Skip to content

“JPN tak perlu ubah saya”

2010 December 6
by Guru Besar Pencen

Dalam satu majlis perjumpaan jabatan, ingatan disampaikan oleh Tuan Pengarah JPN : “GB perlu melakukan perubahan, kalau tidak dia (GB)  akan diubah“.  Kata-kata itu sedikit  mengganggu saya.  Walaupunbegitu  saya yakin untuk melangkah ke sekolah yang telah dinamakan untuk  saya terajui.  Langkah saya sudah tidak lagi sumbang setelah melalui 5 tahun pengalaman sebagai GB di sekolah sebelumnya.

Gangguan tersebut berpunca dari kesedaran akan kekurangan yang ada pada diri saya.  Saya bukan seorang akademis.  Semasa di sekolah pun saya bukan pelajar yang cemerlang dan saya boleh dikatagorikan sebagai pelajar yang ‘tidak bodoh’.. sahaja.  Saya menyedari tuntutan yang paling ketara ke atas saya ialah mencemerlangkan pelajar sepanjang masa agar dapat bersaing dengan sekolah-sekolah yang menunjukkan prestasi tinggi dalam UPSR.

“Saya akan cuba” itu jawapan untuk menenangkan hati saya. Maka bermulalah penghijrahan ke sekolah baru dengan meninggalkan kenangan pahit dan manis di sekolah lama.

Sampai sahaja di sekolah (gambar di atas dirujuk), hala tuju saya sudah berbeza.  Bagaimana sebuah sekolah yang lengkap dengan kemudahan dan tenaga kerja juga tenaga pengajar disamping tenaga pengurusannya yang ‘hebat’ sampai begini jadinya – bisik saya dalam hati tanpa didengari oleh sesiapa – takut ada yang berkecil hati pula.  Saya terus menyingsing lengan mengerjakan  apa yang dikehendaki  oleh Tuan Pengarah sepertimana dalam perjumpaan penyampaian watikah pertukaran saya.

Saya bernasib baik kerana guru-guru saya juga tanpa menoleh belakang terus mendidik dan mengasuh anak-anak di sekolah yang saya terajui tanpa menghiraukan saya yang sedang melayan beberapa lagi ceruk dan rantau di dalam sekolah itu yang pemandangannya  seperti dalam gambar yang saya rujuk di atas.  Satu demi satu saya perlakukan tanpa menoleh belakang walaupun ada suara-suara yang tidak menyenangkan kedengaran.

Suara

…saya masih ingat suara itu.  Ia amat berkesan dalam ingatan saya :  “Dia buat kita macam kita tidak buat kerja sebelum ini”  Rintihan suara itu saya amat faham.  Rasanya;  suara itu ingin  menyatakan kekesalannya atas kehadiran saya yang melakukan perkara yang sepatutnya dilakukannya sebelum ini.  Saya amat yakin yang saya lakukan adalah satu perkara yang sepatutnya dilakukan sebelum saya melakukannya. Saya tidak merasa bersalah sedikit pun. Sebaliknya satu demi satu sudut seperti gambar di atas saya perlakukan.  Ianya tidak mengambil masa yang sedikit dan banyak memerlukan korban untuk dilaksanakan.

Di akhir perkhidmatan saya di sekolah itu, di hari terakhir –  saya berdiri seorang diri di pinggir padang disuatu pagi hari cuti …  Dengan megah saya menyatakan kepada diri sendiri bahawa saya telah melakukan perubahan.

Suara itu (saya diberitahu)

…banyak menumpukan perhatian kepada urusan pejabat dan pentadbiran termasuk usaha-usaha meningkatkan prestasi pelajar.  Memperkemaskan sistem aliran kewangan dan perbelanjaan sekolah secara yang cukup tetliti dan berhemah.  Membuat semakan dengan teliti dalam urusan kantin dan pengusahanya supaya tidak mengabaikan anak-anak dalam program RMT.  Mungkin suara itu telah terlepas pandang – padang sekolah yang telah hampir menjadi rimba,  meja kerusi dan perabot lama telah diselaputi ‘selaput tunggul’  dan ….

Kepada Suara

Saya berterima kasih kepada suara itu kerana telah meninggalkan satu sistem pentadbiran dan kewangan yang ampuh untuk saya teruskan pengurusan sekolah dengan lebih selesa….

Walaupun begitu

saya tetap di ubah… untuk meninggalkan terus perkhidmatan yang saya amat sayangi.

…gbpencen… terima kasih kepada suara, kerana anda telah mencabar saya.

8 Responses leave one →
  1. nizam virago permalink
    December 6, 2010

    tahniah kepada GBP . memang benar perubahan yang di bawa oleh tuan kekal hingga kini.

  2. zbti permalink
    December 6, 2010

    Salam,
    Saya teringat pd suatu hari sambutan Hari Sukan di sekolah tersebut. Bekas anak murid sekolah tersebut telah memuji tentang perubahan2 yg telah berlaku di sekolah yang telah ditinggalkannya hampir 2 tahun. Saya turut merasa bangga dengan pujiannya, jelas dia prihatin dengan perubahan yg telah dilakukan oleh Cikgu. Tahniah cikgu…

  3. December 8, 2010

    Salam Cikgu.
    Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt setiap masa.
    Seronok membaca tulisan cikgu. Teruskan menulis.Transformasi ke arah kemajuan yang terancang. Terima kasih cikgu.

  4. Khairi Din permalink
    December 9, 2010

    My God what do you do with Japan. Oh oh I thought JPN means Japan. Salam Cikgu… Opps it’s wrong by right : Kelas bangun Selamat Pagi Cikgu. Hari ini kita belajar tulis huruf sambung. Jan 1980 Sek Keb Panchor. 30 years ago. Still can recall. Hontou ni natsukashi na sono toki. Sensei no sugata wo mite mainchi Honda Civic de pekan P.Remis kara kayotte satsuga Ideris senseidesu. Gakkou no nakade ichiban hyouka ga yokutte ichiban kowai toiu nomo arimasu. Gakkou he modorimasyou ne sensei. Saigo ni iro iro to sensei ni oseiwa ni narimashita kokorokara kansyaitashimasu. Kikai ga attara zehitomo sensei ni aitai to omoimasu. Soredewa ogenkide. Khairi, Tokyo, Jpn. Domo arigatou Cikgu.

  5. Khairi Din permalink
    December 10, 2010

    Selamat Petang Cikgu. Petang ni latih bola tak?
    Ok main sekali Cikgu. First approached you about 31years
    ago when we were at Std 5. It is so sweet to recall those
    omoide. Beside that the story of M Daud Kilau and others
    ie Jamal Abdillah if I am not mistaken. So what ever you
    do JPN or Jab Perdana Menteri sapoto shimasu.

  6. December 19, 2010

    nizam, zbti, ROHA dan khairi:

    Tulisan ini tidaklah saya berhajat untuk menyalahkan sesiapa atau membanggakan diri saya… hanya saya mencoret apa pengalaman peribadi yang dilalui. Maka kalau ada atau tidak yang menghargainya pun tidak mengapa. Tidak semua yang kita buat akan dapat penghargaan.. tetapi apa yang saya dapat lihat selama ini :

    kalau kita buat kebaikan, lambat laun balasan baik akan kita dapati.. dan begitu juga sebaliknya….

    Terima kasih Khairi, murid saya yang dah tua… selamat bertemu kembali… JPN di Jepun memang Jepun la.. kalau di sini Jabatan Pelajaran Negeri, atau Jabatan Pendaftaran Negara laa…. tu la dok lama sangat di Jepun… ! Tahnaih, Khairi… !

  7. Khairi Din permalink
    December 20, 2010

    Kita serupa kita serupa… kata sorang penyanyi yang saya dah lupa nama dia. Penyanyi tu pon sama. Dia pon dah tua. Tapi tua tak bererti sudah ketinggalan dan usang. Mangkin tua mangkin berisi kata seniman Tan Sri P.Ramlee. My family enjoy very much watching his movie black and white. Oldies but full of fun and lot of messages.

  8. January 2, 2011

    SUARA : pelbagai jenis suara yang pasti timbul dlm setiap tindakan yang dilakukan. Yang penting, nawaitu tujuan tindakan diambil sangat penting. Kita lebih tahu apa yg penting dlm setiap tindakan yang dilakukan. Ngomelan itu lebih kepada pembakar semangat.. GBP memang memiliki jati diri dan semnagat yang sentiasa bernyala… Alhamdulillah.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 13 + 5 ?
Please leave these two fields as-is: