mengapa UMNO Bahagian Nibong Tebal kalah ?
Segan rasanya nak bercakap mengenai politik. Disebabkan saya pernah terlibat secara aktif sebelum ini maka sebagai warganegara , rasa keperihatinan kepada bangsa dan negara (tidak dapat dinafikan) memang ada dan dengan itu saya juga sentiasa terpanggil untuk membicarakannya.
Politik saya politik kampung. Politik saya hanya setakat mana pengalaman dan penglibatan yang dilalui. Politik saya tak ke mana. Politik saya tiada berkepentingan. Asas politik saya hanya melalui pemerhatian. Ianya politik realiti (bukan program realiti tv). Satu (1) kerusi Parlimen dan satu (1) kerusi Dewan Undangan Negeri UMNO Bahagian NIBONG TEBAL kalah di tangan pembangkang pada piliharaya ke 12 yang lalu. (1) kerusi ADUN (Sungai Acheh) milik UMNO Bahagian NIBONG TEBAL menang dengan majoriti yang sangat kecil. Pembangkang tidak sehebat mana. Cakap berdegar-degar tetapi tiada atau belum tahu keberkesanannya. Ketiga-tiga kerusi itu kalah kerana perilaku organisasi kepimpinan UMNO di kawasan tersebut.
Telah lama UMNO di kawasan itu ‘bertakhta di mata dan berraja di hati’. Semasa era pemerintahan Tun Mahathir, kekuatan UMNO tiada siapa yang dapat mengganggu-gugatnya. Sebut saja UMNO (atau orang UMNO) semua orang akan ‘respect’ kekuasaan mereka tetapi di dalam hati ‘rakyat’ (rakyat – ditakrifkan – orang bawahan yang tidak terlibat aktif dengan organisasi UMNO) ada yang menyimpan dendam yang kian membara. Sebagai contoh (kekuatan UMNO) yang paling mudah, ada pegawai kerajaan yang boleh diugut oleh orang UMNO untuk ditukarkan sekiranya ….. (dan banyak lagi contoh-contoh lain yang di ketahui ramai)
Begitulah jasa Tun membina kekuatan UMNO sehingga sebegitu rupa ….. sehingga seorang rakan saya (pembangkang) pernah menyatakan bahawa, UMNO hanya boleh kalah sekiranya Dr Mahathir mati..
Aktiviti harian setempat keseluruhannya berfokus kepada kekuatan UMNO. Majlis, kursus, projek pembangunan, bantuan kebajikan, mesyuarat, aktiviti keagamaan, masjid, sekolah agama, sekolah arus perdana, aktiviti swasta, sukan, program pejabat kerajaan, kementerian-kementerian semuanya bertunjangkan UMNO. Pendek kata, pemimpin atau wakil rakyat UMNO pada ketika itu sangat sibuk (tambahan) sangat ‘glamour’. Yang lebih sibuk dan lebih sangat ‘glamour’nya tentulah seluruh pendokong organisasinya termasuk berpuluh-puluh pegawai khas masing-masing.
Ke sana – ke sini bergerak mempamerkan kemewahan dengan kereta yang serba ‘ada’. Dengan cerut berjenama, dengan pakaian yang menarik dan sembang-sembang mereka yang tidak tergapai oleh kita untuk di tumpang, di tempat-tempat yang istimewa, berduyun ke sana, ke luar negara, ke lobi hotel itu dan ini dan sebagainya.. Sana projek, sini projek, sana program, sini majlis bersama pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, dari atas hingga ke bawah. Meriah dan mempesonakan.
Rakyat melihat, rakyat mendengar terutamanya orang yang resam hidupnya seperti orang melayu (iri hati). Ada yang terasa pemimpin ini sombong, ada yang merasa pemimpin ini bongkak, ada yang merasa pemimpin lebih-lebih dan ada yang mendiamkan diri, tunggu dan lihat saja. Yang lebih malang, pemimpin ini semakin hari semakin lupa tunjang kekuatan mereka dan mereka lebih lupa bahawa dunia sedang berubah terlalu cepat meninggalkan mereka. Dan mereka kadang-kadang lupa bahawa ‘Allah’ juga sedang memerhatikan mereka.
Maka yang dikatakan ‘tsunami’ politik pun berlaku seperti yang semua ketahui pada piliharaya yang lalu. Kepimpinan utama tidak sempat belajar semua dari yang terdahulu. Kepimpinan utama merasa selesa dan tersilap ‘congak’ kekuatan yang tidak dibinanya.
Rakyat yang tadinya hanya memerhati telah tidak sanggup lagi melihat perlakuan pemimpin UMNO di kawasan saya. Mereka sudah muak dengan gelagat organisasi kepimpinan UMNO. Mereka menukar arah apabila kepimpinan pembangkang mendominasikan gelagat organisasi UMNO secara lebih jelas sama seperti yang mereka perhatikan selama ini. Sesuai .. kata mereka. Kepimpinan organisasi UMNO terkapa-kapa.
Yang jelas pada saya, mereka tidak membenci UMNO. Mereka tidak buta perjuangan UMNO sebelum ini tetapi kepimpinan UMNO telah tersalah ‘bawa’ sokongan yang mereka beri sebelum ini. Mereka tidak merajuk tetapi ‘sesal’ dengan pemimpin yang telah diberi amanah tetapi tidak menunaikan mengikut cita rasa rakyat. Di gula-gulakan dengan (2) biji bas, (80) orang di dalamnya di bawa melawat ke Putra Jaya, sudah bukan caranya lagi untuk membina kekuatan.
Saya ingin bertanya soalan (1) : Berapa ramaikah usahawan tempatan yang dibangunkan oleh UMNO di kawasan saya untuk menjamin kesinambungan kekuatan ekonomi melayu di daerah saya selama era kekuasaan organisasi kepimpinan UMNO , siapa ?
Solana (2) : Adakah plan tindakan ekonomi melayu yang digubal oleh UMNO kawasan saya dan sejauh manakah pencapaiannya pelan selama ini ?
Harapan menggunung untuk kepimpinan baru menjawab (2) soalan di atas.
Petang itu tidak hati rasanya hendak pergi ke tempat mengundi. Akhirnya saya redah juga hujan lebat untuk mengundi UMNO kerana sayangkan perjuangan lalu yang sangat mahal harganya. Dalam hati penuh rasa marah .. tapi tetap sayang kerana suatu masa dulu pernah sama-sama bersilat segelanggang tapi perguruan baru banyak langkah yang sumbang….
..gbpencen… satu undi ibarat menabur gula di lautan… bergelombang.
Selamat Petang Cikgu,
Saya tak nak kata apa pasal politik ni.
Sudah terantuk baru tengadah.
Jalan asyik pandang ke atas.
Lupa pulak nak jeling yang kat bawah
untuk kita ni cikgu, satu undi untuk menjaga maruah bangsa,
untuk depa satu undi untuk kaya 4 tahun lagi
tak tau sapa yang berpandangan jauh..
kita ke depa.
saya kesian kat orang orang macam cikgu dan mereka yang betul betul ikhlas…mmmmmmm
tapi dalam politik hari ini, saya ulang politik hari ini pembangkang atau kerajaan ( BN pun pembangkang disesetengah tempat ) yang penting adalah kocek sendiri
setelah kembung apa yang tercicir itulah baru milik orang-orang seperti kita.
Lain dulu lain sekarang,
Jumpa lagi
Thanks for posting, I’ll definitely be subscribing to your blog.
ASKUM. SAYA NAK TUMPANG TOI, BAGI KOMENTAR SIKIT. SAYA SAYANGKAN PARTI NI.. DULU MASA BUDAK-BUDAK SAYA KELILING KAMPUNG IKUT ARWAH ORANG TUA PI KUTIP AHLI UMNO BARU, NAK PEKUAT BALIK. LEPAIH TU PI MERANTAU MASUK UNIVERSITI.. PI KERJA DI SABAH, TAKDAN NAK AKTIF. LAGIPUN EKONOMI TAK STABIL LAGI. BILA DAH BALIK KE SEMENANJUNG, DAN BERTAPAK KAT NIBONG TEBAL, MASA TU KITA CUMA DIBERI 1 KROSI SAJA. TERINGIN NAK BANTU UMNO, DENGAN PENGALAMAN YANG ADA, PI DARI RUMAH KE RUMAH, DAPATLA TUBUH CAWANGAN UMNO. MASA TU ORANG MUDA DAH MULA TAK BERKENAN DENGAN UMNO TERUTAMA GENG2 YANG CERDIK PANDAI.. LIAT SUNGGUH. MASA BERLALU.. KITA DAPAT PERUNTUKKAN 3 KROSI. 2 DUN 1P. MENANG PULAK TU.. BETOI KATA CIKGU, MASA TU MERIAH SUNGGUH NOO.. KITA YANG TAKDA APA-APA NI WALAUPUN AHLI UMNO, TERLIOQ JUGAK TENGOK 3 GRUP PEGAWAI KHAS DENGAN BAJU KOPERAT SERING BERGANTI. DOK TAN.. KUT2 ADA CHAN. MUNGKIN WAKTU TU, ORANG ATAS PAGAQ APATAH LAGI PEMBANGKANG DOK BEBUKU LA KUT, SEBAB MERIAH SUNGGUH. ADA PROGRAM AJA, TAK CUKUP AYAM.. KAMBIN, BESAR SIKIT LEMBU TUMBANG.. TAK CUKUP KITA CARI YANG LAGI BESAQ.. UNTA KA, KAN ? AKHIRNYA.. HARI MNGUNDI DATANG LAGI.. SEMUA SYOK, MACAM MASA KITA BUDAK-BUDAK NAK SAMBUT RAYA. YANG BERJAYA JADI CALON SYOK CARA DEPA, YANG DAPAT JADI ORANG KUAT JENTERA.. TENGOK2 LAGI SYOK, PASAI APA TAH ? RISIK PUNYA RISIK.. RUPANYA NILAH TIME DEPA NAK PELEKOH PERUNTUKKAN PRU. OOO LAGU TU NOO.. KITA YANG TAK BIASA NI, PUNYALAH DOK AJAK MEMBER-MEMBER BUAT KERJA, TAPI GENG YANG ADA PANGKAT SIKIT TU DOK BEKIRA PASAI LAIN. PATUTLA PERUNTUKKAN SUSAH SANGAT NAK TURUN KE BAWAH. MINYAK NAK ISI, PERUT DEPA ISI LA SIKIT2, POKET TAK ISI2. DEPA KATA TAKPA, TAKPA.. ESOK MENANG HAMPA TADAH AJA. SEMUA NAIK SEMANGAT.. DOK SERONOK MACAM KAT BATU PERINGGI DAN PUKET SEBELUM KENA SUNAMI. TAPI SUNGGUH CIKGU.. MASA KAT TEMPAT KERJA, GENG2 ATAS PAGAR DAH WONING, HAMPA AKAN TESUNGKOQ KALI NI. HAMPA JELES KUT ? DEPA KATA DAK, SEBENARNYA, ORANG KAMPUNG MELUAT TENGOK CARA HAMPA MASUK BEKEMPEN. TAKDAK ‘TOKMANINAH’ LANGSUNG. MAI DENGAN KERETA BESAQ BEDERET-DERET, PULAK TU PENGIRING-PENGIRING LEBIH DARI BODY GAT GUSTI, PAKAI JAKET, RAYBEN, IKAT KEY KAT KEPALA DAN TAK BERSALAM.. MANA NAK SEBANDING DENGAN CALON LAWAN YANG HUMBLE DAN SEDERHANA TERETIB. CALON HAMPA PULAK.. KATA DIA LA, BUKAN SAYA.. MACAM DOK BERLUMBA SALAM SAPA BANYAK. AKHIRNYA SALAM PUN KENA HUJUNG JARI SAJA DAN LEBIH LECEY SALAM TAK TENGOK ORANG, PANTANG ORANG MELAYU TU, MACAM KURENG LA SIKIT. TU YANG DEPA KATA KAT BELAKANG KUT ? ALASAN… NAK HAMBAT MASA PI TEMPAT LAIN PULAK. KEMUNCAKNYA.. TAKDAK SAPA DUGA, 3 DRPADA 4 SEAT BN TELUNGKUP. 2 UMNO, 1 MCA. SG ACHEH LEPAS, TAPI GAYAT LA JUGAK. ADU… TEDUDUK DIBUATNYA. LEPAS TU, MULALA GENG2 YANG PEGANG DUIT DOK GABUIS PUNGKOQ SEKOQ-SEKOQ. TAPI TAKPA, KITA BINA BALIK KEKUATAN.. YAKA ? YA ! KITA BINA KAPAI BARU, KITA DAPAT NAHODA BARU YANG GAGAH, DENGAN TIMBALAN YANG FULL EXPERIENCE. DAH OK DAH. SEKARANG NAK CARI KELASI-KELASI YANG HEBAT UNTUK PI BELAYAQ. DEKAT 80 ORANG MAI MINTAK KERJA. NAK BUAT MACAMANA, KERJA KOSONG ADA 20 + 1 SUPEVISOR. LAST2 NAHODA KATA, KITA LETAK KAPAI TENGAH SIKIT, LEPAIH TU SAPA YANG BERJAYA BERENANG MAI KE KAPAI DIA DAPAT KEJA. DALAM 80 TU ADA PULAK YANG PI BUAT RAKIT, AKHIRNYA YANG BERENANG SENDIRI PAKAT TENGGELAM. YANG NAIK RAKIT.. MEMANG SAMPAI, TAPI DALAM 20 TU.. PATUT2 MASING2 ADA YANG JADI TUKANG MASAK, JAGA LAYAR, JAGA KEMUDI TAPI ADALA JUGA YANG TAK RETI NAK BUAT SEMUA TU PASAI MAIN cerodong IKUT NAIK RAKIT SAJA, TAK TAU HALA TUJU NAK KE MANA.. SAYANG LA KAN ? PANJANG NOO,,TAKPALAH SESEKALI BUAT POST-MORTEM CARA SWASTA, UNTUK KITA KUAT SEMULA. HIDUP UMNO !!!