Hebat Menempa Sejarah.
Saya terpaksa tidur larut malam (hampir 2.30 pagi 5/6 Julai) setelah perlawanan akhir tenis Wimbeldon berlanjutan hingga ke set ke 5- tanpa ‘tie break’, selama 4 jam 16 minit. Begitulah bagaimana sejarah ditempa oleh Roger Federer yang memenangi grans slamnya yang ke (15) dengan meleburkan rekod Pete Sampras yang juga turut menyaksikan perlawanan tersebut di arena Wimbeldon di kota London. Ia telah melonjakkan ranking peribadi Roger kepada pemain nombor (1) dunia dari Rafaie Nadal. Perlawanan tersebut sungguh-sungguh hebat ; “‘the greatest show on earth” kata pengulas sukan, siaran Starsport.
Tahniah ‘Roger’.
Sejarah sebesar itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan melainkan dengan sifat profesional Roger sendiri. Begitu tenang menghadapi lawan & situasi. Ketinggalan mata, ditanganinya dengan tabah. Raut muka yang tenang tapi bermakna memendam analisa permainan dengan berkesan untuk ditangani. Tidak menunjukan kemarahan dan penyesalan bila berlaku kesilapan dalam pukulannya. Bagaimana insan ini dengan jayanya dapat menahan (37 ) servis lawan – ‘straight game servis’ dari Andy Roddick juga sama hebatnya itu. Bagaimana dia gagal dalam 7 break point yang juga ‘tournament point’ dan akhirnya menang dalam beberapa kali kegagalannya. Ah.. semuanya ‘perfect’.
Ironinya, lahirlah seorang lagenda penuh dengan persediaan. Wawasan (rasanya) dibina, strategi disemai, pelaksanaan dimantapkan dan kesungguhan disuburkan.. akhirnya kegemilangan diperolehi.
Bagaimana mereka melakukan. Rasanya kita di sini sudah banyak bercakap mengenai hal ini tetapi kita masih tidak dapat melahirkan insan yang segemilang ini. Saya ingin samakan Roger dengan Nichol Ann David, bintang kelahiran Malaysia, hebat gadis ini, sehebat Roger Federer tapi David lebih malang dari Roger kerana dia bukan dari bangsa Eropah yang menguasai dunia penyiaran @ komunikasi.
Pada saya, bersedialah atau bersediakan athlit Malaysia yang juga tidak kurang hebat prasarananya, jurulatihnya, pengurusannya, kewangannya untuk melahirkan antara (1) atau (2) lagenda dunia dalam bidang sukan apapun. Kita tidak kurang pengiat sukan yang sentiasa menawarkan diri untuk membina kecemerlangan (kadang-kadang sampai bergaduh). Apa yang boleh kita katakan ialah jadikan lah kemahuan yang ditunjukan oleh Roger untuk sampai ke puncak sebagai satu cabaran.
Kita dapat melihat, sokongan dari keluarga dan kawan-kawan sangat membantu seseorang athlit. Nichol sendiri diperkasakan dengan sokongan tidak berbelah bagi dari keluarganya sendiri terutama ayah dan ibunya. Sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Roger dari isteri, ibubapa dan rakan sepelatih, jurulatih melonjakkan semangat kentalnya walaupun orangnya kelihatan lembut seperti bukan jaguh. Tidak jemu menyokong walaupun merautkan penyesalan dimuka apabila Roger melakukan kesilapan, dan bertepuk tangan bila melakukan aksi kemenangan.
Bila perlawanan menjadi makin getir maka lawannya Andy Roddick juga memang terlalu hebat untuk Roger. Servisnya yang berapi menjadi duri dalam daging kepada Roger. Tidak menyerah kalah walaupun berada di ranking ke 5 dunia (sebelum perlawanan). Sokongan padu keluarga dan rakan menghimpit Roger ke set penentuan sehingga mata kemenangan (set akhir : 14 – 16). (7) break point Roger tidak dibenarkan oleh Andy. Misinya untuk menjuarai wimbeldon kali pertama membuatkan dia menangisi kegagalan itu tapi kata-kata semangat profesional Roger membuatkannya menerima hadiah dari Duke of Kent dengan tenang.
Wimbeldon adalah kejohanan tenis yang sangat berprestij. Banyak yang kita boleh contohi darinya. Kekemasan penganjuran : liputan media, majlis penyampaian hadiah, pengadilan, pengurusan perlawanan, ketatertiban penonton, temuramah dengan pemenang – tampak mewah, kemas, tersusun, teratur dan berkesan. Ah.. hebatnya. Jadikanlah kehebatan itu sesuatu yang boleh kita lakukan di sekolah atau di dalam arena kita – jika kita mahu. Ikut kemampuan kita tapi mesti ada kesungguhan untuk mahu melakukannya.
“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana idola saya ada di sini” “Disini juga saya memenangai gelaran grans slam yang pertama pada 2003” Roger Federer
– bukan saja bijak bermain tapi bijak juga berbicara.
…gbpencen…tunggu legenda baru chong wei