Raya masuk hutan.
Orang la (sekarang) ni bagus.. raya tak masuk hutan.
Begitulah salah satu antara ratusan ungkapan yang diucapkan oleh arwah emak saya yang saya tidak dapat lupakan. Dia seorang yang tidak berpelajaran tetapi (pada saya) penuh dengan pengalaman. Mutiara katanya terpahat kuat dalam minda saya sepanjang zaman. Sinis dan bermakna serta berpengajaran.
Seperti cerita sebelumnya, orang dulu-dulu tidak sekuat amalan agamanya seperti orang sekarang. Berkoyan-koyan cerita bomoh membomoh, kurafat, mistik, maksiat dan ada juga menjurus kepada perkara syirik sering diperdengarkan oleh emak kepada saya. Hari ini cerita itu diperdengarkan kembali melalui rakaman kerinduan saya kepada emak terutama menjelang hari raya.
‘Pak hang dulu, bila raya semua masuk hutan” Semua membawa maksud : dia (bapa saya) berserta kawan-kawannya ketika usia muda. Mereka semua akan masuk ke hutan untuk berjudi menjelang hari raya sehinggalah beberapa hari raya berikutnya; ataupun sehingga kehabisan wang. Berjudi di hari raya hanyalah sebagai hobi biasa atau kemestian di hari raya, bukanlah sampai menjadi kaki judi. Ia dianggap sebagai satu kemestian dalam aturcara hari raya pada orang-orang muda ketika itu.
Menjawab soalan saya, emak menyatakan tiada siapa pun akan melarang orang-orang muda ketika itu berjudi di hari raya kerana sebelum itu pun orang tua-tua juga telah melakukan perkara sedemikian semasa mereka muda. Tradisi sedemikian sudah menjadi budaya. Emak menyatakan bahawa penguatkuasaan undang-undang pun masih longgar dan tiada tindakan dibuat oleh pengamal undang-undang pada masa itu.
Mengapa perlu masuk hutan ? Jawapan : Sering diperkatakan dari dulu sehingga sekarang dan tidak dapat dinafikan bahawa orang-orang melayu (orang kampung) sangat tinggi budi bahasanya. Oleh yang demikian, keganjilan tingkah laku berjudi pada hari raya tidak di pamer di khalayak. Rasa hormat kepada orang tua dan masyarakat masih ada. Oleh itu gelanggang judi dibuka di kawasan belukar kecil yang banyak diketika itu. Emak pula hanya tersenyum ketika melakari ceritanya kepada saya; menunjukan dia juga tiada apa-apa halangan untuk bapa saya berbuat demikian – katanya larang pun buat.. tak larang pun buat.. (lakukan juga).
Ungkapan itu diucapkan kepada saya ketika saya duduk (bertimpuh katak) mengadap bersalaman dengannya disuatu pagi di hari raya. Mungkin salaman itu kali pertama saya lakukan terhadapnya setelah saya mendapat petunjuk dari guru di sekolah (terima kasih cikgu). Dia merasakan satu kelainan dari sebelumnya yang belum pernah dilalauinya sepanjang dia bergelar ibu. Abang sulung saya pernah berkata (bila saya bertanya) bahawa dia malu (segan) untuk bersalaman dengan emak (?) di hari raya tapi tidak bermakna dia tidak sayangkan emak. Emak melihat ramai orang merayakan hari raya dengan adab tertib dan mengamalkan nilai-nilai agama dengan baik. Wajah gembiranya terpancar di pagi raya itu.
Pada ketika itu, budaya negatif menjadi perkara yang agak biasa kepada anak-anak muda. Penerapan nilai di sekolah agak kurang berkesan kerana tiada penekanan khusus dan sering tidak mendapat kerjasama dari ibubapa. Ini berlaku kerana ibubapa di rumah juga tidak mengamalkan nilai-nilai agama dengan mantap. Namun lama-kelamaan selepas itu ianya menjadi semakin berkesan setelah mendapat kerjasama dari semua pihak. Semasa saya mula mengajar, amalan berjudi sebagai ‘hobi memenuhkan masa lapang’ juga berlaku tetapi tidaklah di pagi raya…
Bila meningkat dewasa, kata emak ; bapa saya telah merubah wajahnya kepada seorang yang mendampingi masjid. Bermula sebagai siak, kemudian bilal dan menjelang saat-saat akhirnya dia sudah menjadi imam. Sedap bacaan Qunutnya pada awal pagi, kata emak, tapi saya masih tidur.
Sekali air bah, sekali pantai berubah.. pantai sekarang sudah banyak berubah, bahkan telah terhakis seperti terhakisnya nilai-nilai yang tidak baik di kalangan kita.. alhamdullilah.
…gbpencen… dah tak main judi, cuba belajar main forex pula.
Tahniah dan terima kasih kerana sudi bkongsi pgalaman lampau semoga ianya menjadi pgajaran dan pedoman kepada kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri utk GBP sekeluarga..
seronok jg baca kisah raya org dulu2.. amalan berjudi pada masa dahulu memang perkara biasa, atau ia pernah diwarisi dari sesuatu tradisi..? saya penah tnton sbuah filem india msa dahulu di mana mnjelang perayaan kaum lelaki akan berjudi brsama rakan2 sbg keraian atau hiburan utk perayaan.. teringin jg sya nak tgok filem melayu tntang ‘raya masuk hutan’ ni.. (mgkin jg dah ada, tp tak perasan..(?) )
alhamdulillah… masyarakat sekrg mula sedar tntang pentingnya pndidikan rohani yg bukan shja di sekolah ttpi jg d rumah.. di mana guru jg berharap murid2nya mndpt didikan nilai di rumah spaya perkara negatif di sekolah dpt dikurangkan.. dn dpt mnjadi insan berakhlak soleh solehah..
saya tertarik dgan ungkapan cikgu tentang, “duduk (bertimpuh katak) mengadap bersalaman dengannya disuatu pagi di hari raya”…
Selamat Hari Raya bersama keluarga tersayang.
Salam Lebaran untuk GBP sekeluarga,
Bila mengenang cerita cerita sebegitu saya tersenyum sorang sorang…bukan apa, saya bukanlah seorang anak contoh untuk adik beradik saya apatah lagi untuk orang lain.
memang betul saya bukan lah tua sangat, tapi hidup saya telah melalui hitam putih kehidupan. memang betul sekali sekali air bah sekali pantai berubah.
Saya hidup bujang ditengah kota, tanpa keluarga dan hanya kawan kawan yang menjadi adik dan abang saya. bukan dari kelompok designer malah sehingga tukang sembelih ayam di pasar Chow Kit menjadi sahabat saya. Tokan Ganja ( istilah masa tu ), Taik Ganja, Ustaz, SB dan macam macam manusia disekeliling saya. Dalam baik ada jahatnya dan dalam jahat ada baiknya. Saya pun apa kurangnya mungkin lebih teruk ada.Yang tunggang langgang sembahyang tak tinggal, yang alim sering mengelak bila disuruh menjadi Imam..he..he..he…Yang nampak ganas riuh rendah main judi 21 di depan TV, yang baik diam dalam bilik…… rupanya mengulit dengan awek kesayangan, masuk curi-curi subuh-subuh balik dari Masjid.
Hmmmmmmm…hanya Tuhan yang tahu bagaimana kehidupan waktu itu. Taman Sri Keramat AU1C jadi saksi.
Tapi kini, masing-masing telah bekeluarga…yang berkopiah dahulu telah berserban, yang tunggang langgang telah ketemu jalan pulang, ada juga yang hilang ditelan kesilapan lalu. Yang berjaya dan kaya raya ramai bukan tauke ganja tapi kini tauke restoran…ha..ha..ha mmmm apa agaknya yang menyebabkan ramai yang singgah direstorannya…ha..ha..ha..tak baik buruk sangka.Dahulu Despatch kini dah jadi pegawai diPejabat…….
Saya tetap seperti dahulu designer cabuk…kaya…kaya dengan pengalaman. hari ini buat anak anak muda yang terserempak dengan saya digarisan hidup ini saya selalu berkata pada mereka..jangan underestimate otai-otai ni ..sekilas air di laut depa tau mana satu jantan mana satu betina.mana satu umpan mana satu lauk ha..ha..ha..betul tak Cikgu.
Sekali lagi terimakasih cikgu.Doa saya cikgu sekeluarga panjang umoq dan murah rezeki…
Nanti dah terrer main Forex bole la share ilmu tu…teringin gak .
Aziz: Nampaknya kita semua lalui remaja semacam itu. Kawan biar ramai.. yang baik kita ikut, yang kurang baik kita tegur bila kita dah jadi baik. Yang teruk-teruk kita tinggalkan terus. Nampaknya kita agak selamat kerana apa yang tidak baik itu tidak berpanjangan (macam kawan-kawan Aziz .. semua dah kembali dijalan yang terbaik). Semoga kita terus di rahmati. Seronok juga baca ceta Aziz mengenai kawan-kawan kerana saya juga ramai kawan …
Macam-macam ada…
Seronok baca tulisan GB
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin
Wahidin : pulut : ina : humairi : Selamat hari raya dan terima kasih. Kadang-kadang kita memikirkan idea kita saja betul tapi itu adalah anggapan yang salah. Pandangan pulut, tepat sekali.. bukan lelaki bukan perempuan tetapi siapa lelaki itu dan siapa perempuan itu. Ada kaita dengan yang ‘ina’ perkatakan, GB perempuan pun ok. Wahidin pun saya baru bersua.. lama tak dengar ceta jie.. harap semua sihat dan tak sempat jenguk bussines yang You buat. Insyaalah.. Ahmad, saya gunakan media ini semata-mata untuk menyingkap kenangan, walaubagaimana pun terima kasih kerana sudi bersama. Sekarang saya kembali ke sekolah hingga hujung tahun.. sebagai GSK mengajar BM dan KH ganti guru bersalin.. ‘hanya seorang guru biasa, yang mengajar tulis dan baca…
Maaf Dzahir Batin.