2 biji capati, 80 orang murid.
Sekali (1) saya benarkan, 10 kali mereka akan membalas kebenaran yang saya berikan. Dan kalau ada guru yang 10 kali saya memberi kebenaran untuk menyelesaikan masalah peribadinya (semasa P&P) tetapi masih tidak mahu sekalipun dia tidak mahu membantu saya – tentunya saya atau guru itu ada masaalah . Bagaimana menanganinya juga akan menghadapi masaalah besar juga.
Pagi itu saya menerima sms dari Aa’an (bukan nama sebenar) untuk memberitahu saya (bukan minta kebenaran dari saya ) yang dia akan datang lewat ke sekolah untuk memberi perkhidmatan kepada datuknya yang sedang sakit di rumah. Kebenaran saya beri, kerana kalau tidak mendapat kebenaran pun dia akan datang lewat juga – selalunya – dengan berbagai-bagai alasan. Saya berminat untuk mendapat penjelasan lanjut darinya walaupun saya (tahu) akan membuang masa mendengar penjelasan itu. Ianya nyata tidak menghampakan saya.
Kehadirannya kira-kira jam 10.00 pagi, beliau dengan berhemah sekali datang ke pejabat untuk berjumpa saya. Dia menyatakan yang dia terpaksa membelikan 2 biji capati untuk datuknya yang terlalu teringin untuk memakannya pagi itu. Terima kasih atas kehadiran anda, itu saja yang dapat saya luahkan namun hati pengurus kecil terasa juga kehibaannya, kerana sudah hampir 3 jam Aa’an meninggalkan murid-murid di kelasnya (walaupun berjadual ganti)
Dapatkah diganti 2 biji capati dengan (2) kelas murid-murid dengan seramai (80) orang ramainya ? Saya terus membuat pengiraan matematikal : (2) capati, (80) murid, RM50.00 gaji dalam masa 3 jam, 3 jam meninggalkan kelas, 2 orang guru ganti, 55 rasa hati guru dan (1) orang pengurus yang tidak sampai hati. Hanya semata-mata untuk menepati keinginan capati, juga rasa hiba di hati kerana tidak dapat menepati tuntutan 80 orang murid yang hadir (dihantar oleh waris, yang tak sempat makan pagi, yang meggalas beg yang berat) dengan penuh harapan. Wajarkah saya dan wajarkah Aa’an memainkan sandiwara ini ?
Ianya sekadar cerita renungan … di perhatikan ada diantaranya yang telah membudayakan berbagai-bagai budaya demi untuk keselesaan diri semasa P&P sedang berjalan.
…. kepada guru-guru semua – bagaimana (?) untuk mengimbangkan antara, urgent, importan dan KIV. Kalau urgent, tentunya tidak dapat dielakkan dan kalau selalu sangat urgent tentunya kita ingin bertanya bagaimana kita menguruskan masa pada waktu petang (untuk guru yang mengajar pagi), Kalau important, tidakkah ada alternatif lain untuk mengatasinya dan kalau boleh di KIV, tentunya boleh dilakukan pada waktu pagi (oleh guru-guru yang mengajar petang) – dan sebaliknya. Kalau ….
…kalau … kalau keutamaan menjadi tugas, kalau tugas menjadi tanggungjawab dan kalau tanggungjawab menjadi kewajipan semuanya masih boleh diuruskan dengan baik melainkan kepada guru yang ada masaalah atau ada masaalah besar atau guru yang tidak dapat menyelesaikan masaalahnya secara bijaksana. Saya pernah dengar depa (orang bijaksana) berkata : ‘guru rajin mencari jalan, guru malas mencari alasan’ (saya rasa betoi kot). Kegagalan guru-guru kita menguruskan perkara-perkara ini lah …
yang menjadikan sekolah kita… dipandang sebagai bermasaalah dalam melaksanakan P&P. Jika hebat manapun Guru Besarnya beliau masih memerlukan guru-guru yang lebih hebat untuk membawa benderanya bersama dengan kapal yang dinakhodainya. Sekolah akan dipandang sebagai tempat semua pihak (mengambil kesempatan) untuk mencari kelemahan walaupun dicelah-celah kelemahan yang sedikit itu masih ada ruang-ruang kejayaan. Juga kita di sekolah telah membuka peluang kepada banyak pihak memperlekehkan kita dan kita sesama sendiri dengan kita sering tidak mengoptimumkan kerjasama bagi mencapai inspiriasi sekolah atau nakhodanya. Akhirnya sekolah berjalan seperti biasa juga dengan onak dan duri ada di merata-rata yang mana masing-masing berjalan dan berdangdut untuk mengelak duri-duri yang terbina.
..gbpencen…menari rentak ‘zapin’ (bukan berdagdut) untuk mengelak onak dan duri
Selamat Petang Cikgu,
Dalam saya mentadbir kakitangan saya di pejabat hanya dua perkatan yang selalu saya katakan. All of you can only give two things to me….one is reason..the other is execuse.
Kalau kamu lambat dan terlepas dateline dont give me an execuse give me the reason.
Alasan dan sebab adalah dua dunia yang berlainan.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan.
Selamat Berbuka
Teruskan menulis dan menabur ilmu tanpa jemu.
Terima Kasih Cikgu
Saya nak cuba terjemahkan dengan sebaiknya untuk saya memahami dengan berkesan perkataan REASON dan EXECUSE.
cikgu sedang beri sebab atau (=) sedang mencari alasan….
Terima kasih.
:: salam… cikgu “Aa’an” mungkin akan menyesal tak sudah jika permintaan datuknya itu merupakan “permintaan terakhir” dan tak tertunai olehnya, namun kelewatan itu dah dimaklumkan kepada “boss”nya… tambahan pulak dia amat yakin bahawa kelewatannya itu pasti akan ada guru ganti yang akan mengambil alih buat sementara waktu…
:: sekolah tuan adalah sekolah yang hebat… bermula daripada GBnya hinggalah kepada semua guru lain dan mungkin termasuk murid2/pelajar… suatu gabungan mantap dalam suatu organisasi…
:: kekadang peraturan tu suatu hal… dan kekadang “budi bicara” tu suatu hal lain pulak… dan perlu ada kedua2nya itu dalam mengurus manusia… tak gitu cikgu?
Terima kasih atas keperihatinan Pak Ngah, bukan semua yang didunia ini kita sempat memikirkannya, tetapi kalau ianya menjadi satu budaya untuk datang lewat ke tempat kerja, itu juga satu hal yang perlu diberi perhatian. Syukur saya kerana permintaan datuk cikgu Aa’an sempat saya tunaikan walaupun bukan permintaan terakhir. Sungguhpun begitu, semuanya saya cuba timbangkan dalam satu-satu organisasi. Sekolah saya kemudikan masih jauh kemantapannya kerana banyak ruang untuk diperbaiki tetapi peluang yang ada hanya bernoktah pada 6 Disember, 2007. Saya sambung ruang tersebut melalui peluang yang ada di : http://www.gurubesarpencen.com.
Sudikanlah bila ada masa-masa terluang kerana entri capati ini akan bersambung kalau ada komen mengenainya. Ianya juga berkait rapat dengan entri ‘Tulis dan tulisan’ Sudikanlah melayarinya.