Ulang setengah tahun di alam maya.
14hb Ogos, 2009 (HARI INI) genap enam bulan Guru Besar Pencen (GBP) berada di alam maya. Ia merupakan detik sejarah peribadi yang hanya perlukan penilaian sendiri. Berbagai perasaan bermain di hati namun ia hanya beberapa lakaran kenangan yang belum sempat di kategorikan. Merangkumi semua aspek yang menjadi kenangan – sepanjang melayari kehidupan. Ada banyak lagi lakaran entri yang sedang menunggu giliran (sementara belum ada kesempatan) sebelum kehidupan disini berakhir.
Kajian separuh penggal pertama syarikat koprat menjana keuntungan berbillion ringgit, namun kajian separuh penggal GBP menjana kenangan yang tidak ternilai harganya. Bertuah blog ini berada dalam penulisan maya walaupun tiada seindah blog-blog lain. Peluang untuk mencoret kenangan digunakan sebaiknya untuk dikongsi pada yang sudi, jika tidakpun, ianya akan menjadi diari kehidupan peribadi sepanjang zaman. Pada prinsipnya, GBP mempunyai cara tersendiri mempersembahkan coretan. Ianya didorong oleh cara GBP menguruskan keadaan – telah terbawa-bawa dengan gaya dan cara menulis di blog ini. Tidak ada apa-apa yang cuba ditonjolkan dalamnya, hanya pengalaman lalu terus mengajar kita semua – hanya itu yang mahu dikongsi.
Tidak dapat dinafikan penulisan blog mempunyai cabarannya.. Sekerdil blog ini pun mendapat komen peribadi dari rakan-rakan yang ditemui. Berbagai pandangan telah diterima namun ianya akan terus berada di maya untuk selama yang boleh. Semuanya akan dijadikan panduan untuk GBP terus memperkasakan diri dengan berpegang kepada kebenaran peribadi untuk dikongsi melalui komen (dalam entri atau bersemuka). Dengan 42 coretan (entri) bersama ‘visitors’ mencecah 2017 (14hb Ogos, 2009) bukanlah sesuatu yang isitimewa tetapi ianya satu perkiraan yang tidak menghantui saya untuk terus berada di sini. Dengan 173 komen yang sebahagiannya adalah jawapan komen dari GBP sudah cukup membanggakan saya. Terima kasih pengomen (betulkah perkataan ini).
Ramai (mungkin) pembaca (yang mengenali saya) yang tidak menurunkan komen (walaupun percuma) kerana segankan saya. Saya sedar bahawa perawakan wajah saya (yang bengis – walaupun tidak cengea) selalu menyukarkan seseorang untuk berkomunikasi dengan saya.
Sepanjang pengamatan saya di blog-blog (kebanyakan blog guru) semuanya mempunyai kemahiran yang baik dan tinggi. Banyak informasi yang boleh diperolehi bagi membantu seorang guru melayari kehidupan. Serasanya setiap orang guru harus mempunyai blognya sendiri. Sungguhpun begitu blog guru-guru yang sedia ada sudah cukup untuk mereka yang tidak punya blog menumpangnya (termasuk blog saya – GBP).
Mengunjungi blog-blog lain (yang begitu banyak sekali) terpanggil untuk memberi pendapat bahawa, kemudahan maya telah membuka ruang dan peluang kebebasan bersuara yang begitu luas. Terutamanya blog-blog politik. Ianya begitu lantang, garang tanpa di larang – menyatakan pendapat, begitu terdedahnya pemikiran seseorang sehinggakan kadangkala kita tidak dapat memikirkan hala tuju sebenar. Ada yang benar dan ada yang kita perlu berfikir lebih panjang untuk mengakurkan kebenarannya. Biarlah begitu kerana kita yakin pembaca semua mempunyai citarasa dan prinsip sendiri untuk menerima atau menolaknya.
Apa pun, ‘sebagai pelayan kecil tanah airnya’ masih juga mahu (walaupun sudah berusia) bersama dalam arena sendiri, walaupun ilmu tiada seberapa tetapi bahasa masih ada, walau ceritanya cerita biasa tetapi ceritanya benar belaka, walaupun tulisan tidak semacam mana tetapi melalui pengalaman dakwat di tinta, walaupun sedikit pengalaman ditimba tetapi hakikat ingin dikongsi bersama, walaupun …
…gbpencen…..hanya seorang guru biasa, yang mengajar tulis dan baca …(usmanawang)
keep it up my dearest father!
Selamat Tengahari Cikgu,
Lama saya tak melawat ke sini. Cuma kali ni saya nak beri satu cerita baru. mungkin satu negeri heboh dengan H1N1 tapi saya tengok di sini semua cool aje. Kami sekeluarga baru habis Self Quarantine selepas satu keluarga dilanda Demam.puncanya Wallahuallam. Cuma ada nasihat dari teman-teman doktor….Hakikatnya Kementerian telah kehabisan penawar untuk selsema yang satu ni. banyakkan makan vitamin..lebih2 lagi vitamin c.
Jauhkan diri dari tempat orang ramai.
Kami sekeluarga pun habis demam selepas makan tengahari di satu Sabtu di Ikea.
Semoga Cikgu sekeluarga di jauhi penyakit yang dikata orang angkara konspirasi biological warfares ini.
Terima Kasih Cikgu
Selamat Pagi Cikgu,
Virus demam ni sebenarnya menyebabkan kita lupa apa sebenarnya tujuan melilau ke sini. Tahniah Cikgu, 6 bulan di maya menyebar ilmu ilmu baru untuk saya pelajari. Its not half glass empty but half glass full.
Bravo.
Aziz and Iryani : Terima kasih kerana masih bersama dengan saya. Saya doakan agar di sana semuanya bertambah baik dan barang dijauhi malapetakan dari Allah ini. Ikut arahan kesihatan dari yang ‘ariff kesihatan’ (doktor). Yang saya sedang fikirkan ialah dulu JE (babi) kemudian selsema (babi). Apa kehebatan babi sebenarnya kepada orang-orang yang suka makan babi ini. Dan sanggup berperang politik kerana hendak ternak sangat babi walau pun dah ternyata (dalam quraan pun ada) bahawa binatang ini diharamkan kerana membawa bencana. Apa sebenarnya sebab mereka hendak mempertahankan babi ini. Sedap sangat ke ???
Selamat Petang Cikgu,
Ha..ha..ha..nak tergelak bila Cikgu tanya sedap sangatkah babi ni. Jawab saya…sedap. sedap di kocek, dahlah harganya mahal bila dijual, kos ternakkannya pulak tak semahal Lembu dan Kambing. Sekali beranak pun ..nah lapan ekor bukan sekor dua macam yang dua tu.
Apapun satu kenyataan yang menyedihkan kerana pemakan pemakan babi ini imunne systemnya lebih baik dari kita bila melawan bahana babi ni. Sebab itu statistiknya banyak orang kita yang menjadi mangsa dari depa.
Ok lah Cikgu , esok kita mula berpuasa….masa untuk muhasabah, masa untuk menambah pahala dan masa mengurangkan berat badan. Salam Ramadhan untuk Cikgu dan Iryani sekeluarga. Saya berkubang dengan Presentation untuk Jaya Jusco/ MacValu. nampak gaya berbuka dengan staff di pejabatlah hujung minggu ni.
Nasuhatkan orang beribadah…saya sibuk dengan Duniawi saya.
Sedap kalau dapat makan Kuih Bakar bila berbuka esok.
Terima Kasih Cikgu