PRA SEKOLAH (saya) vs Kiddies Kindy : Situasi 1
(1) kemudian (+) (1) = (2) dan tambah (++++) di merata-rata tempat diseluruh negara menjadikan program peluasan pra sekolah , Kementerian Pelajaran Malaysia ternyata terserlah hebatnya. Tidak dapat dipastikan dari konyensyen mana atau mesyuarat apa atau lawatan ke mana (luar negara) yang mencetus idea untuk menjalankan program tersebut. (?)
Secara positifnya kita harus menerima program tersebut sebagai satu program yang sepatutnya dilaksanakan dengan berkesan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) (dari dulu lagi). Keghairahan badan kerajaan (Tadika KEMAS – cth.)yang lain menubuhkan pra sekolah (ada yang dipanggil Tadika, Tabika dsb.) telah merangsang Kementerian untuk menubuhkan Pra Sekolahnya sendiri. Saya merasakan bahawa KPM terasa tercabar (jika tidak disemarakkan) kewibawaannya sebagai institusi yang ‘pakar’ dalam pendidikan termasuk pendidikan awal persekolahan.
Selain dari itu, pertubuhan politik (Parti PAS– cth.) juga telah menyusun langkah mempromosikan Pra Sekolah mereka dengan acuan ideologi mereka sendiri. Kali ini KPM merasa lebih tercabar dengan penerapan ideologi yang berkesan yang ditunjukan oleh pertubuhan politik ini. Tambahan lagi, penerapan itu juga telah mencabar pengaruh parti pemerintah. Maka program Pra Sekolah KPM telah diperhebatkan lagi. Maka berlakulah gelombang besar dalam program peluasaan Pra Sekolah KPM.
Tidak dapat dinafikan kewujudan Pra Sekolah swasta (dengan nama-nama yang menggambarkan kedewasaan dan kebolehpercayaan) institusi kecil ini untuk menempatkan anak-anak kecil 4 / 5 / 6 tahun yang berselerak seperti cendawan ini juga telah membuka mata KPM untuk mempromosikan kepakaran pendidikannya melalui program peluasan Pra Sekolahnya. Ibubapa juga terpanggil dengan kemestian yang tinggi untuk menyekolahkan anak-anak sebelum sesi persekolahan sebenar telah memperhebatkan lagi bisnes pendidikan Pra Sekolah swasta.
Kesemua elimen-elimen tadi telah semakin sedaging dengan masyarakat untuk menyekolahkan anak-anak di peringkat Pra Persekolahan. Dengan itu maka wujudlah berbagai persaingan dalam institusi kecil ini. Serentak dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan strategi pelaksanaan yang terancang dan tersusun untuk memberi impak yang tinggi kepada Program Peluasan Pra Sekolah Kemneterian Pelajaran Malaysia.
Sepertimana yang berlaku pada peringkat awal PPSMI, maka berlakulah ‘tsunami’ Pra Sekolah dengan pembinaan ‘segera’ bangunan pra sekolah – yang ada kawasan dibina bangunan baru, yang tiada kawasan, bilik kelas ‘modified’ . Banyak sekolah yang bertuah. Ada yang tidak bernasib baik kerana kawasan pun tiada, bilik pun tak cukup. Pihak sekolah akan menerima peralatan-peralatan memasak, peti ais, tv, Alat Bantuan Mengajar (ABM), alat permainan, 2 buah komputer (lengkap) untuk 1 kelas dsb. Banyak dokumen yang saya tanda tangani sebagai perakuan penerimaan. Kadang-kadang berlebih-lebihan pula yang diterima. Untuk 25 orang murid. Sungguh bertuah murid ini belajar dengan seorang guru terlatih dari asuhan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Guru Besar pun memantau. Banyaknya peralatan sehingga terlebih pakai. Persekolahan percuma, makan percuma. Kurikulum dirangka dengan baik, lengkap di sana-sini. Dokumentasi disediakan dengan kemas mengikut panduan KPM. Bergambar, berwarna-warni, bergantungan kad pameran, sudut itu, sudut ini, bahagian pertanian, bahagian permainan taman dsb. Sungguh sempurna dan sungguh lengkap. Hujung tahun sebahagian murid tidak boleh membaca lagi dan ada yang tidak mengenal huruf … apa sudah jadi.
Tadika Kiddies Kindy tiada semua kemudahan ini. Murid (6 ) tahun ada (35) orang, (4) tahun juga sama jumlahnya, begitu juga dengan murid (3)tahun. Bersekolah di sebuah rumah teres satu tingkat/3 bilik. Diakhir pembelajaran selama 2 tahun, boleh asas matematik sehingga boleh menolak 2 digit dan asas sifir 2 – 5. Boleh membaca cerita pendek dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Boleh membaca buku cerita kanak-kanak dengan fasih tanpa mengeja. Apa sudah jadi …
Mengapa ? …. PRA SEKOLAH (saya) vs Kiddies Kindy : Situasi 2
..gbpencen.. tiap-tiap malam kena ajar cucu (6 tahun) mengaji dan buat ‘homework’ ..
Selamat Malam Cikgu,
Saya memang kurang arif dengan Sistem Pendidikan kita, maklumlah anak-anak baru setahun dua di sekolah. Masa bujang tak pernah ambil peduli pun. Apa yang saya tahu anak-anak saya sejak umur 40 hari sudah duduk di Taska Sri Comel Manja.Rasa-rasanya bila hendak masuk ke Darjah Satu masing-masing macam sudah tak sabar hendak ke Dunia Baru. Tak payah nak tunggu sampai habis sehari, kita pulak disuruh pulang. Malu konon dengan kawan-kawan.
Saya bukan hendak berbangga dengan anak-anak saya. Tapi didikan di Taska menyebabkan anak saya lebih merdeka sifatnya. Lebih Indipendent dan tersusun walau kadangkala disiplin tetap harus dipantau. Soalan-soalan yang ditanya kepada kita lebih dewasa sifatnya. Cara mereka menafsir kehidupan kadangkala memeranjatkan kita. Anak-anak saya baru-baru ini menjadi penari pengiring kepada Datuk Siti Nurhaliza. Orang sekarang kata backup dancer.Sebelum itu saya beri kata dua. Pelajaran jangan lupa, Datuk Siti tak ada masa periksa nanti. Anak no 2 saya berjanji ” Baba, i promise to get no 1 – 10″. Si Kakak senyap bersahaja. Satu yang saya faham tentang si sulung ni, dia tak akan commit kalau dia tak boleh. Janganlah nak paksa, tak makan saman orang kata.
Sebagai bapa pada anak-anak, hati siapa yang tak bangga anak sama pentas dengan artis tersohor. lebih bangga bila anak saya yang kedua dapat menunaikan janjinya. Si Kakak senyum bersahaja….tak janji tapi kakak dapat no 10.
Anak- anak sekarang berani sifatnya, tak takut apatah lagi malu. Buat selamba dihadapan beribu-ribu pasang mata . Seronok lagi ada. Kalau tidak ada aral Ogos ini anak saya akan sepentas lagi dengan Rabbani.Insyaallah, kalau diizin Allah.
Bukan tujuan saya hendak mendabik dada tentang anak-anak saya. Saya hanya membuka laluan hidup anak-anak saya. Walau masih kecil saya hanya cuba memberitahu anak-anak saya tentang tanggungjawab mereka. Apa-apa yang mereka lakukan semua ada implikasinya. Baik buruk sesuatu wajib untuk mereka fahami. Saya menegur andai mereka lalai. mungkin perjalanan masih jauh, jalannya masih lurus dihadapan benkang bengkoknya masih tidak kelihatan.
Saya mungkin bukan bapa yang sempurna.Masa saya banyak habis berkubang dengan kerja. Harap-harap semua ibu-bapa faham. Kita yang membentuk anak-anak. Guru dan sekolah pula mendidik anak-anak.Tanpa kedua-duanya agak sukar anak-anak untuk melihat dunia luas dihadapan. Mungkin ada yang berjaya tanpa kedua-duanya, tapi saya yakin mereka berjaya itu kerana mereka bertanggungjawab keatas diri mereka sendiri.
Saya akhiri dengan satu rangkap pantun
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
harap-harap pokok cempedak itu dalam pagar, cuma buahnya sahaja ada diluar.
Mak dan Abah saya selamat kembali dari ziarah Makkah dan Madinah. Walaupun saya tinggal dengan ibu-bapa saya sehingga Darjah 6 sahaja( lepas itu saya terus tinggal di asrama dan kemudian menetap di KL mencari sesuap nasi sehingga kini) saya bangga dengan mereka kerana menjadikan saya orang yang tahu berdikari sejak awal remaja lagi.
Apapun terima kasih Cikgu.
Minta tumpang lalu.
Seseorang memberitahu saya .. kalau (walaupun) berat, bawa lah anak ke mana saya kamu (hang) pergi. Pada saya, dalam maksudnya. Supaya kita sentiasa mendekati mereka agar tidak tersasar laluan kehidupannya. Tahniah Aziz : bukan senang, saya ulang, bukan senang dapat mendidik anak semacam itu jadinya. Bangga dapat bersama penyanyi tersohor masa kini. Nur anak-anak mu itu.. sama sesejuknya perut ibu mengandungkan mu.. alhmdullilah.
Like fater like son/daughter…
salam.