Saya tak puas hati, cik gu, dengan GB..
Lebih kurang 2 minggu yang lalu saya menerima satu ‘sms’ dari bekas guru saya semasa saya menjadi ketuanya.
“Salam cikgu, sihat ? Saya memang tidak puas hati dengan GB. Sudah 16 tahun saya mengajar di sekolah ini, tidak pernah diberi APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang membawa ganjaran ‘one off’ sebanyak RM1000). Hanya yang saya perolehi ialah ‘time based’ DG32 yang orang lain pun dapat setelah saya lulus PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) . Apa yang dia suruh saya, semua saya buat; alih-alih orang lain yang dapat, semuanya guru-guru perempuan yang rapat dengannya saja yang dapat. Ada kawan saya, 2 x dapat, di dua buah sekolah dalam masa tidak sampai 4 tahun. Saya sudah tidak boleh tahan dengan GB ini, saya mesti tukar tahun ini cik gu, walau apa cara sekali pun. Ada ke patut cikgu ? ”
Dia seorang lelaki yang lemah lembut dan rajin bekerja. Beliau seorang yang patuh kepada peraturan sekolah dan menjalankan tugas dengan baik. Komited terhadap tugasan P&P. Berperibadi mulia, hormat ketua, suka berjenaka, selalu ceria dan senang diajak berunding. Berkebolehan mengurus (walaupun agak leka – kerja ‘last minute’) dan menyiapkan kerja mengikut jadual atau masa yang ditetapkan. Beliau juga mengutamakan pencapaian kemahiran murid.
Itu lah antara ungkapan yang sering saya catatkan ketika mengisi ‘Rekod Prestasi’ guru untuk seorang guru yang baik di bawah pengurusan saya. Kalau guru yang kurang baik, sama juga catatannya tapi kurang baik sikit keindahan perkataannya. Catatan di atas juga adalah benar untuk seorang bekas guru saya yang meng sms kan sms di atas kepada saya 2 minggu yang lalu.
Persolalannya : Mengapa terjadi begitu ? Jawapan dan persoalannya terlalu banyak dan senang untuk dihuraikan.
1. Guru ini tersinggung kerana khidmatnya tidak dihargai walaupun beliau telah lama berkhidmat di sekolah berkenaan. Tersinggung dengan kedatangan guru baru telah dapat mempengaruhi Guru Besar untuk memilih guru selain darinya untuk menerima APC.
2. Guru Besar tidak dapat menghidu rasa hati/citaras/ keinginan guru lama ini kerana GB di kelilingi oleh guru-guru yang menonjolkan diri untuk membantu GB menyelesaikan tugasan yang banyak dan segera.
3. Komunikasi GB dengan guru lama ini telah terbantut disebabkan penonjolan individu guru baru yang lebih sedia untuk menjalankan arahan pentadbiran. Juga mungkin Jawatankuasa Pemilihan APC kurang berkesan atau tiada mesyuarat pemilihan untuk APC diadakan hanya dengan perundingan 2 atau 3 orang guru / Guru kanan.
4. Merasakan dirinya terpinggir (tanpa di bawa berunding) dalam sesuatu hal atau merasakan keputusan yang di buat tanpa berunding dengan ‘orang lama’ (hanya berunding dengan guru yang ‘favour’ sahaja) menyebabkan keputusan pihak pentadbir tidak jitu. Dengan itu, guru ini (atau kumpulan guru ini – ada kumpulan pulak ?) menjauhkan diri dari melibatkan diri secara total dalam pelaksanaan keputusan.
5. GB membiarkan perkara ini berlarutan tanpa ada tindakan susulan untuk menjernihkan suasana, langsung mengambil sikap meminggirkan kumpulan ini – termasuk tidak diberi APC. Seterusnya menjurus kepada penyakit yang makin berjangkit dan terus menjadi wabak.
‘It’s all depend on you’ saya masih mengguna pakai kata- kata pegawai atasan saya ketika saya menghadapi masaalah di sekolah. Seorang guru yang baik boleh bertukar menjadi tidak baik, dan seorang guru yang tidak baik boleh bertukar menjadi baik .. ‘It’s all depend on you’ wahai GB sekalian.
Situasi Satu : Saya berkawan dengan seorang guru yang ‘sasau / spara gila’. Setiap pagi saya menunggunya di pintu pagar belakang sekolah setelah loceng berbunyai, 15 minit kemudian dia datang dan saya mengajak dia minum bersama saya. Kemudian dia terus pergi mengajar. Sekali sekali dia meminta kebenaran saya untuk ke hospital “Perak Road, Penang – wad psikatri. Saya membenarkannya. Saya diberitahu dia telah bertukar ke pulau, Pulau Pinang; mungkin supaya dia lebih dekat berurusan dengan wad psikatri.
Situasi Dua: Saya agak dia ada masaalah dengan dadah, tapi setiap kali dia ke kantin saya akan memintasnya untuk cuba minum bersamanya pada waktu petang. Dia suka bersendirian tapi saya akan menemanainya. Saya menunggu sehingga habis sesi petang untuk cuba bersamanya dan guru-guru yang lain bermain ping pong. Dia terus datang mengajar walaupun ada kebocoran sedikit sebanyak di mana-mana – ampunkan dia dan ampunkanlah saya.
Situasa Tiga : Selain itu banyak perkara yang kecil-kecil lagi perlu di tangani dengan bijaksana. Memperhambakan diri demi untuk anak didik kita, tiada langsung rasa keegoan, sedia mendengar dan sedia untuk berkongsi pendapat. Bersedia di tegur dan ingin mendengar cadangan alternatif yang lebih baik dan berkesan. Sanggup meletihkan diri agar suasana yang sentiasa harmoni dalam melayari sebuah pengurusan yang mantap. Bersedia untuk berkelahi sekiranya kelembutan dan keilkhlasan telah di salah guna dan di ambil kesempatan.
Cik gu, sabarlah .. lain padang, lain belalang, padang terlalu besar, tentu belalangnya pun lain…..
…..gbpencen….. pun dapat APC apabila dalam mesyuarat terakhir APC, sebelum bersara, 2 kerani kesayangan saya mencalonkan nama saya… terima kasih Liza dan As.
saya tertarik dengan kata-kata cikgu.. “it’s all depend on you”. cara berhemah atau bijaksana dalam mengurusi dan mengatasi sesuatu sebenarnya lebih baik sepertimana yang cikgu nyatakan. ‘kepimpinan melalui teladan’ seharusnya ada pada setiap pemimpin. susah juga jd pemimpin ye cikgu… amanh, tanggungjawab, kerjasama, toleransi, adil n bijak…
Azlina : Nyanyi kan lah selalu selalu lagu : Guru Malaysia. Itu lah dianya ….
TQ