Satu Pencarian : Pernikahan tanpa restu (?)
Rajmah merupakan anak ke 5 dari (6) orang adik beradik. Anak yang paling cantik, manis, mudah senyum, peramah, warak dan alim , apatah lagi sangat pandai dalam pelajaran. Sangat disenangi dan disayangi. Bila keluar saja keputusan SPM, telah melayakkannya untuk meneruskan pelajaran ke luar negara (Amerika Syarikat). Abangnya juga menuntut di sana . Pada masa itu abangnya masih menuntut Amerika Syarikat – Nebraska University. Sebelum itu, diberitahu bahawa dia selalu berpesan kepada abangnya supaya jangan tinggalkan keluarga kalau seronok di luar negara.
Setelah setahun di sana, Rajmah pulang dengan membawa banyak hadiah untuk ibu dan ayahnya nya, abang dan kakaknya, sanak saudaranya termasuk saya. Bergembiralah sekeluarga dengan kehadiran semula warga keluarga tersayang ini. Selepas sebulan bergembira di tanahair bersama keluarga, ayah dan ibunya berangkat ke Mekah, dan beberapa minggu lepas itu Rajmah terbang kembali ke Amerika tempatnya belajar.
1986 berlaku kegawatan ekonomi. Pihak MARA minta pelajarnya meneruskan pelajaran di luar negara atas dasar kalau kembali pun tiada ada pekerjaan yang boleh ditawarkan. Anak saudara saya akur; lagsung diberitakan telah berkahwin dengan lelaki berketurunan Amerika beragama Islam (katanya), sebelum sempat menamatkan pengajian ‘masternya’. Secara tersiratnya, abang saya begitu marah dengan perkahwinan itu langsung Rajmah tidak kembali ke tanah air. Betapa hancur hati ibu mengenangkan anak tersayang. Berbagai usaha di lakukan secara tradisonal atau cara ketuhanan namun Rajmah tidak kunjung tiba. Surat yang di hantar tidak di jawab, sebaliknya suratnya saja yang di terima (tanpa merujuk surat yang dihantar kepadanya) Konklusinya : keluarganya di sana menyembunyikan surat yang di terima dari Malaysia.
Rindunya ibu bukan kepalang. Rindu seorang ibu jangan dikata. Walaupun saya bukan seorang ibu (sebab tidak boleh bersalin) tetapi rindu seorang ayah pun sudah bukan kepalang hebatnya.. inikan pula ibu.. kehilangan anaknya. Sesiapa saja yang mengenali kami sekeluarga tentu akan bertanya, adakah Rajmah telah kembali ke tanah air, adakah Rajmah, adakah, adakah …
Putus sudah segala ikhtiar, si ibu terus memendam rasa, si ayah juga sudah hilang bicara. Namun doa terus mengiringinya untuk membuka pintu hati anaknya untuk mengingati mereka (ibu, ayah dan keluarga)
Walaupun hajat (seorang yang bernama ibu) untuk bertemu Rajmah, anak kesayangannya tidak kesampaian tetapi hajatnya untuk melawat Pulau Langkawi jadi kenyataan. Tidak pula diceritakan kepada saya atau saya mendengar cerita dari sesiapa yang dia memang beriya-iya untuk melawat ke Pulau Langkawi. Dengan penuh kepiluan, kepulangannya saya sambut dengan pintu rumahnya terkopak (saya yang mengopak kerana tiada siapa di rumah yang berkunci) semasa mayat kakak saya dalam perjalanan di bawa pulang dari Pulau Lagenda. Dia meninggal ketika berada di sana bersama sebahagian anak, menantu dan cucu-cucunya, juga bersama suaminya (abang saya, juga seorang gbpencen).
Ibu pergi dengan membawa bersama kerinduan yang bukan kepalang. Nadi berdenyut, jantung mengelombangkan perasaan sedih dan sayu. Dia jarang sekali mempamerkan kerinduan itu tapi semua tahu yang kesayuan itu telah memedihkan dadanya hingga membawa hati itu ke Pulau Lagenda. Jasadnya di kuburkan bersama kata-kata yang tersirat yang tidak mungkin di dengari oleh sesiapa sampai bila-bila.
Pengkisahan ini berakhir dengan bayaran terakhir sebanyak RM25,000.00 kepada pihak penaja pengajian (MARA). Walaupun saya serta seorang lagi merupakan penjamin kepada pengajian Rajmah tetapi abang saya yang menglangsaikannya. Konon ceritanya, suami ‘mat sallehnya’ menegaskan bahawa MARA telah engkar perjanjian awal, pulang setelah tamat pengajian tetapi meminta disambung pengajian. Adakah itu sebabnya atau itu alasannya hanya untuk berkahwin dengan.. (anak yang paling cantik, manis, mudah senyum, peramah, warak dan alim , apatah lagi sangat pandai dalam pelajaran)
23 tahun telah berlalu Rajmah meninggalkan tanahairnya. Kini diberitakan Rajmah sudah beranak dua. Diberitakan bekerja sebagai guru Matematik di sana (USA). Berita dan maklumat kadang-kadang ada kadang-kadang terputus. E-mail mula berjawab kemudian hilang di telan alam maya. Semoga bicara kudus di petang Ramadhan ini semoga sampai ke pelusok semesta, moga hati anak sekeras pepejal di bukit itu akan rapuh ditelan bayangan 2 pasang nesan kaku di pusara ibu … di pusara ayah… nya, di pagi raya nanti.
…gbpencen… USA entah di mana – pakai baju panas (University Machigan) hadiah dari Rajmah ….. sampai hancur.
salam.. sayu sya mmbaca kisah ni.. hmpir nak mnitis air mata.. cerita yg melibatkan tali kekeluargaan.. antara ibu, anak dan ayah.. saya di sini terasa ingin berdoa smga rajmah kembali mnemui kluarga..dan mendengar kisah ini..
lin : simpati sudah cukup memadai, Rajmah makin dilupakan adik beradiknya, nukilan ini khas untuk sanak saudara, rakan taulan, kawan rakan, sahabat handai moga boleh dijadikan sempadan .. pepatah lama menyatakan : kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah di duga..
Siap .. atau siap-siap nak beraya …
Selamat mengakhiran Ramadhan.. (du’a : semoga nama kita tersenarai di Ramadhan akan datang)
Sedihnya baca kisah ni….lebih sedih dari iklan-iklan raya tu. semoga dia akan kembali juga…