Skip to content

J-QAF dan Pak Lah.

2009 July 10
by Guru Besar Pencen

Kini mereka sudah di darjah (4) (2009).  Murid-murid ini bersekolah rendah telah bermula di darjah (1) dengan mata pelajaran J-QAF ( Jawi, Quraan dan Asas Fardhu Ain). Satu program yang dilahirkan di zaman Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.  Satu-satunya program yang (ketara) dilahirkan demi memberi nafas ke atas kesinambungan pelajar di sekolah Agama Rakyat atau di Sekolah Menengah Agama (SMKA).  Banyak yang mendapat faedahnya. Penghargaan harus dikalungkan.

Saya menerima kehadiran guru-guru J-Qaf ini dari berbagai institusi dengan berbagai-bagai natijah keilmuan.  Selak saja sijil mereka,  berjela-jela pengetahuan dan pelajaran yang mereka perolehi.  Semuanya dari menara gading.  Saya (sebagai GB) dan guru SPM tahun 60an terasa kecilllll.  Namun atas rasa tanggungjawab yang saya pikul,   saya buka pintu hati saya untuk menghargai kehadiran demi membantu mencemerlangkan sekolah (yang saya pimpin) khasnya dan lain-lain-lain-lain…  Itu saja dari saya.  Harapan menggunung saya dari mereka (yang agak besar jumlahnya satu hari nanti) ialah agar mereka akan dapat memberi imput yang maksima..bersama saya.

Satu (1) kelas J-Qaf  diajar oleh seorang guru agama Islam dan dibantu oleh (2) orang guru J-Qaf  = (3) guru.  Objektif nya untuk meningkatkan bacaan Quran, Jawi dan Fardhu Ain. Hebat strateginya dan sama hebat pula dengan pelaksanaannya.  Murni matlamatnya semarak seperti cahaya agama Nya. Penuh dengan program pengukuhan P&P, padat dengan persediaan ABM dan buku-bukuannya, lengkap dengan data dan maklumatnya, berselerak dengan jadual itu dan ininya disemarakkan oleh semangat guru-gurunya.  Murid berduyun ke sana, berduyun ke sini menghadapi sedikit sebanyak kekangan di sekolah.  Alhamdulillah.  Berjalan sampai sekarang. Guru juga setahun ke setahun berduyun masuk mengisi ruang yang masih kosong.  Alhamdullilah .. bermata pencarianlah mereka.

Di suatu hari, disuatu masa ketika saya mula-mula  mengajar dahulu (’73).. saya melalui sebuah kelas, seorang guru agama (p) tertidur di meja kelas.  Saya meneruskan laluan untuk mengajar.  Selesai mengajar saya kebetulan melalui lalauan yang sama, air liurnya telah meleleh, masih tertidur. Selepas itu juga diberitakan oleh kawan-kawan yang beliau selalu tertidur dalam kelas. Maksudnya bahawa guru agama (yang berpengetahuan agama) juga seperti guru akademik biasa .. boleh juga tertidur dan boleh memikul tanggungjawab ‘pendidik’. Maksud yang lebih mendalam guru adalah guru .. (termasuk cik gu Saari – P Ramlee) dan guru juga manusia biasa.   Yang ingin saya sampaikan ialah saya mengambil iktibar dari ‘pandangan / pengalaman pertama’ itu bahawa saya akan komited tugas saya sebagai seorang guru.  Akhirnya doa itu dimakbulkan :  Langkah saya tidak tempang walaupun kekadang ada sedikit sumbang.. sehingga pencen.

Cikgu …

(1) Janganlah berkecil hati sekiranya saya menegur sebelum ini (atau dalam coretan ini) jika ustaz/h hanya ingin mendidik setakat terdaya ..kerana mendidik mestilah sehabis daya kerana kita sedang berurusan dengan manusia yang sedang membina masa depannya, tambahan pula di bidang agama.  Nur yang akan kita sirami diubun mereka adalah nur yang esa yang kita perolehi dari berjela-jela sijil yang kita perolehi dalam dan luar negara. Sepatutnya berbanggalah  kerana masih ada orang yang mahu menegur kita.  Ringan sahaja orang yang menerima  teguran tetapi amat berat orang (saya) yang hendak memberi teguran.

(2) Bila pejabat agama dah penuh dengan pegawai, JAKIM juga sudah ramai kakitangannya, peguam dan hakim syari’e sudah penuh dimahkamah, kes khalwat pun sudah berkurangan kerana tindakan agresif penguatkuasaan jenayah maksiat maka Tun Abdullah memikirkan untuk menjuruskan graduan ke agamaan ini ke sekolah – satu tempat dimana dihimpunkan tanggungjawab murni lagi suci demi memartabatkan kesucian ilahi.  Berkhidmatlah sehingga keletihan (bukan setakat daya sahaja) kerana ganjarannya tinggi dari Allah dan dari JPN (Gaji DG41 dengan peluang naik pangkat lagi sampai DG52).

(3) Jangan mengeluh – kalau kena buat kem Bestari Solat, bukan susah sangat, pelan-pelan, pakat-pakat….. jadi. – semua muda-muda lagi., bertenagaaaaa.

…gbpencen….terima kasih Pak Lah dan tahniah Ustaz Muhsin kerana ada (2) kereta yang satunya  jenis Honda berharga hampir 6 digit.

6 Responses leave one →
  1. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    July 10, 2009

    Saya suka bermain bola. Hari-hari saya bermain bola,
    Saya suka bermain bola. Hari-hari saya bermain bola,
    Saya suka bermain bola. Hari-hari saya bermain bola,
    Saya suka bermain bola. Hari-hari …cik gu….tidorrrrrrr
    Jom kita main bola…ha..ha..ha…ha Cik gu Saari, Cik gu Saari
    ada lagi Cik gu Saari walau kini macam cendawan Sekolah Bistari.

  2. gbpencen permalink
    July 11, 2009

    Ti..du..r lah, wahai permai…suri, tidurlah …
    pejamkan mata ….

    ‘P. Ramlee’

  3. nujaid permalink
    July 16, 2009

    Teringat pesan cik gu ” adanya cikgu kerana adanya murid ” tapi ramai cik gu walaupun ustaz/zah mudah lupakan murid kerana terlalu asyik dengan mengejar wang ringgit. sekadar ingatan buat diri sendiri dan teman-teman

  4. July 17, 2009

    Terima kasih cikgu Nujaid.

  5. yuslan permalink
    April 3, 2010

    Terima kasih krn cgu menghargai kehadiran guru j-QAF. Tapi tak semua pentadbir menghargai kehadiran mrk d sekolah.

  6. April 10, 2010

    Biar manusia tidak menghargai kita, tapi lagi rugi kalau Allah juga turut tidak hargai kerja kita. Insyallah kita teruskan amanah dan tugas yg di pertanggungjawab kpd kita dgn ikhlas, insyaallah akan dapat habuannya nanti dari Allah yg Maha mengetahui dan berkuasa.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 4 + 10 ?
Please leave these two fields as-is: