Skip to content

(sat je) : kena block

2009 July 10
by Guru Besar Pencen

Secoret saja ingin di tulis malam ini.  Biasanya saya mengambil masa berkali-kali mengedit artikel sebelum dipublish.  Kategori (sat je) ini adalah coretan sepontan yang sedikit saje ‘karangannya’.

Saya melalui satu laman blog di blog roll saya.  Merata cerok saya merantau untuk melihat-lihat kecanggihan alam siber guru-guru muda sekarang.  Menarik dan bermaklumat.

Akhirnya saya ingin ‘memuji2’ rencana di dalam blog itu melalui ‘shout’nya.  Maka saya pun mereka-reka ayat yang sesuai, dalam lingkungan berbelas perkatan dan SHOUT!.  Terkejut saya dengan maklumat yang dipaparkan yang komen gbpencen (diblock – diban)  = tidak dibenarkan.  Saya pun cuba sekali lagi kalau-kalau ada masalah teknikal kerana saya tidak arif dalam pengendalian blog.  Masih gagal.

Mengapa ?:

Manusia lazimnya suka meracau dan mengandaikan.  Berbagai-bagai andaian saya buat.  Di tambah pula saya cuba ‘flash back’ pengalaman lampau yang telah dilalui.  Kesimpulan demi kesimpulan dibuat,  mengenai apa dan kenapa terjadi demikian.  Saya di.. saya tidak … saya keterlaluan le .. (macam-macam ada).  Andaian terakhir saya ialah,  semua andaian yang saya buat itu .. tidak benar.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menutup tabir igauan itu lantas membiarkan pengendali blog saya memberi jawapan. 

Kalau iya pun, mengapa gbpencen harus di BAN ?.

…gbpencen…sedang ‘draf’ coretan : mengapa takut saya ?

2 Responses leave one →
  1. July 11, 2009

    Menarik entri kali ini. Mencerminkan hipotesis yang dibuat berdasarkan permasalahan yang berlaku.. Ujian demi-demi ujian perlu dilakukan untuk mengesahkan hipotesis yang dibuat… tak gitu tuan?

    Hipotesis = persepsi >> boleh mempengaruhi tindakan sewaktu mencari jawapan pada persoalan… Yang ptg kita tahu kenapa hipotesis yang dibuat dan apa tujuannya.. hehehe

  2. gbpencen permalink
    July 11, 2009

    Sempat juga cikgu ni lalu di blog saya. Terima kasih. Istilah motivasinya saya pun tak begitu faham – tapi boleh lah agak2. Bermenfaat. T Kasih. Saya masa mengajar Sains PPSMI tempoh ari ada juga bermain-main dengan ‘hipotesis’. Saya ingin hubungkaitkan istilah ini dalam komen saya (akan datang) mengenai PPSMI. Jumpa lagi di Sungai Batu nanti kerana ada kenangan ustaz Khaza’i di sana.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 10 + 10 ?
Please leave these two fields as-is: