Skip to content

Megahnya Sekolah Agama Rakyat…

2009 July 1
by Guru Besar Pencen

Begitu megahnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) mengikut kacamata En Azri (bukan nama sebenar).  Disebalik itu, ‘lecehnya’ Sekolah Kebangsaan (SK) arus Perdana. Semua anaknya bersekolah di (SAR). Berbayar dan bermula dari tahun Satu sudah tinggal di asrama. Begitulah kesimpulannya perbualan kami semasa dalam pemanduan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Katanya : ketika minum semuanya duduk (tidak berdiri).  Tidak ada kebisingan.  Semuanya berpunca dari disiplin tinggi yang diterapkan kepada murid-murid mereka. Pergerakan terurus, tersusun, terkawal dan teratur.

Gurunya pula bersungguh-sungguh dalam pengajaran maupun dalam penerapan disiplin.  Selain itu penerapan nilai juga amat dititik beratkan. Gurunya sangat perihatin terhadap permasalahan murid, disamping itu bersedia untuk memberi ruang waktu yang lebih dalam melaksanakan tanggung jawab.

Katanya lagi :  Dalam serba kekurangan dan serba kesempitan, murid-murid di asuh dengan nilai keagamaan yang tinggi secara berterusan (sepanjang masa).  Kesempitan prasarana dan keadaan bilik darjah yang tidak kondusif bukan menjadi penghalang kepada guru-guru untuk menabur bakti tetapi ianya menjadi sebahagian dari cabaran untuk terus diharungi.

En Azri amat tersentuh apabila melihat murid-murid mendakap ‘quran’ apabila bergerak di dalam kawasan sekolah (ke bilik-bilik darjah).  Bagaimana tingginya martabat ‘quran’ itu di junjung, begitulah hati budi guru dan muridnya mengharungi cabaran menuntut  ilmu – dunia dan akhirat.  

Disebalik kata-katanya itu, secara bersahaja beliau membandingkan (memperlekehkan) apa yang berlaku dalam (SK) arus perdana dengan  (SAR).  Gurunya tidak bersungguh-sungguh mengajar, lebih jelas ‘tidak komited’.  Disiplin murid,  rendah,  kerana sekolah (guru) kurang menitik beratkannya.  Pengabaian disiplin menguwujudkan berbagai-bagai gejala yang membantutkan proses belajar dan proses ‘mendidik’ nilai.  Pengwujudkan berbagai arahan dan tekanan tidak membantu meningkatkan komintmen guru dalam hal-hal yang sedemikian.

Kesediaan guru (SAR) (warden) meluangkan masa (tanpa rungutan + dengan kerelaan) untuk sentiasa bersama dengan murid menyebabkan murid sentiasa terdidik dan terasuh. Sebaliknya di sekolah kebangsaan – katanya lagi – semua aktiviti tambahan;  ‘berbayar’.  Ada antara guru yang menganjurkan lagi kelas tambahan, juga berbayar.  Soal En Azri lagi, dimana letaknya ketelusan, keikhlasan, dan dimana laungan perjuangan untuk ‘agama (Islam) bangsa dan tanah air (Melayu)

Kesediaan saya mendengar menyebabkan beliau terus membuat huraian mengenai kelecehan di (SK) : Banyak kemudahan prasarana yang diberikan oleh kerajaan tetapi semuanya tidak dimenfaatkan sebaiknya. Pencapaian murid tidak mencerminkan kemudahan yang di berikan. Sistem yang diwujudkan di sekolah begitu canggih dan tersusun tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya oleh pihak sekolah.  Kemudahan (gaji dan elaun) termasuk berbagai isentif yang banyak yang diberikan kepada guru oleh kerajaan, tidak dapat menarik kesyukuran guru memberikan input yang terbaik seperti yang diharapkan.  (SK) terus dipersoalakan.

Begitulah antara intipati luahan perasaannya kepada saya petang itu.  Saya gambarkan bahawa En Azri amat menyanjung tinggi keikhlasan budi guru-guru (SAR). Saya juga dapat rasakan bahawa beliau merasakan bahawa kelemahan di (SK) sudah lama berlarutan dan tidak dapat diperbaiki lagi.  Juga saya dapat merasakan isi hatinya bahawa guru-guru di sekolah sangat tebal sifat invidualistiknya. Akhirnya dia sangat berpuas hati atas pencapaian kerohanian anak-anaknya yang bersekolah di (SAR).

Saya agak keliru dengan luahan semacam ini.  Telah banyak saya dengar orang bercerita mengenainya.  Walau bagaimana pun saya ingin mengemukakan pendapat saya secara pro dan kontra mengenainya.

1.  Perlukah menghantar anak ke (SAR)? sedangkan telah ada kemudahan yang lengkap disediakan di (SK) .  Ada dua situasi mengenai pandangan ini. (1)   ibubapa ingin anak mereka mendapat pendekatan keagamaan yang lebih terarah kerana di SK, mata pelajaran agama adalah sebahagian dari kurikulum sahaja. (2) Di kalangan waris melayu, menjadi orang agama adalah tinggi martabatnya di sisi masyarakat (tidak dinafikan) dan beranggapan bahawa ‘kepayahan’ itu sesuatu yang boleh meningkatkan tahap keagamaan masing-masing.

2.  Adakah benar guru dan sekolah di SK kurang komited dengan tugas dan mengabaikan pendekatan keagamaan ?. Ianya berkait rapat dengan kontrak pekerjaan yang mempunyai landasan yang harus diikuti.  Namun kita juga tidak dapat menerima seratus peratus kebocoron yang berleluasa di (SK) telah semakin lama semakin meruntun nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai sahsiah nya.

3.  Benarkah guru (SAR) lebih ikhlas dalam perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara ?.  Keikhlasan guru (SAR) lebih dipandang tinggi oleh masyarakat daripada guru sekolah biasa.  Sekolah adalah sumber pendapatan untuk menyara kehidupan guru-guru (SAR) yang datangnya dari jumlah murid yang bersekolah di situ; oleh itu, mahu tidak mahu, guru-guru (SAR) mesti menunjukan komitmen yang padu di samping nilai-nilai peribadi ‘guru agama’ itu sendiri. Guru SK selesa mengajar dengan pendapatan yang lumayan.  Oleh yang demikian ada diantaranya akan menggambarkan tingkah laku yang boleh dipersoalkan keikhlasan mereka.

5.  Senario politik keagamaan juga dapat mempengaruhi ibubapa bahawa (SAR) adalah alternatif yang terbaik untuk disertai.  SK juga menggambarkan manifistasi politik tanah air yang sekian lama telah berkofrantasi antara satu sama lain, tanpa menunjukan jalan penyelesaian.

…gbpencen I… Maukah kita cari titik persamaan survival melayu dan survival Islam agar kedua-duanya terselamat.

…gbpencen II… nampak seperti  sudah tidak selamat tetapi akhirnya seorang anak en Azri ke Politeknik kerajaan dan seorang lagi ke  UiTM.

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 4 + 4 ?
Please leave these two fields as-is: