Skip to content

Jangan pinggirkan ibu.

2009 December 21
by Guru Besar Pencen

Hari ini isteri suruh saya membeli apom, satu-satu kuih yang tok bomoh kata boleh dimakan. Jam 9.00 malam, apom yang dihajatinya dapat dimakan sambil menonton tv.  Ikan kembung dan ikan haruan masak rebus boleh juga dimakan.  Hanya air teh dan air kosong saja sebagai minuman.  Semuanya untuk memantapkan lagi perubatan dengan bomoh yang mengubati sakit barah angin atau gestrik yang telah berlarutan. Sambil menonton tv, sambil berborak.

Sakit telah pun pulih selepas menjalani pantang kira-kira sebulan yang lalu.  Kehidupan menjadi ceria.  Sembang pun sudah agak kuat dan panjang.  Banyak sembang mengimbas kembali kualiti kehidupan yang menurun semasa tempoh sakit yang dialami.  Kesyukuran yang amat sangat. Jamuan kesyukuran pun sudahpun dilaksanakan.  Alhamdulillah.

Ibu mertua saya sering mengatakan kepada isteri saya dengan nada berdoa untuk kesihatannya selama ini.  Doanya agar anaknya pulih dan dapat menjaganya ketika sakit.  Walaupun begitu ketika sihatnya, isteri saya suka membelai emaknya dengan melayan kehendak makan minumnnya.  Doanya dimaklbulkan..

Sinopsi coretan di atas bagi menggambarkan cerita sebenar mengenai ibu bapa yang tidak seharusnya dipinggirkan.

Tidak lupa kami  mengimbas duka adik ipar saya yang telah lapan bulan terlantar.  Walaupun telah pulih dari koma selama 4 bulan, beliau hanya boleh diarahkan untuk menunjukkan jari sehingga bilangan lima.  Dalam lawatan saya dua tiga hari yang lalu dia sudah boleh menyalakan lampu picit dan boleh menunjuk ke arah saya dan isteri saya bila nama kami  disebut.  Makan bercorong dan berlampin.

Isteri saya mengimbas pada suatu ketika dahulu ketika adik ipar saya itu masih sihat:

Isteri saya pernah bertanyakan  adik nya, bagaimana kalau dia diminta untuk menjaga emak dan ayah seketika yang ketika itu tidak begitu sihat di kampung.  Isteri saya menyatakan kepadanya  bahawa ibubapa kami amat rindukan mereka kerana anak lelakinya itu  sudah lama berjauhan dengannya di perantauan.  Sebagai penegasan isteri saya menyatakan yang ibubapa kami selalu menyebut-nyebut namanya. Kami di sini memang menjaganya tetapi mereka berdua amat kempunan untuk berada di sisi anak lelaki yang dikasihininya.

Dengan selamba, adik ipar saya menjawab :  Kau oranglah (pelat KL) saja yang menjaganya, kite orang tak bolehlah menjaga bapa dan emak.…  Begitulah ungkapan yang sentiasa menghantui saya dan isteri yang kami dengari dari mulutnya dengan jelas.  Isteri adik ipar saya juga tidak bersedia dengan sedikit pengorbanan yang dihajati oleh ayah dan ibumertuanya.

Selang beberapa lama ayah mertua saya meninggal dunia di hospital  kerana sakit jantung.  Dia meninggal dalam kerinduan yang amat sangat terhadap anak lelakinya itu.  Juga kerinduannya dibawa bersama kematiannya terhadap seorang lagi anak lelakinya yang 3 / 4 tahun sekali baru kelapangan menjengahnya.  Titisan air mata hari kematian sudah tidak berguna lagi.  Penyesalan tidak akan dapat diubat lagi.  Mungkin hanya doa saja yang dapat meleraikan segala.

Salah kalau saya menyatakan bahawa hukum tuhan telah jatuh ke atasnya dan isterinya kerana terpaksa menjaga suaminya yang telah 8 bulan dalam keadaan terlantar.  Salah.  Tetapi itulah hakikat yang saya dan isteri saya (mungkin kita semua) perlu renung. Bahawa sesungguhnya -cakap siang dengar-dengar – cakap malam pandang-pandang.  Ibu dan ayah jangan sekali di perlakukan secara enteng kerana cakap malam atau siang atau bila-bila saja, Allah itu maha mendengar …

Selepas 2 kejadian itu saya mengingatkan semua orang bahawa jangan sekali-kali pinggirkan ibu dan ayah,  buruk padahnya.  Dan selepas itu juga,  seorang lagi adik ipar saya (lelaki juga) yang  telah membawa emak mertua saya tinggal dirumahnya di Kulala Lumpur dan membelainya sepanjang masa.  Kami semua beryukur bahawa banyak hikmah yang diperolehi disebalik kejadian-kejadian yang menyayat hati tersebut.

…gbpencen… hutang saya dengan ibu masih tak terbalas.

4 Responses leave one →
  1. iryani permalink
    December 22, 2009

    moga membawa pengajaran kepada semua dan kpd saya khasnya..
    terima kasih ayah n mama..

  2. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    December 24, 2009

    Salam Cikgu,
    Saya baru kembali menziarahi sahabat dan juga klien saya, bapanya pulang ke Rahmatullah pagi tadi, saya lihat kawan saya tenang malah sempat menyambut ketibaan kami dengan senyum walau mata bertutup kacamata hitam. Ini rumah arwah dengan keluarga no 2, maaflah aku bukan tuan rumah di sini, tapi buat jugaklah macam rumah aku. Saat melihat sahabat saya mengucup Arwah ayahnya buat kali terakhir, saya rasa hiba kerana beliau akui memang tidak begitu rapat dengan ayahnya. Walaupun begitu, dari sejak arwah dimasukkan ke SJMC sehingga ke liang lahat beliau tak berenggang dengan ayahnya.
    Moga Arwah dicucuri rahmat.
    Bulan yang lalu saya pulang ke kampung, seperti dalam komen saya yang
    lalu, ada projek kecil bersama mak dan abah. Ketika hendak kembali ke KL, Mak memeluk saya sambil berkata” Mak halalkan makan dan minum kau , kau dah tak ada hutang apa-apa dengan Mak lagi”. saya terkejut dengan kata-kata Mak.”Kenapa mak cakap macamtu?” ” Abang banyak lagi hutang kat Mak, banyak lagi yang tak tertunai “.” Apa yang Abang buat ni sikit sangat banding dengan apa yang Mak ngan Abah dah buat kat Abang”. Mak diam tapi Abah pulak bersuara ” Besok bila kami tak ada kami tak nak kamu menyesal apa-apa, kami nak kau tau kau telah laksanakan tanggungjawab kau pada kami, kami telah redhakan kau”
    Saya bukan anak yang baik, sebenarnya saya banyak habiskan duit Mak dan Abah. semasa mula mula buat bisness sendiri, berbulan bulan saya gagal beri belanja dapur Mak dan Abah. Dua tiga kali jugaklah saya meminjam Mak duit untuk bayar gaji staff” Bila saya habis bayar hutang itu pun saya tak tahu. Agaknya ada monthly installment deduction kut. sebab saya tak pernah bayar balik hutang saya sekali terus.
    Kasih Ibu dan Ayah pada anak sampai mati, cuma kita anak-anak ini selalu lupa diri. Susah Ayah berhujan panas kita tak hargai, yang kita ingat susah kita mengumpul harta untuk sara hidup sendiri yang tak pernah cukup.Hari ini baru saya sedar dan hari ini saya berkata dalam hati “Balqis, Damia & Marsya, Baba dah rehdhakan kamu dari sejak kamu mehirup nafas yang pertama dan Baba dah halalkan segala yang Baba beri dari dahulu sehingga akhir nanti”
    Yang datang akan pergi, redhakanlah moga perjalanan kesana tidak susah kerana kita.
    Maaf Cikgu, saya tumpang lalu dalam kehidupan Cikgu.

  3. gbpencen permalink
    December 25, 2009

    Sebagai ibu (rasanya) : Sedikit yang kita beri, banyak yang dia terima.

    Maksudnya, walaupun kecil pemberian kita.. padanya amat bernilai.. NILAI itu bukan jumlahnya, TAPI adalah ingatan yang kita berika kepadanya.

    Bagaimana kita akan menjadi anak seperti itu.. masa akan mempengalamankan kita, tidak dapat dipelajari dengan guru tetapi kita belajar dengan kehidupan yang kita lalui..

    Moga anak kita menjadi seperti anak itu…

    Selalu doakan anak supaya jadi begitu, kalau tidak menjadi.. redha dengan ketentuannya

    aminnnn…

  4. eyna permalink
    December 27, 2009

    Rasa bersyukur kerana dpt menyuapkan minuman di saat akhir kematiannya dan arwah ayah telah menghembuskan nafasnya di rumah dan dapat bersama-sama arwah ayah sampai saat2 akhir beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 6 ?
Please leave these two fields as-is: