Setahun di sebuah kilang..
Sudah lebih setahun saya bekerja sambilan di kilang ini iaitu selepas 4 bulan saya bersara. Gajinya tidak banyak, tapi cukup sekadar saya mempunyai tempat untuk saya menghabiskan masa lapang dengan melakukan kerja-kerja mengumpul maklumat pengeluaran dan sedikit sebanyak menguruskan kebajikan pekerja dan gaji pekerja kontrak. Masuk jam 10pagi dan balik selepas solat Zuhur. Saya seronok kerana masih ada kawan di sini.
Dengan gaji antara RM15.00 hingga kurang dari RM20.00 sehari, banyak ceritaragam pekerja yang saya ditemui. Ada seramai 100 orang pekerja am di situ dengan 85% daripadanya adalah pekerja warga asing. Bakinya pekerja tempatan (melayu) yang gaji mereka juga sama (atau lebih sedikit) dengan pekerja warga asing.
Agihan pekerja tempatan melayu : 50% adalah wanita – ibu tunggal, 35% wanita berpelajaran rendah 10% pekerja lelaki sebagai pemandu dan 5% selebihnya lelaki yang tiada pelajaran. Dapatkah kita bayangkan pekerja tempatan dengan 8 jam bekerja dan berpendapatan sebegitu menjalani kehidupan. Hanya kategori pemandu memperolehi gaji sebanyak RM37.50 sehari.
Namun begitu, mereka akan bekerja selama 8 jam sehari dengan penuh kepatuhan. Kemudian dilengkapi pula dengan kerja lebih masa untuk memperolehi gaji antara RM20.00 hingga RM25.00 sehari menjangkau sehingga antara jam 8.00 hingga 11.00 malam. Diikuti pula dengan bekerja pada hari-hari cuti am atau cuti hujung minggu untuk mendapatkan ‘gaji berganda hari cuti’. Sebulan – saya kira antara RM550 hingga RM750 boleh diperolehi sekiranya jadual bekerja diperlengkapkan seperti yang disebutkan tadi. Gaji pemandu lori boleh mencecah sehingga RM1200 hingga RM1500 termasuk elaun-elaun isentif yang lain.
Namun, pekerja berketurunan Cina (8 orang sahaja) pula berbeza tangga gaji mereka (di luar perkiraan saya.. no komen)
Dengan penuh kesabaran dan kesyukuran, mereka bekerja. Nora dan Jamilah bekerja untuk menyara 2/3 anak yang di tinggalkan ‘bapa’. Mak Su, Kak Biah dan kak Minah, janda kematian suami menyara anak dara yang semakin pandai bergaya tapi tak pandai bekerja dan bersekolah. Che Mariam, isteri kedua yang jarang dikunjungi suami, bekerja untuk menyara 3 anak masih bersekolah. Udi, berusia 13 tahun, tidak tamat darjah 6 sudah boleh membantu keluarga, Selainnya cukup pendapatan untuk menyara diri dan membantu menyara kehidupan bersama suami. Begitulah setiap hari mereka akan mengunjugi kilang IKS bertaukeh berbangsa Cina ini. Dengan tekun dan tenang dan dalam suasana yang tidak memerlukan ‘kundusif’, untuk menempuh kehidupan dan masa depan yang penuh cabaran di kampung saya. Terasa saya keperitannya.
Teringat saya ketika di sekolah dulu, saya sering dikunjungi oleh ibubapa yang sering membawa berbagai episod ‘cerita yang bermasaalah’. Saya dengari dan cuba atasi dengan hatibudi dan bicara bersama PK HEM. Kadang kala kita tidak dapat bayangkan bagaimana sebenarnya keperitan kehidupan keluarga melayu yang tidak sempurna pendidikan mereka; yang sudah tentu tidak boleh ditengahkan mereka ini ke dalam pasaran pekerjaan. akhirnya terjerumus dengan kesempitan terutama dalam era globalisasi masa kini.
Apa yang saya cuba garapkan melalui pengalaman berharga ini ialah :
1. Kecanggihan pendidikan tidak dapat dimenafaatkan oleh semua warga melayu kerana tindakikut dari kalangan masyarakat tidak berkesan. Berbagai-bagai ejensi dan pertubuhan (termasuk pertubuhan politik) berdegar-degar bunyinya tapi tidak tercapai juga sasaran asas untuk membina dan membangunkan pendidikan akar umbi. Pemimpin silih berganti di desa / kampung tetapi kebocoran terus berlaku dalam melaksanakan agenda pendidikan melayu tidak mencapai matlamat ‘sifar keciciran’
2. Terdapat dua darjat pendidikan melayu di kampung, sebahagiannya adalah yang terdidik dengan aset pendidikan yang ada dan di bantu dengan sebaiknya melalui saluran yang disediakan oleh berbagai pihak dan satu lagi : bimbingan, bantuan dan motivasi tidak sampai kepada golongan darjat kedua kerana sifat golongan tersebut dan sifat kepimpinan yang ada di sekeliling mereka. Golongan kedua ini terus tersasar, semakin lama semakin jauh dan kepimpinan yang ada juga tidak turun ke padang secara bersungguh-sungguh untuk menampung kebocoran.
3. Golongan kedua ini tidak dimanipulasi (secara bersungguh-sungguh) oleh pihak-pihak yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat setempat melalui ejensi kerajaan yang ada untuk meningkatkan taraf hidup mereka sebaliknya taukeh saya yang memanipulasi mereka ini untuk perniagaannya.
4. Kegagalan (kepimpinan yang diberi tanggung jawab) untuk membentuk satu komuniti melayu melalui asas-asas pendidikan dan ekonomi terserlah.. apabila kita dapat melihat bagaimana pemimpin yang dipilih selalu membawa masaalah peribadi mereka ke pihak atasan dari membawa cadangan atau rangka kerja masaalah masyarakat untuk dibuat perhitungan ke arah penyelesaian. Di akhir-akhir ini (sebagai contoh), pemimpin sibuk memperjuangkan agenda (pemilikan kuasa memerintah) mereka sahaja, bukan agenda (seperti) pekerja melayu malang yang dimsnipulasi oleh pihak lain.
5. Pemimpin kampung tidak dapat menghidu kepayahan dan keperitan penduduk setempat kerana jarang meluangkan masa bersama golongan ini, kalau adapun sekadar memberi bantuan ‘one off’ yang lazim dilakukan (tidak ajar mengail, sebaliknya hanya memberi ikan untuk digoreng) tetapi tiada plan jangka panjang (plan strategik) yang dirancang, dibahas untuk dilaksanakan bagi membina masa hadapan masyarakat setempat.
…gbpencen ….. hanya boleh membantu pemimpin.
Memang pemimpin-pemimpin melayu kita teruk bukan saja tak bagi kail malah kail yang kawan- kawan yang boleh buat kail dan cuba mengail pun depan patahkan macam tu saja, inilah dunia politik melayu tak tahulah sampai bila gelongan politik melayu akan sedar kerana dalam keadaan sekarang dengan kuasa semakin terhakispun mereka masih belum sedar.
En Nurzaman :Lama tidak bersama saya. Terima kasih. Saya sedang berusaha untuk roll blog tuan bersama saya. Kita sama-sama tengok apa akan jadi dengan strategi baru FAM. Tahniah anda masih lagi peminat setia. Nanti saya akan bersama anda untuk ‘menyembang pasal gila bola’. Terima kasih.
Bolehkah kita buat sesuatu sebagai umat melayu. Saya ingin mendengar komen anda mengenai tajuk ‘melayu akan hilang di dunia’ Bila boleh jumpa.
Nurzaman,
Best cerita politik ni, kalau tak banyak warung kat kampung tutup. tapi macam ni lah, apapun bila kita bercerita tentang nasib bangsa kita ni boleh tak kita jangan kaitkan dengan orang politik.. Saya bukan apa, tapi percaya tak tentang asas Politik. Hanya yang Cerdik boleh memanupilasi si Tolol. Kalu tidak lama dah depa ni bertempiaran lari mengejar nasib. Malangnya kita masih menyuap mereka dengan sudu emas berbentuk pangkah dipilihanraya. Mungkin logik saya tak logik. tapi mana mungkin kalau satu bentuk parti politik yang dari Merdeka sampai kini..hmmmm 52 tahun masih gagal menangani nasib marhein.tapi lihat statistik orang kaya global melayu.selidik siapa dan siapa.Ya, banyak yang maju.tapi kenapa DEB gagal. Saya benci orang yang berkokok seperti ayam jantan tentang semangat melayu konon disiang hari tetapi malam hari dalam diam sebahagian harta kita dirampok, berpeluk peluk degan kawan-kawan. Muhibah konon.
Dahulu sebelum Merdeka tanah melayu ni rasanya memang semua tanah melayu kot. Hari ni…menangis saya. Esok dizaman anak saya…sanggup tak sanggup aja nak lihat dan dengar.
Maafkan saya kalau apa yang saya kata ni agak kasar.Kalau di KIlang-kilang, tempat untuk paling banyak orang kita mengail rezeki pun tak dapat dimanipulasi untuk anak bangsa. Apatah ditempat lain yang tentunya bukan milik kita.Bapa saya pekerja kilang dan saya tahu jerit perih bekerja kilang.
Tangan ini, bahu ini dan kederat ini yang mampu mengubah nasib dan halangan ini semua datang dalam diri kita. Yang datang meneroka tanah melayu ini tak pernah mengharapkan segalanya percuma tanpa kerja keras. selagi kita tak bekerja keras untuk masa hadapan kita selagi itu Melayu itu layu walaupun 52 tahun disiram air hujan.
Apapun seronok berborak politik di Warung GBP.cuma teh tarik saja yang tak ada.
Nurzaman :
Suka mendengar komen pedas anda. Ingin sembang mengenai hal ini secara semuka. Kesedaran anda keperihatinan, memang kita rasai bersama. Kesempatan saya melihat langkah tari ‘mereka’ bila saya pencen dan bekerja dengan ‘mereka’ Lapang pandangan melalui jalannya dan merintis profesion baru sebagai pekerja kilang. Denyut nadi ‘orang kita’ di golongan bawahan ini terasa benar kesayuannya.
Teh tarik akan ada, nanti saya jemput tuan bersama. Masa mencemburui saya.