Episod : Tafsiran’profesional’ oleh FAM
TV3, (3) malam berturut-turut menyiarkan rengetan dan rintihan seorang pemain profesional bolasepak Malaysia mengenai kegagalan pasukannya (yang juga profesional) melunaskan gajinya. Beliau adalah salah seorang daripada ribuan lagi pemain yang senasib atau separa nasib dengannya. Yang saya pasti mereka-mereka ini adalah sebahagian kecil dari pencinta bolasepak, yang sebahagian lagi ialah ‘orang gila’ dan selebihnya ialah peminat-peminat dalam kategori lain seperti penonton, penyokong, pekerja am, pengendali tiket, pekerja stadium dan banyak lagi. Dalam organisasi ini yang paling atas martabatnya ialah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang telah membawa Bolasepak Malaysia hingga ke tahap ini. Tahniah.
Apa yang ingin saya kongsi ialah FAM telah salah tafsir bolasepak profesional Malaysia dan dan lupa yang mereka sedang berurusan dengan orang-orang gila bola.
FAM salah tafsir :
Bila melihat saluran ESPN menyiarkan kegagahan Liga Inggeris, mungkin FAM membayangkan mereka juga seperti itu. Banyak cara, gaya, keputusan dan tindakan yang dibuat semua menjurus kepada pengurusan yang tinggi darjah profesionalnya. Arahan untuk menguruskan perlawanan oleh FAM kepada kelab-kelab gabungan memang ‘standard’ . Ambulan kena ada, polis kena ramai, lampu kena terang, LO kena ada, padang latihan kena cukup, bilik itu, bilik ini kena lengkap di stadium. Memang ‘standard’ pengurusannya. Namun adakah kelab (termasuk Persatuan Bolasepak Negeri) dapat melaksanakan dengan sempurna kerana ianya juga memerlukan kos. Kos-kos lain juga harus dibiayai. sedangkan stadium terus menerus menjadi lengang.
Sedarkah FAM bahawa kelab di Malaysia tidak seperti kelab di England yang serba mewah, oleh yang demikian tafsirlah terlebih dahulu kelab-kelab di Malaysia dan uruslah mereka mengikut acuan Malaysia, barulah dapat bergerak sederap.. langkah diayun tidak sumbang atau kengkang. Sedangkan FAM tidak mampu berusaha untuk menyediakan sebuah stadium pun, yang boleh dijadikan alternatif kepada kelab yang tidak berkemampuan. Apa yang FAM sanggup sediakan ialah menyediakan hukuman-hukuman kepada kelab yang gagal menyediakan, itu, ini dan sebagainya. Sepatutnya FAM mengarahkan – bermainlah di stadium/padang yang sesuai dengan kelab dan kapasiti penyokongnya. Kalau penonton yang hadir seramai 60 orang (pernah berlaku kepada NTFA), apa perlunya menyewa stadium Batu Kawan yang sewaannya RM3000.00 satu malam dengan kapasiti penonton 45,000 orang = 0.13% sahaja bangku stadium diisi.
Sedar atau tidak, kemerosotan ranking bolasepak di Malaysia bermula semenjak bermulanya era profesional. Mengapa harus dipertahankan profesional itu jika prefesional itu tidak jadi prefesional. Tafsirlah profesional itu mengikut kemampuan kita. Fahamilah bahawa kalau sebut saja ‘pemain bolasepak sebenar’ mereka akan bermain bolasepak, dimana saja, pada bila-bila masa , dalam apa keaadan pun dan dimana saja.. percayalah .. “pernah pemain yang digugurkan oleh kelab lain datang merayu2 kepada saya untuk bermain dengan NTFA (Liga Perdana 2004 /2005) yang tidak ternama walaupun dengan gaji yang murah.. asalkan dapat bermain bolasepak”. Sebaliknya pula FAM telah menetapkan gaji minima dan maksima kepada pemain. Ada pula kelab yang menggajikan pemain melebihi had yang ditetapkan kerana perebutan pemain tetapi akhirnya …..
Tafsiran yang baik ialah : Grant yang disalurkan oleh FAM adalah memadai untuk menguruskan sebuah kelab dengan syarat FAM meminimakan kehendak profesional seperti yang ditafsirkan oleh FAM sendiri. Sebagai contoh : gajikan pemain mengikut kebolehan dan kemampuan kelab. Bebaskan urusan gaji dan urusan-urusan birokrasi dari kawalan FAM, biarkan kelab membuat keputusan bagi menentukannya, sekiranya silap buat keputusan risikonya akan ditanggung oleh kelab itu sendiri. Begitu juga dengan pengurusan lain .
Sebenarnya senang berurusan dengan orang-orang bola ini, kerana orang bola adalah orang gila – “kalau tak gila, tak boleh jaga bola” begitulah ungkapan yang rakan-rakan saya perkatakan. Duit habis, masa habis, ada yang berhutang, ada yang bergadai, ada yang jatuh miskin dan ada yang masuk jel….. orang lain kerja dapat duit, orang bola kerja habis duit. Tanyalah pengurusan bola di akar umbi. Pernahkah FAM mendengar orang gila bola di akar umbi. Kalau tak tahan lari.. anak raja pun boleh lari, inikan macam saya.
Maaf, 3 hari yang lalu coretan ini telah dilakar sambil mengedit dari semasa ke semasa tapi tadi saya baru menerima khabar (dari ‘orang gila bola’ juga) bahawa FAM akan merombak taraf profesional bolasepak Liga Malaysia. Kita nantikan bagaimana tafsiran kali ini pula. “Anyhow, sekali lagi Tahniah (seperti diperenggan 1).
Janganlah takut dan bimbang jika kita diperlekehkan oleh negara maju dalam bolasepak kerana pengurusan badan induk yang terkebelakang (stail lama) yang penting bolasepak kita yang ke hadapan dan peminat-peminat bolasepak Malaysa semakin ‘gila’ untuk ke stadium.
…gbpencen….dah pencen cikgu, tapi NTFA tak bagi pencen lagi, yang ni pun salah satu ‘gila’ juga.
Selamat Malam Cikgu,
Saya masih di pejabat, menunggu anak-anak buah saya menyiapkan kerja. dateline Isnin tapi kerana esok sudah mula cuti hujung minggu ramai-ramai sepakat …tolong boss malam ni sampai kerja siap. Weekend semua boleh bersama family. saya pulak baru masuk ofis minggu ini. Tiga hari bersendiri di rumah melayan sakit badan. Malas nak menyusahkan orang lainkerana rasanya tahun ini saya dah cukup banyak menyusahkan orang. Sambil tu jenguk-jenguk jugak blog GBP. Tulisan kali ini terus buat jari saya gatal. sangat gatal sampai tak tertahan tahan.
Bola sepak hari ini perlukan DUIT. sama dengan dunia di luar ni. takde duit FORGET IT. as simple as that. nothing more nothing less. Bunyinya kasar tapi hakikatnya benar.
Bagaimana bolasepak di Malaysia nak bikin DUIT. Senang saja, selagi kita gagal menjual pemain kita ke pasaran dengan harga yang tinggi, selagi itu kita tak ada duit.
Selagi kita belum dapat mengeksport pemain kita seperti negara-negara Afrika selagi itu kita tetap miskin…miskin dalam ranking dunia.
Kita tak termasuk dalam negara membangun dalam FIFA kerana kita merudum sifatnya.Membangun itu maju kehadapan bukan kebelakang mengundur.
Apapun orang hendak berkata, cikgu lebih arif kerana cikgu lebih dekat degan bolasepak Malaysia.Hari ini saya hendak mengatakan yang apapun dalam hidup kalau tak dirancang dan dihadapi dengan serious inilah yang akan jadi. Asas bolasepak professional ialah etika. Etika bolasepak professional memerlukan satu dana yang bukan sikit, bakat yang bukan berkurangan dan infrastruktur yang bukan ala kadar.Cuba tiru pembangunan kelab-kelab Jerman. England atau kalu susah sangat lihat bagaimana Adebe Pele dengan anak-anak kecil yang diasuh di Akedeminya di Ghana.Prinsipnya mudah…andaikata dalam seratus murid di Akedeminya sepuluh boleh dijual di liga eropah. Cukup untuk dia melatih lagi seratus orang dimasa akan datang.
Kita ada banyak batu yang boleh digilap…sampai hari ini permatanya tak nampak. Salah siapa? Batu…pengilap permata..atau penjual permata.
Bila ada permata diliga.orang akan berpusu. bila orang berpusu duit akan mengalir seperti arus sungai. Penaja kan berduyun kerana tahu ada pulangan dan….roda akan terus berputar dan berputar. DUIT akan masuk dan masuk dan masuk. Bakat akan terus dicungkil dan dicungkil. mak bapak tak lagi segan anaknya bekerja sebagai pemain bolasepak professional.Rasuah sudah tak menjadi isu kerana semua orang sudah cukup duitnya.
Maafkan saya, bolasepak hari ini rancak kerana duit cikgu.
penajan, hak siaran lansung, iklan dan macam -macam lagi perlu untuk mengisi saku saku semua yang terlibat.EPL hebat suma kerana itu.Pernah terfikir pemain malaysia dijual dengan harga 10 juta….tak payah pound..ringgit pun cukup. kalau ada tiga pemain dapat dijual sebegitu hmmmm dah lama kita setaraf dengan Korea kembali.
Mungkin apa yang saya coretkan ini tiada hujung dan pangkal, sama seperti ceritera bola kita. sebab itu ia takkan kemana.
Maaf cikgu, saya mencoret dalam geram dan bila kita geram mulalah kita melalut yang bukan bukan tak tentu hala.
Semoga gembira bersama keluarga
Memang bolasepak di malaysia jatuh merudum di zaman profesional yang diperkenalkan oleh FAM. Macam mana tak merudum, pemain saja profesional sedangkan pengurusan tidak profesional? Bila pemain profesional mereka tidak ada kerja lain dan kerja mereka hanya main bola dan bila majikan tak bayar macam mana nak ligan bola kerana soru selalu mis sedangkan pihak pentadbir dan pengurusan boleh macam sedam-sedam kerana ada kerja lain dan bila ada duit dapat lagi elaun. Kalau macam nilah pengurusan bolasepak malaysia kita ambil satu team MU pun boleh kalah dalam pertandingan liga perdana, macam mana tak kalah mereka dulu gaji seminggu ratus ribu lagi ni atau kertas saja ratus ribu, gaji tak dapat seru selalu mis. Jadi bolasepak malaysia ni boleh gagah hidup kerana ada orang gila, maksudnya gila bola. Yakinlah jika keadaan ini berterusan maka orang tidak akan lagi gila bola maka waktu itu nasib bolasepak malaysia akan lebih parah lagi.
Aziz memang perihatin juga pasal bola. Bertepatan lah bahawa ianya permainan no 1. Saya tahu, semua orang rasa ada sesuatu yang tak kena dengan FAM. Bukan kita persoalkan orangnya (pemimpinnya) tetapi adalah kepimpinannya. Kita faham, kita bukan pemimpin yang berwibawa tetapi sekurang-kurangnya, kita juga mempunyai idea untuk memperkatakan kelemahan pemimpin. Setujukah bahawa Kita tak pernah atau jarang mendengar jawapan yang konkrit dan memuaskan hati dari pemimpin tertinggi FAM bila ada isu yang di ketengahkan oleh akhbar. Mengapa ?
Selamat Malam Cikgu,
Saya masih di pejabat lagi, menunggu anak buah menyiapkan kerja. Jumaat ini saya ambil cuti. Mak dan Abah akan pulang dari Makkah, paginya sempatlah saya mengambil buku report anak-anak. Alhamdulillah, dari gaya keputusan kertas-kertas ujian, saya yakin tak macam bapak depa dahulu. ha..ha..ha.
Kembali pada Bolasepak Malaysia. FAM adalah salah satu persatuan sukan yang paling dimanjakan di Malaysia. Bukan salah satu…satu satunya. Saya ingat kembali satu wawancara dengan orang kuat sukan bola Taiwan. Relatifnya FAM amat beruntung kerana bolasepak dimMalaysia adalah sukan no 1. Sokongan infrastruktur kerajaan kepada sukan bolasepak sangat mengkagumkan walhal bolasepak Malaysia adalah dikedudukan..entah..ranking dunia.tapi saya yakin ia dibawah Singapura, Indonesia, Thailand , Vietnam dan diatas sikit dari Brunei dan Filipina.
Kerajaan Taiwan tidak langsung menaruh harapan pada sukan bolasepak kerana tahu mereka tidak akan mempunyai peluang untuk ke Piala Dunia. oleh itu dana lebih banyak disalurkan pada sukan yang lebih banyak potensi. Hasilnya…Bola Lisut atau Baseball, Snooker dan Pool membawa mereka ke rangking dunia. Itu tidak mengejutkan bagi saya kerana pada tahap kanak-kanak mereka memang lama telah mengalahkan Amerika Syarikat yang terkenal dengan Bola Lisutnya.
Kita bukan hendak menganak tirikan FAM, tapi FAM harus sedar, masa berlalu. Nama-nama besar bolasepak Malaysia semangkin kurang, ramai yang pergi meninggalkan belang, namun harus juga diingat ramai yang pergi dihambat hutang. Tunas- tunas baru yang muncul diera 80an-90an pun ditelan zaman.Yang masih rebung kini pun tak tentu hujung pangkal.
FAM harus mmmm wajib sebenarnya mengambil tanggungjawab atas segala kelemahan bolasepak kerana merakalah custodian bolasepak Malaysia. jangan sesekali tunding jari pada orang lain. Banyak perumpamaan yang boleh saya kaitkan dengan cara pentadbiran FAM. Malangnya FAM adalah Diktator.wajarlah itu kerana sifat sifat diktator itu salah satu cara untuk menutup perilaku buruk agar tidak ditegur apatah lagi bantah. Malah maafkan saya ia lebih bersifat Autokrasi kerana orang melayu jarang menyanggah raja. Apatah lagi Raja Bola…ha..ha..ha.. Ampun Tuanku.
Apakah salah jika FAM mengikut cara ustaz mengajar anak-anak mengaji cara kampung. Yang kecil baru nak mengenal huruf, baca alif ba ta. lepas tu muqaddam, barula kemudian AlQuraan. Yang ada bakat Tilawah diajar memang handal untuk mengalun suara diepan halayak. yang paling koman pun kalau ke majlis tahlil tak hilang suaranya…walau terbatuk batuk.
Ala cikgu..senang aja. macam kita ke sekolahlah.kita tak harap dalam satu darjah semua masuk universiti. dapat 70% jadi orang berguna pun jadilah.Bebelas tahun belajar tu baru dapat jadi orang. Macam tula jugak bola. mana ada Maggi Maggi ni. Projek mee segera ni macam orang kelaparan tengah malam. tak de apa baru la cari Maggi atau Mammi slurp. Ini Nasi Baryani ada lagi kat dapur dah nak Maggi. FAM bukan orang bujang tengah bulan.
Akhir kata cikgu, nak kejut FAM ni bukan boleh pakai tepuk-tepuk bontot. Kena sergah sambil siram air jerr. Kalau ada yang terkejut sakit jantung biarlah. Medical benefit FAM beso.Mati dalam tugas…ha..ha..ha
Terima Kasih cikgu bagi ruang buat saya.
Aziz : Agaknya sependapat juga ya dengan saya walaupun keritikan agak pedas. Saya faham bahawa bukan seorang dua saja merintih macam Aziz.. banyak.. banyak lagi kerana mereka semua gilakan bolasepak; minat sungguh-sungguh. Apakan daya kerana akhirnya kita akan bersama dengan FAM, tenggelam dengan labu-labunya. Yang menyedihkan peminat di Malaysia beralih angin, membentuk pasukan penyokong kelab eglan (England); begitu glamour sekali, begitu gah sekali, begitu bersemangat sekali mereka mendewakannya. Teringat saya bagaimana Allahyarham Dato’ Ahmad Basri (yang beberapa kali digantung oleh FAM) disuatu masa dulu membentuk semangat penyokong Kedah – begitu berjaya sekali. Marilah kita menantikan seorang lagi Dato’ Ahmad Basri di FAM yang boleh membina semangat penyokong bolasepak Malaysia.. Malaysia (masih lagi) tak boleh.
Tahniah atas pencapaian anak. Kuah dah tumpah ke nasi. Terima kasih.
cikgu… bola + FAM, aduh.. bola + orang minat (gila) bola, baru betul..
sk Juru + Rahman + Khairul + Azlan + Nizam+ PKKK = Johan 2010 / MSSPP Zon Bukit Mertajam… horray…!