Skip to content

PPSMI dimansuh (1) : sama, serupa, semacam..

2009 July 13
by Guru Besar Pencen

Awal tahun 1974 telah bermula era pendidikan moden menyeluruh ke serata pelusok tanah air.  Saya berVespa ke pekan Bruas (SK Gangga) untuk menghadiri kursus KBSR.  Ramai guru-guru sekitarnya ke sana.  Masih muda ketika itu dan tiada mengomel apa-apa mengenai persekolahan maupun pendidikan.  Ikut saja.  Seingat saya perkara yang dikehendaki dilaksanakan ialah sedikit perubahan dari sebelumnya yang mana – mengajar hendaklah berpusatkan murid, lengkap dengan ABM yang perlu disediakan dan sedikit pengkaedahan penyampaian pengajaran.

Semua ABM kena buat sendiri.  Sibuklah dengan ‘manila kad’ dan  marker (mahal ketika itu).  Ada ditunjukan ABM yang agak canggih oleh ‘cikgu’ yang memberi kursus yang menonjolkan kerajinannya (sebagai role model).  Semua guru yang hadir tertarik melihatnya.  Kemudian kami diminta membuat ‘homework’ dalam masa seminggu sebelum datang semula untuk menerima buku-buku panduan yang akan dibekalkan.

Semenjak kursus itu, yang merupakan kursus pertama saya dalam kehidupan sebagai seorang guru kerajaan;  maka bermula-lah perubahan-perubahan demi perubahan sehinggalah tarikh persaraan saya setelah menamatkan perkhidmatan selama 35 tahun + 3 bulan sebagai Guru Simpanan Kebangsaan (GSK). Diandaikan bertujuan murni; kerana perubahan dalam pendidikan amat perlu demi menghambat perubahan sekeliling yang mencabar keperluan negara dalam era yang sentiasa / cepat berubah. Kita terima.

Hari pembentangan ‘home work’ telah tiba.  ABM yang saya sediakan, biasa saja.  Saya belum arif lagi mengenai penyediaan ABM kerana baru saja mengajar.  Suasana di bilik kurusus itu menjadi semakin hangat apabila ‘cikgu penceramah’ mempersoalkan seorang guru yang tidak membuat ‘home work’ nya. Nada penceramah agak tinggi tapi nada cikgu yang terlibat itu bersahaja dan tersenyum selamba. 

“Macam mana saya hendak bawa mai (datang), saya mai dengan moto”  Masing bertengkar dengan hujah masing-masing padat, tapi tidak berkesan.”Cik gu bagi kereta cik gu, nanti saya p ambil dan bawak mai”.  Kata cik gu Ramli. Hujah semakin reda. “Ok kata penceramah, ambil kereta saya, pegi ambil”.  Satu penyelesaian dan menunggu pelaksanaan.

Sekembalinya cikgu Ramli ke SK Gangga dari rumahnya di Sungai Batu, semua orang terpegun melihat kecanggihan alatan mengajar yang ditukanginya.  Dengan ukirannya, kayu-kayuannya, warnanya dan dilengkapi dengan kereativiti yang agak lain dari yang lain (walaupun tidak luar biasa). Kalau tuanlah  sebagai penceramah.. bagaimana rasanya. Hebat juga pukulannya.Saya termanggu-manggu kerana saya tidak kenal perangai cik gu Ramli walaupun mengajar di satu sekolah.  Kemudian saya mengetahui yang beliau seorang guru yang pandai bertukang, suka berniaga dan bengis orangnya.

Akhir kursus KBSR itu, semua orang seronok dengan perubahan pendidikan itu kerana dijangka akan memberi impak khasnya kepada penduduk kampung sekitar Bruas, Pengkalan Baru, Sungai Batu, Kampung Kota, Dendang, Batu Hampar, Matang Acheh (sekurang-kurangnya), negara amnya… walaupun mereka terpaksa berkorban.  Penceramah tersebut juga turut terkorban .. kerana cepat melatah yang tak bertempat itu.

Kita tidak nafikan yang kita memerlukan perubahan pendidikan. Perubahan memerlukan pengorbanan.  Perubahan dalam pendidikan memerlukan pengorbanan yang sangat besar kerana melibatkan terlalu banyak pihak. Dengan pengorbananlah sesuatu kejayaan dapat dicapai.  Semua orang perlu berkorban.  Tapi perlukah kita kira berapa ramai dan siapa pula yang terkorban dalam pengorbabnan itu ?  Nampaknya ada pihak yang sedang mengira orang yang terkorban dan jumlahnya ?

Perubahan PPSMI juga ada episod pengorbanannya, kerana daripada TIADA kepada ADA  dan dari ADA kepada TIADA …..pulaa. ….. semua kena tahanlah kerana, cikgu tetap cikgu…sampai pencen pun, cikgu lagi.

…..gbpencen  (1)…. tak lama lepas itu, cikgu Ramli tumbuk orang kampung Panchor sampai berdarah kepala masa saya sedang main bolasepak…..(penceramah KBSR itu memang bernasib baik ).

…..gbpencen (2)…. nak tulis PPSMI dimansuh(2) : sama tapi tak serupa.

6 Responses leave one →
  1. July 14, 2009

    Salam tuan. Menarik dan tertarik penceritaan tuan sbg guru permulaan. Mengenali dunia pendidikan dan watak2 manusia dalam kelompok pendidikan.. Itu Cikgu Ramli Saad dr Sungai Batu ke?

  2. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    July 14, 2009

    Selamat Petang Cikgu,
    Mmmmmmm…Vespa.
    Teringat dengan cikgu saya di sekolah rendah dahulu.
    Zaman yang penuh dengan nostalgia.
    Zaman Pakcik Kordi dengan baju kekunig-kuningan.
    Zaman budak sekolah kampung dapat 5A boleh dibilang.
    Zaman konda kondi bukan PSP.
    Zaman rotan masih laku, boleh wakil guru.
    Zaman kasut plastik tak perlu kapur sewaktu cuti
    Zaman lampu gas dan jakun melihat lampu bandar
    Zaman mandi telaga bukan shower ada water heater
    Zaman cikgu
    Zaman saya baru nak keluar dari ketiak mak.
    Zaman saya baru nak mengenal ABC.

    Cikgu selalu mengingatkan tentang asal usul dan siapa diri saya. Buat Cikgu , teruskanlah menulis untuk saya yang kadang-kadang terlupa dengan bumi yang dipijak ini.

    Terima Kasih Cikgu

  3. July 14, 2009

    Saya lah di antara guru-guru yang terlibat secara langsung dengan PPSMI ini kerana mengajar subjek sains. Tapi, saya pun ikut aje lah…. Saya Yang Menurut Perintah…..

  4. July 14, 2009

    Ramli bin apa saya dah lupa En Azlin, nama manjanya Ramli Mat Loceng. Ramli bin Ahmad kot, la ni dok jual ikan.
    Terima kasih Aziz and cik gu Ina.
    Selamat malam.

  5. July 15, 2009

    JIka disebut gelarannya, memang kenal sesangat. Masih ada dan memang berniaga ikan dan pelbagai jenis perniagaan berteraskan pertanian di Sg Batu. Juga salah seorang imam di Masjis Sg Batu…

  6. July 17, 2009

    Alhamdullilah. Nak jumpa dia nanti. Dah jadi imam pun dia.. saya baru jadi siak surau.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 2 + 2 ?
Please leave these two fields as-is: