Skip to content

PPD datang, Guru Besar lari …

2009 August 10
by Guru Besar Pencen

Saya dan semua orang tidak dapat menafikan bahawa dengan menjawat tanggungjawab sebagai Guru Besar (GB) memang berat.  Semua kena tanggung dan semua kena jawab. Alang-alang sabar, LARI.  Memikul tanggungjawab besar inilah yang membuatkan berbagai bagai ragam  berlaku.  Samaada gagal, tak faham, tak sempat, tak boleh, tak pandai, tak cerdik, tak mahu berubah, tak mahu belajar, malas, takut, tak berani dan banyak lagi yang menyebabkan ramai GB menghadapi tekanan.

Akhirnya banyak tindakan GB yang dapat dilihat dan disaksikan diluar jangkaan .  Tindakan berbagai itu berlaku – datangnya dari GB itu sendiri.  Prasarana , murid, pihak atasan dan guru disesebuah sekolah adalah sama sahaja di semua sekolah.  Tentu ada yang mempertikaikan bahawa semua guru di sekolah tidak sama diantara satu sekolah dengan yang  lain, tapi saya tetap menyatakan sama kerana ‘masaalah sekolah memang ada di mana-mana.  Yang saya yakin;  membezakan antara satu sekolah dengan yang lain ialah – warisnya, masyarakatnya, sosio ekonominya dan Guru Besarnya.

Setelah sekian lama tidak bertemu dengannya, kesempatan itu saya gunakan untuk bertanya di sekolah mana dia berada sekarang.  Seperti  biasa dia yang tidak mesra dengan saya lantas menjawab,  dia telah bertukar sekolah.  Menjawab soalan lanjut dari saya dia menyatakan yang dia sudah tidak tahan dengan Guru Besarnya,  Juga dia menyatakan walaupun tidak berpangkat (PK 1) lagi di sekolah baru, tetapi dia berpuashati dengan sekolah itu. Seperti dia ‘terlepas’ sesuatu yang amat menyulitkanya.

Klimaks kepada perbualan ringkas itu dia menyatakan pada suatu hari Pengawai Pelajaran Daerah telah datang ke sekolah berserta rombongannya. Dengan tak disangka-sangka (olehnya) Guru Besarnya (yang saya kenal) telah lari keluar ikut pintu pagar belakang.  Maka tinggallah dia (PK 1) berhadapan dengan PPD.  Saya tidak pula bertanya pula mengapa Guru Besarnya ‘lari’ ?. Walau bagaimanapun andaian yang saya buat mungkin ada antara tugasan yang tidak sempat diselesaikan.  Dia berkata benar. Saya percaya Cikgu Ann (bukan nama sebenar) tidak bohongkan saya. 

Sekiranya ada sesuatu yang kurang ketika lawatan mengejut sebegini, sudah tentu memenatkan – sesiapa saja.  Lebih penat lagi sekiranya Guru Besar yang menghalusi tugasan  (tapi belum sempat atau tidak diselesaikan atau di dokumentasikan).  Bila berhadapan dengan lawatan tinjauan oleh pihak atasan (seperti disebutkan tadi) – mahu PK1 ikut lari bersama Guru Besar. Pada anggapan saya, cikgu Ann mungkin tidak tergamak untuk ‘lari’ tetapi saya yakin dia bukanlah orangnya yang akan menjadi pelarian di arena sendiri.  Saya faham bahawa dia hanya tidak bersedia untuk menguasai situasi dimana ketika itu (mungkin) ada sesuatu kekurangan ketika kunjungan PPD tersebut. Yang paling dikesali, Guru Besar ‘lari’ meninggalkanya; Nakhoda terjun ke laut meninggalkan kapal (?)

Sebelum itu,  pada suatu masa,  saya pernah terserempak PK 1 ini menghantar Guru Besarnya  pergi naik bas untuk berkursus. Pernah  juga beliau bersungut bahawa arahan GB ini tidak terbatas kepada tugasan harian rasmi sahaja tetapi menjangkau ke aspek peribadi dan keselesaan beliau sendiri.  Mungkin jawatannya yang berpengaruh (di sekolah) menuntut beliau sepatutnya berada di dalam keadaan selesa. Kebetulan saya bersama dengan rombongan tersebut.  Oleh sebab kereta saya kereta lama, saya meletakkannya di tempat berkumpul menaiki bas sehingga saya pulang dari kursus.

Guru Besar ini secara senyap (kononnya) mengagumi saya (maaf – angkat bakul) Dia tahu saya boleh membuat tugasan(mungkin ada kelebihan darinya dalam sesuatu hal – bukan semua). Kerana beliau  pernah menyatakan kepada saya pada suatu hari :  “Hang memang boleh buat kerja, tapi kerja hang semua hang tak tunjuk, macam mana orang nak kenal hang?’.  Ungkapan itu amat membanggakan saya dan masih jelas dalam ingatan saya.  Saya anggapnya sebagai satu penghargaan dan kemenangan kepada prinsip saya. Dia memang hebat- memerhati – saya. ‘aku, kerja aku aku tunjuk ..  ‘ katanya lagi (mungkin maksudnya – baru orang di JPN / PPD nampak)

GB ini memang dikenali ramai  kerana pada akhirnya beliau telah sampai ke puncak perjawatannya.  Duduk sebaris dengan kepimpinan tertinggi di JPN.  Bergerak ke sana -sini untuk memperkasa pendidikan.  Menjalankan pelbagai program untuk di laksanakan oleh sekolah.  ‘Tahniah atas pencapaian tuan’  bisik hati kecil saya, ‘Tuan telah berjaya menunjukkan kerja tuan kepada tuan-tuan kita dan hasrat telah termakbul, tuan suka dengan stail kerja tuan dan (tuan-tuan)  juga suka dengan kerja tuan ini’

Saya memang ‘mengata’.  Apa yang saya kata ialah sesiapa yang berada dipuncak kuasa mempunyai berbagai peluang yang terhidang.  Samada mahu atau tidak kita menggunakannya untuk diri kita.  Atau lebih baik kita gunakan bukan untuk kita tetapi untuk pelanggan-pelanggan kita, termasuk guru kita, dan waris yang memerlukan kita. Selain itu, hadapi bersama apa saja rintangan bersama seluruh warga sekolah kecuali warga sekolah enggan bersama menghadapi rintangan itu (mengapa ?)

…gbpencen…masih panggil guru sekolah lama lagi bila minyak moto (ter) habis di tengah jalan. 

3 Responses leave one →
  1. teachersri permalink
    August 10, 2009

    Sakam,
    Mengapa perlu GB lari…berdasarkan pengalaman saya…golongan PPD ini hanya berani melawat sekolah rendah je..sekolah menengah depa payah nak datang melawat.Lagi parah lagi kalau puak-puak PPD ini kawan-kawan mereka jugak..depa relax saja mai sekolah menengah…cikgu Gbpencen komen sikit!

  2. lin permalink
    August 10, 2009

    assalamualaykum.. menarik cerita cikgu kali ni.. sejak pertama kali saya mula menjejak kaki ke sekolah (sbg guru), saya memang tercari guru besar (ketua). bukan untuk perkenalkan diri tapi untuk melihatkan orangnya.. kerana saya pasti setiap orang yg dilantik sebagai ketua, pasti hebat.. pasti saya akan belajar lebih banyak lagi dr blog cg.. terima kasih. ‘The highest reward for a person’s toil is not what they get for it, but what they become by it.’

  3. August 11, 2009

    Lin and TeacherSri : Pada saya semuanya akan berjalan di sekolah dengan baik seadanya melainkan jika matlamat dan prinsip sedikit tersasar. Sungguhpun kita hidup mempunyai citarasa yang tinggi tetapi tidaklah sama sekali kita harus menjadikan citarasa itu nafsu. Mengangkat martabat diri (pada saya) adalah anugerah yang akan diterima (kemudiannya – jika ada) bukanya dengan memperkecilkan orang lain untuk menonjolkan diri sendiri. Kadang kala dikalangan kita menjadikan rakan sendiri sebagai batu loncatan untuk mencapai kecemerlangan kegemilangan dan keterbilangan, diri – ianya tidak akan kekal lama.
    PPD pun guru macam kita juga, PPD yang berkelulusan tinggi senang berurusan dengan guru yang kurang kelulusan rendah. PPD yang berkelulusan rendah segan untuk berurusan dengan yang berkelulusan tinggi. Lumrahnya darjat tentunya menjadi ukuran dan perbandingan. Walau bagaimana pun teruskan mengejar kecemerlangan diri dengan berpaksikan bahawa murid / pelajar kita adalah pelanggan yang pada suatu masa akan menganugerahkan ‘butir-butir permata yang bertaburan’ kepada cikgu nya. Terima kasih cikgu.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 9 + 13 ?
Please leave these two fields as-is: