Skip to content

PPSMI dimansuh (3): Yang boleh, boleh. Yang tak boleh..

2009 July 20
by Guru Besar Pencen

Saya menamatkan perkhidmatan sebagai guru (GSK) menjelang cuti separa semester.  Sedikit analisa saya buat selepas PKSR 1. Oleh sebab ianya PKSR maka pencapaian keseluruhan darjah – meningkat. Rata-rata murid Tahun 4 (B) Bijak menguasi nama-nama objek Sains dalam Bahasa Inggeris. Bila ‘diayatkan’ istilah-istilah ini, penguasaan perbendaharaan kata mereka mula merosot tetapi kefahaman mereka masih ada. Sebahagian murid Tahun 5 (A) Bestari menguasai semuanya, kerana mereka dari kalangan murid yang beribubapakan golongan sederhana.  Murid yang berwariskan  golongan ‘istimewa’ penguasaannya seperti tahap murid 4 Bijak (di atas)…. juga. Manakala murid dari Tahun 3 (B)  Bijak sedang bermain-main dengan perbendaharaan kata Sains dalam Bahasa Inggeris namun (dengan sedihnya.. ) tidak lama lagi mereka akan beransur-ansur meninggalkan perbendaharaan kata  bahasa ini DAN pada tahun 2012 mereka akan menjawab soalan UPSR Sains ( BUKAN science) dalam Bahasa Melayu (tapi boleh pula / juga jawab dalam Bahasa Inggeris (?) )

Hakikatnya ianya akan dimansuhkan.  10% gaji guru mengajar PPSMI juga akan dimansuhkan (?) (guru-guru bolehlah mula membuat ‘kira-kira’ apabila isentif ini dimansuhkan)

Tidak juga sia-sia selama ini saya bergelumang dalam Bahasa Inggeris.  Sebelum ini saya juga termalu-malu untuk menggunakannya.  Walhal bukannya susah untuk menguasai komunikasi bahasa ini di sekolah kerana darjah kemahiran berbahasa murid juga masih di tahap awal. Saya tidak dapat menafikan bahawa ‘menguasai’ Bahasa Inggeris akan dapat membantu kita dalam banyak aspek.

Oleh yang demikian, pada anak-anak murid kita, ada  atau tiada PPSMI ini pada mereka, sama saja.  Mereka akan tetap meneruskan kepatuhan mereka (dengan resmi mereka) untuk berlajar seperti sekian kalinya. Proses berlajar mereka akan tetap sama.  Yang menjadi ISU sebenarnya ialah dari dikalangan cerdik pandai, orang politik, pemimpin NGO dan sebagainya.  Murid pandai, murid bodoh tetap ada.  Guru rajin, guru malas tetap ada. Murid yang boleh sememangnya boleh, murid yang tak boleh memang akan diperkatakan oleh guru sebagai murid yang tak boleh. Akan tetap juga ada murid yang dapat 5A dan ada yang dapat 5E dan ada murid  (jarang-jarang) yang langsung tidak mahu hadir di hari UPSR.

Saya lebih senang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu kerana dulu pun saya belajar dalam Bahasa Melayu dan dari dulu pun mengajar dalam Bahasa Melayu.  Berkembangnya era pendidikan dan komunikasi negara, maka penguasaan Bahasa Inggeris saya turut berkembang juga. Rasanya kalau saya bercakap orang putih, 90 peratus orang putih itu akan faham percakapan saya (walaupun kurang betul).

Matematik akan terus berkomunikasi dengan angka walau apa pun bahasa yang digunakan. Walaupun ianya di dalam Bahasa Inggeris, ianya akan membantu perbendaharaan kata. Selepas ini murid akan selesa tanpa cabaran.  Pembelajaran akan lebih bertumpu,  kerana hanya belajar Sains / Matematik sahaja:  tidak lagi kena belajar Sains / Matematik dan Bahasa Inggeris.  Begitu juga dengan gurunya.

Difahamkan P&P Bahasa Inggeris akan di naik taraf lagi.  Mungkin ini gelombang naik taraf II kerana sebelum ini 10% insentif kenaikan gaji diberi kepada guru Bahasa Inggeris. Selepas ini golombang ini akan sekali lagi memukul, mungkin 25%, kerana ‘trend’ sekarang semuanya boleh diuruskan dengan perolehan kewangan yang melimpah.  Harapan seluruh ‘rakyat’ pencapaian Bahasa Inggeris akan lebih meningkat dari semasa insentif I dulu. Murid boleh menggunakannya sebagai bahasa Komunikasi di sekolah.

Saya berselera sekali untuk mencoretkan mengenai guru Bahasa Inggeris (Isentif 10%) di sekolah rendah.  Dan Makmal Bahasa Inggeris yang lengkap juga akan disediakan. Satu lagi penemuan baru dalam era pendidikan negara tentu seronok kita mengikuti perkembangan perubahan ini nanti.

Apa pun perubahan, naik taraf dan sebagainya yang dirangka, murid tetap saya bahagikan kepada 4 kategori : pandai, sederhana, tak pandai, bermasaalah. Adakah mereka ini diberi perhatian yang sewajarnya ? (oleh …… ???)  Disinilah asas kejayaan (kot-kot …. kita boleh atau mahu banggakan nanti).

SAYA .. sokong pun tidak, bantah pun tidak,  kerana kita semua mesti patuh kepada perubahan yang dibuat (tak boleh tak patuh) tapi sejauh mana kita mengadaptasi perubahan ini demi meminimakan kan murid yang tak pandai dan bermasaalah dan mengotimakan murid yang pandai dan sederhana.

…gbpencen… selalu mendekati murid yang tak pandai dan bermasaalah…

7 Responses leave one →
  1. TeacherSRI permalink
    July 20, 2009

    Salam,
    Betul jugak analisa cikgu…mampu mencetus refleksi tapi adakah kita hanya mampu melihat arus itu terus berlaku…dan masalah tidak jugak dpt diselesaikan sampai bila-bila?Maksud saya mengklasifikasikan 4 kategori pelajar tersebut.Adakah roda putaran ini akan terus berputar?Tidakkah ada apa-apa langkah yang boleh kita lakukan…contohnya sasterawan A.Samad Said memprotes dengan menyimpan jambangnya…! Bagaimana ye?siapa akan dengar suara-suara sumbang kite…

  2. TeacherSRI permalink
    July 20, 2009

    Salam,
    Sambung sikit lagi cikgu…ari ni saya “capek’….pagi tadi disekolah ada sambutan penutup bulan sukan negara,maka bersenamrobiklah seluruh rakyat jelata sekolah.Aktiviti habis jam 9.00 pg.Saya masuk kelas 1 jam 9.40-10.55,kelas 2 dari jam 11.15-12.25 dan kelas 3 jam 1.00-2.10ptg…petang pula kelas tambahan 1, jam 3.00-400ptg, kelas tambahan 2, jam 4.00-5.00ptg…itu pun saya pendekkan sikit.jam 5.00-6.30ptg kelas tuisyen sendiri dan jam 8.00-9.30mlm kelas tuisyen sendiri. jugak..saya sebak bila memandu pulang kerumah…mengenangkan kerja tambahan yang kena dibuat…tidak dibuat gaji tidak cukup cikgu…apa rahsia ketabahan cikgu???

  3. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    July 22, 2009

    Selamat Tengahari Cikgu,
    Minggu lepas semua ibubapa@penjaga mendapat surat dari PIBG, seperti yang dipersetujui oleh semua, meminta ibubapa memberi undi mereka samada sekloah anak saya akan meneruskan PSMI atau tiadak.
    Sekali lagi Majoriti akan menang. Kami tau pihak sekolah lebih berat kepada pembelajaran dalam bahasa Inggeris@English. Saya, bagi saya undi adalah rahsia tapi rupa dan jiwa saya tak dapat menyembunyikan rahasia gamaknya.
    Apapun saya tetap berpegang pada Bahasa JIwa Bangsa.
    Terima Kasih anak cucu minta tumpang lalu.

  4. July 24, 2009

    TeacherSRI: Kalau teacher mengajar sampai gitu sekali ‘pack’nya.. memang saya ‘tabik’ lah. Keikhlasan itu ada ganjarannya. Pasti ada kerana saya sudah merasainya. Membina kehidupan manusia sempurna terletak di tangan guru yang waras pada anak bangsa yang di didiknya. 4 katagori murid merupakan cabaran guru yang paling ‘usang’ .. bermaksud itulah asas penumpuan kecemerlangan. jika tidak .. ada diantaranya akan terus hanyut…
    Terima kasih atas kesetiaan teacher..

  5. July 24, 2009

    Dalam Blog Che Det, peratusan yang menyokong supaya PPSMI diteruskan sangat tinggi.

    Pada saya, ada pun boleh, tiada pun sama kerana murid itu tidak penting, mereka akan terus belajar tapi strategi pelaksanannya dan karenah disebalik birokrasi itu yang mengadu dombakan banyak pihak.

    Yang mengundi di Blog Tun adalah orang yang berkemarihan ICT (siapa ?). Orang yang tiada internet (siapa ?) tidak berpeluang untuk mengundi. Kalau orang ini mengundi (apa akan jadi?) – rankingnya akan berubah / tidak berubah (?)

  6. August 5, 2009

    Pada saya pun tak kisah nak ajar dalam bahasa apa asalkan faham konsep dan formula. Tapi saya pelikla jugak bila PPSMI dilaksana saya yg mengajar prasekolah ni jadi confuse nak ajar dlm bhs apa sebabnya syllabus prasekolah masih BM tapi problem bila naik thn 1 ajar dlm BI. Akhirnya saya tak kisah bahasa apa asalkan murid2 saya tau guna simbol2 dlm math dan faham konsep dlm sains. maybe ada org kata ajar pra senang je….tak kisahla kan asalkan saya bahagia…….

  7. August 6, 2009

    Saya ‘alert’ perkara ini pada suatu masa dulu. Terlepas pandang perkara ini oleh KPM kerana terlalu dibebankan dengan perubahan. Guru sebenarnya ‘boleh’ mengubah sendiri kerana guru bukanlah orang ‘biasa’ – ianya insan istimewa – yang mengajar tulis dan baca. Terima kasih.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 4 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: