Skip to content

GB Kilang – Guru Besar Perempuan.

2009 September 28
by Guru Besar Pencen

Coretan terdahulu memperkenalkan profesion baru saya  sebagai pekerja pengurusan terendah di sebuah kilang.  Kini masih bekerja dengan sedikit tambahan ‘item’ dalam senarai tugas.  Masuk jam 10.00 pagi, balik jam 3.00 petang cukup untuk tambah duit ‘top up’ dengan duit ‘ikan’.  Alhamdullilah,  terisi juga masa lapang saya untuk mengelak ‘bergocoh’ dengan bini jika panjang sangat masa di rumah terutama di bulan Ramadhan ini.

Perempuan, lelaki sama-sama bekerja untuk ‘mencari makan’.  Pada hemat saya (dipersetujui oleh tokeh – cina, saya) pengisian pekerja tempatan (komuniti melayu) di premisnya adalah perlu untuk melengkap sumbangan sosialnya supaya tidak dikabui oleh pandangan masayarakat setempat padahal menggajikan pekerja asing lebih menguntungkan.  Pekerja asing tekun bekerja kerana segala tumpuan hanya kepada pekerjaan masing-masing saja, gaji pula murah.  Pekerja tempatan banyak komitmen, keluarga, sakit, kematian, keagamaan dan kemasyarakatan selain dari hiburan dan sosial yang lain.

Usia bekerja Pn Seri M (Namanya sebenar ialah Seri M….) sama dengan usia kilang itu diasaskan. Selama ini dia diberi kepercayaan penuh oleh taukeh (tokeh) kilang tersebut.  Banyak kemudahan yang diberikan kepadanya disitu.  Gajinya sebualan termasuk ‘over time’ tidak sampai RM900. Walaupun begitu dia selalu mendabik dada atas kekuasaan (yang diberi kepadanya) mengawal pengeluaran, mengawal pekerja tempatan dan asing.  Kemudahannya  berkomunikasi dengan tokeh merangsangnya membuat berbagai-bagai laporan yang tidak menyenangkan pekerja di situ. Cakapnya juga kadang-kadang ‘tidak berlapik’ .  Oleh yang demikian maka timbullah bibit-bibit tidak puashati yang memutikkan  pertelingkahan di kalangan pekerja kilang itu terutamanya pemandu-pemandu lori yang keletihan membawa barangan sepanjang hari dan kemudiannya ‘terpaksa’ membantu operasi pengeluaran. Pn Seri M adalah Guru Besar di kilang itu.

‘Saya atau dia’ merupakan kata dua Pn Seri M kepada tokeh yang mana menyebabkan Sari (pekerja tempatan, melayu, lelaki) di buang kerja. Kemarahan rakan sekerja yang lain memuncak kerana angkara Pn Seri M menyebabkan Sari dibuang kerja. Selain dari Pn Seri M, pemandu-pemandu lori juga menjadi harapan tokeh. Meraka juga naik berang.  Salah seorang pemandu tersebut (Dika namanya) amat disenangi tokeh kerana sanggup mendahulukan wang sakunya untuk menyelesaikan masaalah kilang.  Amaun pendahuluannya kepada tokeh mencecah hingga3 ribu ringgit.  Dika  inilah yang paling berang.

Selang beberapa hari pemandu harapan tokeh itu pula memberi kata dua kepada Tokeh . ‘Saya atau dia’ .. ‘Pn Seri M atau Dika’.. Tokeh sudah serba salah.  Akhirnya tokeh cina ini memilih untuk mengekalkan pemandu harapannya di kilang itu dan bersedia memberi laluan keluar kepada Pn Seri M.  Kini Pn Seri M dalam dilema.  Semua kemudahan yang diberi secara beransur-ansur ditarik balik.  Tokeh sudah tidak bertegur sapa dengannya.  Tanpa dia, perniagaan dapat berjalan.  Tanpa pemandu harapan, barang pengeluaran susah untuk dijual. Akhirnya Pn Seri M ditunjuk laluan keluar dari kilang tempat saya bekerja itu.

Di sekolah terdapat ramai Guru Besar perempuan. Sepanjang saya bertugas,  ramai rakan-rakan GB terdiri dari GB perempuan.  Secara ikhlas saya menerima banyak komen dari guru bahkan ramai diantara PK lelaki yang tidak menyenangi GB perempuan (walaupun bukan semua). Terdapat ramai pekerja yang susah untuk berurusan dengan GB perempuan. Kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah punca timbul masalah GB dengan kakitangan / guru bawahan. Mereka seringkalai memperincikan arahan yang diterima dan JPN / PPD secara langsung tanpa kompromi.  Dalam arahan yang sebegini, budi bicaara merupakan aspek penting ketika membuat arahan.  Ada diantaranya mempunyai kebolehan mengurus yang rendah disebabkan kurang pengetahuan (sebelum ini) untuk menguruskan  kerja-kerja asas harian seperti kegagalan prasarana di sekolahnya –  kerosakan, pembaikan, pembinaan, kemudahan letrik, air dan sebagainya.  Perkara-perkara seperti ini adalah penting dalam memperkasakan kebolehan mengurus.

Selain dari itu, pengalaman lalu dalam pengurusan sumber manusia juga penting. Ianya tidak diajar dengan cara khusus bila menjawat jawatan GB sebaliknya perlu dipelajari melalui pengalaman lalu ketika menjadi PK atau ketika melibatkan diri dalam organisasi lain  didalam atau diluar skop pendidikan. Pengurusan sistem pejabat dan lain-lain sistem di sekolah dengan berkesan dapat membantu meminima rasa tidak puashati orang bawahan kita. Selain itu, GB tidak boleh angkuh dan sombong.  Saya ‘ketua’, saya ‘Guru Besar’, saya ‘tahu’, saya … saya … semua saya (hebat), juga tidak membantu tetapi kata-kata yang lebih berhemah dengan raut wajah yang sering menyelesaikan masaalah menyebabkan tidak timbul banyak masaalah.

Sungguhpun nasib GB perempuan ini tidak seperti nasib Pn Seri M tetapi didapati ramai GB perempuan yang menukarkan PKnya, berulang-alik ke PPD mengadu hal guru di bawahnya, meronta-ronta untuk menukarkan guru masing-masing, bermasam muka dengan staf dan sebagainya.  Ini berlaku kerana GB ini tidak dapat menguruskan masaalah yang timbul di sekolahnya.  Tidak dapat dinafikan ada GB lelaki pun yang seperti itu (termasuk saya).

Walau bagaimanapun ‘wajarkah saya menyatakan’ perempuan, tetap perempuan.

…gbpencen…banyak cerita ‘ragam’ GB perempuan, maupun GB lelaki yang ingin dicoretkan , tambahan ragam GBpencen (lebih teruk ) lebih banyak untuk dicoretkan.

4 Responses leave one →
  1. September 29, 2009

    ceritalah lagi…
    seronok mendengar cerita dari orang yang berpengalaman luas seperti tuan..

  2. September 29, 2009

    Alhamdulillah setakat saya jd guru saya pernah bertugas di bawah seorg pengetua dan sorang GB perempuan yg memang ok sgt…

  3. pulut permalink
    September 29, 2009

    Salam GBP…

    Terlebih dahulu salam syawal buat GBP sekeluarga. Maaf ucapan yang agak terlambat tapi kita masih dalam mood raya lagi kan..

    Saya pernah bekerja dibawah pentadbiran GB lelaki dan wanita. Masing-masing ada pro dan kontranya. Saya selalu beranggapan bahawa GB lelaki selalu terlepas pandang (maaf) tentang hal ehwal sekolah, kurang titkberatkan keceriaan dan sebagainya. Namun begitu tanggapan saya salah kerana saya pernah bekerja bersama dengan GB lelaki yang begitu menitikberatkan semua aspek yang saya katakan terkurang tadi. Semua perjalanan sekolah sebolehnya mahu diuruskan dengan sesempurna mungkin lengkap bersama dokumentasi yang mantap. Tahniah.
    Saya juga beranggapan GB wanita lebih fussy orangnya, selalu memikirkan perkara remeh temeh, selalu ingin menceriakan sekolah sedangkan keceriaan murid sendiri terabai. Namun, saya pernah bekerja dibawah seorang GB wanita yang tidak pernah ambil tahu hal ehwal sekolah sebaliknya datang ke sekolah (on time), masuk biliknya dan keluar semula setibanya waktu pulang (on time).

    Kesimpulannya, tidak kira samada lelaki atau wanita, bagi saya sama sahaja. Semuanya bergantung siapa yang boleh mengepalai sesebuah sekolah dengan baik dan boleh memahami keadaan murid, sekolah, staf.

    ~lebih suka bekerja dibawah pentadbiran GB lelaki, senang dibawa berbincang, tidak emo~

  4. iryani permalink
    October 6, 2009

    tk suka bekerja di bawah supervisor perempuan walaupun sy sendiri perempuan 🙂

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: