Blog orang zaman la … ni.
Saya suka melayari blog orang sekarang (la … ni). Blog saya adalah blog lama.
Saya .. maksudnya orang generasi lama ; jadi blog saya ialah blog orang generasi lama. Bukan maksud saya blog generasi sekarang dan blog generasi lama. Mana ada blog lama – era blog ini adalah era sekarang (la … ni), era maya atau di sekolah disebut sebagai ICT.
Blog generasi baru penuh dengan gambar, warna warni, perkataan ringkas yang mengiurkan. Tambahan dengan berbagai-bagai aktiviti sampingan yang mengasyikan. Diurus dengan penuh kecanggihan unruk menghibur dan tidak membosankan. Sehinggakan orang lama macam saya tak tahu untuk menggunakannya. Ingin juga saya berkongsi keseronokannya tapi nak ‘sign up’ pun saya tak jumpa. Walau pun begitu, saya minta kawan saya untuk ‘roll up’ blog-blog sebegini di blog saya dengan tujuan memudahkan saya melayarinya kerana saya suka …
Sebenarnya saya tidak dapat memberi komen mengenai blog ini samaada baik atau buruk, elok atau hodoh dan sebagainya kerana, resam orang muda tidak sama dengan saya (orang lama). Saya amat memahami cita rasa orang muda di zaman ini. Orang muda – lain pendekatan dan fikirannya. Saya juga pernah muda; zaman muda saya lain dari zaman muda ICT. Saya ingin berkongsi zaman muda saya di blog ini bila saya berkesempatan nanti.
Tapi yang benar ialah, saya tidak arif (bodoh – jahil) dalam pengurusan blog-blog ini. Tapi saya ingin menyampaikan mesej bahawa ‘pengalaman yang telah saya lalui perlu saya catatkan dan simpan untuk saya dan generasi saya yang akan datang’ (sekurang-kurangnya). Saya berkesempatan untuk menulis melalui bantuan En Redhu (tq) yang mengajar saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan blog saya. Kalau hendak lebih dari yang diajarnya, belum ada ruang untuk saya terokainya lagi. Saya berpuas hati denga blog ‘cara’ saya – warnanya masam macam gambar melayu zaman dulu, hitam putih.
Tapi yang benar .. tetap benar. Saya akan memperkatakan, tiada yang sebenar melainkan yang benar sahaja, di dalam blog ini.
Minat kepada ICT bermula semasa komputer mula diperkenalkan di sekolah secara menyeluruh pada awal tahun 90an. Semasa saya menjadi guru Pusat Sumber , entah siapa telah membekalkan 5 buah komputer ke sekolah. Jenis XT. Word processor jenis terbaru ketika itu ‘worstar 4’. Sedikit maklumat diperolehi saya terus belajar bersungguh-sungguh melalui komputer itu sendiri (tidak menghadiri mana-mana kelas). Saya pergi ke kelas untuk belajar program ‘databased’. Siti Khairani, anak saudara saya mengajar basic ‘excel’ tapi sebelum itu bukan dipanggil excel (saya lupa panggilannya) dan saya terus belajar dan belajar melalui panduan komputer… kerana amat minat dan beranggapan ianya akan banyak boleh membantu saya di masa akan datang.
Benar, amat benar. Pada masa itu, sayalah hero di sekolah (buat sementara waktu-sebelum ada guru lain). Sayalah satu-satunya guru yang terkehadapan dalam menguasai kemahiran berkomputer. Saya mula menjinakan beberapa orang murid dengan komputer. Banyak saya membantu sekolah / Guru Besar (GB) untuk menguruskan dokumentasi dengan menggunakan komputer. Kepercayaan GB kepada saya makin menebal (akhirnya saya dilantik menjadi PK1 – setelah ada kekosongan) – (bodek ke saya ?). Akhirnya, dek kerana minat saya membeli sebuah komputer (hutang) dengan harga RM3500. Mahalnya jika dibandingkan dengan ‘duit dulu’ dan harga sekarang. Seronoknya saya bekerja dengan komputer di rumah.
Sehingga ke suatu tahap, proses pembelajaran komputer saya terhenti. Muncul ramai guru yang berkemahiran berkomputer ketika saya mula menjadi GB. Banyak guru yang berkebolehan membantu saya. Sehari demi sebulan dan setahun keperluan berkomputer makin tinggi dan saya makin tertinggal kerana jawatan GB. Saya diamanahkan untuk mengurus komputer, keperluan komputer dan kemahiran berkomputer di sekolah, termasuklah peralatan yang canggih melalui PPSMI. Saya hanya / harus mempastikan pemprosesan data berkomputer dalam sistem pendidikan negara dilaksanakan dengan tepat dan betul … TETAPI … kalau dulu (awal 90an) semua saya buat, sekarang (semasa jadi GB) semuanya guru saya, yang suka membantu saya – akan melakukannya. Terima kasih.
… gbpencen … Maka tertinggallah saya … TETAPI … saya akan kejar ‘seperti saya sedang mengejar umur saya yang semakin meninggalkan saya.
(allah – lupa, pulak yang ni..) dan menguruskan CD yang berlambak-lambak di sekolah (dulu pakai disket – big size /floopy drive pun big size.
Belajar, adalah satu proses yang tiada penghujungnya. Dulu adalah dulu. Sekarang adalah sekarang. Jika digabungkan dulu dan sekarang, kemantooopannya menggiurkan. Itu pasti.
Umpama makan nasik, sedikit ulaman, walaupun berlauk ikan masin dengan hiasan yang indah, pasti menggiurkan.
Selera setiap orang adalah tidak sama. Yang penting pengisian bukannya hiasan. Hiasan sekadar mencantikkan, penambah selera, menggiurkan nafsu…
Tak gitu?
Saya suka belajar dari orang-orang lama kerana mereka lebih banyak pengalaman. Tak ada orang dulu, tak adalah orang sekarang… Perturunkanlah ilmu agar bisa saya kutip dan jadikan panduan dalam menjalani hidup…
Azlan : Tirana : Bacaan saya amat kurang. Pengetahuan juga terbatas. Yang ada hanyalah penglaman melalui liku-liku kehidupan yang sangat banyak untuk digarapkan sebagai kenangan untuk di kongsi. Saya akan bersama idea tuan/puan/cik di blog yang tuan yang ‘dihormati’.
Selamat Pagi Cikgu,
Mmmmmm….kalaulah satu buku latihan murid cikgu baca untuk menyemak kerja-kerja mereka , agak-agaknya berapa banyak yang cikgu telah baca. Malah sepanjang kerjaya cikgu berapa banyak buku-buku teks yang telah Cikgu baca, dari zaman Pakcik Kordi sampai sekarang. Akan tetapi itulah dia sifat Padi, semakin lama semakin tunduk.Orang telah sampai ke LED TV HD 200, tetapi cerita P.Ramlee yang hitam putih juga masih ditagih. Warna menambahkan lagi kemeriahan hidup tetapi hitam putih kehidupan kadangkala lebih mengajar kita tentang erti kedewasaan.
Apapun terima kasih Cikgu.
To Azlan, Aziz and Tirana :
Buku latihan murid kita, kita kena baca, kena semak apa yang mereka buat. Nilaikannya, betulkannya, ceriakannya, urut belakang tuan punya buku tu, pujuk tuannya, puji sikit, kutuk seadanya, kalau perlu ‘sakitkan’ sikit – dengan ikhlas. Makin lama makin pandailah dia .. Akhirnya, sayang sangat lah di pada kita.
… itulah cikgu…