatnya agak sempit. Bila saya ditunjuk pintu masuk, saya dapati pintunya juga kecil. Pada anggapan saya, tentulah jalan ke pejabatnya luas dengan pintu pejabatnya bercermin mewah, besar dan mempunyai sistem kawalan yang terkini.
Bila berada di dalamnya pula, hanya lorong yang sempit saja membawa kami ke bilik mesyuaratnya. Diantara lorong-lorong itu kelihatan bergantungan kain rentang promosi Air Asia dengan lunggokan cenderahati di merata tempat. Kelihatan 2 / 3 orang kerani di pejabatnya (perempuan) sedang menjalankan tugas di bilik-bilik kecil (yang saya tak pasti berapa bilik yang ada). Mereka menyambut kami dengan ‘selamat datang’ dan sentiasa tersenyum. Manis seperti pramugari di atas pesawat.
Kelihatan 2 orang lagi pembantunya mengiringi kami masuk ke bilik mesyuarat Air Asia. Kesemuanya 3 orang. Mereka berpakaian ‘casual’ tidak bertali leher, sedangkan kami semuanya bertali leher dan Dato’ Non, berkot (sesuai dengan jawatanya sebagai Timbalan Menteri pada masa itu). Kesemua pembantu Dato’ Tony memakai seluar ‘jean’ dan berkemeja biasa, salah seorang daripada mereka bajunya di lepaskan keluar saja…
Kami semua berhimpit-himpit dengan kerusi untuk duduk di bilik mesyuarat Air Asia itu. Saya menjadi bertambah hairan. Biliknya agak besar sedikit dari bilik tidur saya saja, ada sebuah meja bulat dan beberapa kerusi kayu. Di dinding bilik terlekat bermacam-macam poster termasuk poster pasukan bolasepak Machester United. Ada sebuah LCD Projector di atas meja, 2 keping ‘white board’ dan pelekat-pelekat memo di merata-rata tempat di dinding. Di sebelah bilik itu terdapat bilik yang kecil sedikit dari bilik mesyuarat itu; pada agakan saya mungkin bilik itu bilik Dato Tony Fernandez, CEO, syarikat penerbangan Air Asia.
Tidak lama kemudian, CEO, syarikat penerbangan Air Asia pun sampai.. tepat pada masanya. Seorang yang sangat mesra (friendly). Bertanyakan nama kami dan memperkenalkan nama rakan-rakannya. Salah seorang rakannya, yang saya faham adalah seorang yang sangat ‘berpengaruh’ menggerakan operasi syarikat mereka. (yang pakai baju lepas keluar itu). Begitu mesra sekali berbual sebelum kami memulakan perbincangan. Bercerita sedikit sebanyak dengan Dato Non mengenai hal-hal politik tanah air.
Tujuan kami difahami olehnya. Beliau menyatakan bahawa beliau telah menaja pasukan bolasepak Manchaster United (tidak diterangkan bentuk penajaannya) dalam jumlah yang cukup besar. Sebelum itu beliau juga telah pun diminta untuk menaja pasukan-pasukan lain seperti Selangor dan Johor, sebaliknya beliau telah menolak atas alasan yang sama .. kalau Air Asia menaja pasukan negeri (mana-mana negeri), negeri lain juga akan turut memohon, maka tidak adillah untuk beliau. Oleh itu beliau hanya akan memberi sumbangan kepada badan induk Bolasepak Malaysia (FAM) sahaja.
Celahan saya bahawa NTFA (Nibong Tebal Foot ball Association – Liga Perdana 2006) bukan sebuah pasukan negeri tetapi sebuah pasukan daerah, yang daif.. Beliau nampaknya faham akan situasi NTFA tetapi menyatakan bahawa semua kelab pasukan Liga Malaysia adalah sama seperti NTFA juga, juga beliau akan tidak berlaku adil pada kelab-kelab yang lain. Atas simpati itu beliau telah sudi menaja 2 penerbangan perlawanan NTFA untuk 25 tempat dudk ke tempat lawan di mana-mana distinasi dalam Malaysia.
Pada saya itu adalah satu kejayaan kerana memperolehi 2 penerbangan percuma dari Air Asia. Saya memang tidak mengharapkan apa-apa dari Air Asia semasa En Ong mengajak saya untuk bertemu dengan Tony Fernandez, tetapi saya bangga kerana beliau (Tony) sanggup bersetuju mengaturkan temu janji untuk bertemu dengan kami yang sekerdil ini (tidak Dato’ Non) dari sebuah pasukan bolasepak daerah yang terpencil. Kami menggunakan kemudahan penajaan penerbangan itu dengan sebaik-baiknya. Terima kasih Dato Tony. Kami bertolak balik dengan ‘Perdana’ En Hisham.
Moral pertama yang saya perolehi dari pengkisahan ini ialah, sebesar syarikat Air Asia, sebegitu saja keadaan pejabat dan kakitangan pengurusannya …. (?)
Moral kedua , betapa tidak mahu menghampakan apabila orang yang datang meminta, ibarat : tiada nasi, air semangkuk dihulurkan jua… (Karam Singh Walliah – peribahasa moden)
…gbpencen … dapatkah kita mengambil iktibar dari perlakuan Tony itu...
…gbpencen … masih simpan topi airasia yang dihadiahkan oleh Tony…
Selamat Petang Cikgu,
Prasarana pejabat-pejabat moden yang diketuai oleh CEO-CEO muda ini amat berbeza dengan pejabat syarikat-syarikat lama. Ruang pejabat adalah mahal kini dan setiap inci ruang berharga. Syarikat besar seperti Exxon Mobil pun mula berkira dengan penggunaan ruang, sebab itu mereka lebih menggalakkan pekerjanya menggunakan internet dan bekerja dari rumah. mereka kini dapat mengurangkan kos sewaan ruang, elektrik dan berbagai lagi.
Satu lagi syarikat baru seperti Air Asia ini lebih membuat PR Public Relationworks kerana telah menjadi trend syarikat global untuk menyumbang samada dari segi sukan atau kerja-kerja amal. Syarikat-syarikat ini memiliki permikiran global. Internet telah mengecilkan dunia menjadi persaingan bertambah sengit. Dalam dunia saya, rekabentuk hari ini bukan untuk menunjukkan kemewahan lagi. Syarikat syarikat besar kini mula beralih “mood” untuk menunjukkan mereka lebih perihatin pada pekerja. Kehendak pekerja kini lebih diutamakan berbanding dengan imej korporat mereka. Awal tahun ini saya melawat pejabat Price Cooper Waterhouse. Bilik CEO nya hanyalah sebesar bilik PA dipejabat kerajaan. manakala bilik istirehat staff dan pantry…aduhhhhhh macam Starbuck.
Lain padang lain belalang..bila staff dianggap aset yang lebih penting….mereka akan berkerja lebih kuat. tapi jangan pulak pejabat sebegitu keretanya hmmmmmmm sapa yang tahu.
Saya ke Kuala Terengganu kelmarin, Stadium yang runtuh tu kawan saya disana memberitahu dibuat oleh 3 Stooges,
patutpun runtuh….kesian, ramai mengeluh tak dapat gi stadium nak tenguk game bola.
Jumpa lagi Cikgu
Aziz ; Terima kasih kerana masih setia dengan orang tua ni. Saya telah melalui pengalaman bersama orang politik; mau tidak mau.. terpanggil juga untuk mencoret perasaan ini. Maaflah ye.. tetapi dengan tak sengaja saya tersentuh bidang Aziz (betul.. saya tak terfikir masa mencoret itu bahawa bidang ‘interior design tu bidang u). Walau bagaimana pun, yang arif saja yang tahu.. jauhari saja yang mengenal manikam’. Trend baru tentunya menjadi bahan kajian Aziz untuk menyusun strategi perniagaan di masa akan datang. (Tony tak panggil naik taraf pejabatnya ke ?). Syabas dan selamat maju jaya dalam perniagaan. Amin.
Cikgu.
Bukan saya tak suka politik ni. Itulah kuasa yang kita ada pun. Yang lain samada masih terjajah atau kita dah jauh ketinggalan. Jangan lak nanti kuasa yang ada ini dirampas bukan sebab kekuatan orang lain..tapi atas kelemahan kita sendiri.
Janganlah rendah diri dengan membahasakan diri sebagai orang tua. Pasal Tony nak panggil untuk naik taraf pejabat tu saya tak pernah pun terfikir. banyak pagar nak di langgar tu.
Terima kasih atas doa Cikgu.
salam cikgu…
boleh saya dapatkan no contact dato’ tony….