Kek Padang Bola – Pasukan BRAZIL vs NTFA
Saya menyembunyi perasaan bangga dan terharu ketika saya diminta memotong kek yang berbentuk padang bola lengkap dengan 2 tiang gol, bola dan seorang pemain pada sambutan Hari Guru 2006. Cikgu Hj Mazlan dan Cikgu Rosnida beriya-iya minta saya memotongnya. Ada pula cikgu yang merakamkan peristiwa itu dalam bentuk audio dan video dan menghadiahkannya sebagai hadiah persaraan saya tahun berikutnya.
Secara kebetulannya mereka memperakui yang saya kaki bola. Mereka berjenaka mengaitkan saya dengan bola.. saya menghargainya kerana itulah yang sebenarnya. Cikgu Suraiza dan ramai lagi yang berada di situ ketawa gembira kerana telah berjaya membuat saya ‘suprise’. Memang saya tidak menjangka yang kek sebegitu akan disediakan untuk saya. Terima kasih cikgu / ustaz / ustazah..
Kali terakhir saya menonton bola ialah 3 hari sebelum bermulanya puasa. Final Divisyen 3, Liga Peratuan Bolasepak, Pulau Pinang antara NTFA (pasukan saya) menentang kelab (yang satu masa digeruni di Pulau Pinang) Bunga Raya. NTFA menang 5 .. 0. (Rujuk The Star 2 hari kemudian). Tahniah semua pemain dan pengurusan. Sebagai setiausaha, saya tumpang seronok kerana saya tidak berada dalam barisan pengurusan pasukan.
Pagi ini (6 September, 2009) sekali lagi saya menonton perlawanan bola sepak dengan penuh minat. Saya bohong kalau saya menyatakan yang saya bukan peminat pasukan Brazil; yang telah menyukarkan pasukan Argentina dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Semenjak mengenali Piala Dunia, saya meminatai pemain dan permainan pasukan ini yang pada saya mempunyai persembahan tersendiri dalam seni berbolasepak (seperti yang ramai diperkatakan orang)
Tak payah diceritakan, dengan nama-nama besar disuatu masa dulu seperti Zico, Socrates, Dunga dan ramai lagi juga dengan beberapa rekod yang ulung yang terpahat dalam dalam sejarah bolasepak dunia, menjadikan pasukan ini terus mendapat tempat di hati saya (dan ramai lagi) semenjak peringkat awal saya mengenali Pasukan Bolasepak Brazil. Tadi saya menonton di TV dengan penuh teliti setiap ruang yang ada dalam perlawanan itu.
Brazil seperti dulunya, kini juga sedang mengukir bintang-bintang legenda baru. Jaringan Lusiano (m24), Fabio (m30 & m66) telah mengubah sentuhan samba cara lama dengan sentuhan samba agresif. Pasukan Brazil sudahpun menggarap strategi bolasepak tradisinya dengan perubahan bolasepak moden yang Eropah juga ingin memdominasinya. Dulu dengan ‘open football’nya tapi sekarang mengikut rentak ala Eropah dengan pertahanan keras dan kental. Saya kira Brazil akan terus berjaya.
Tunduk dengan 1 … 3, Argentina layu di separuh masa pertama. Tip (semasa rehat separuh masa) dari legenda dunia, Maradona, jurulatih Argentina itu berjaya memberi setuhan kepada pemainnya untuk mengasak Brazil. Dalam keadaan tertekan, dua lintangan bola sepatutnya boleh memberikan 2 gol kepada Argentina. Hanya gol yang saya kira tidak disangka oleh sesiapa (m64) oleh Datolo tentunya memukau pemain-pemain Brazil. Akhirnya Argentina terpaksa tunduk dengan kebangkitan Brazil.
Semua pemain Barazil tiada bernama (di jersi mereka). Mereka mahu dikenali dari sentuhan mereka bukan dari jersi mereka. Nanti Jersi No 9 yang tidak bernama itu akan dikenali sebagai Fabio di Afrika Selatan nanti (kerana tiket ke pusingan Akhir Piala Dunia sudahpun tertempah). Hari ini Kaka berentap dengan Messie, mungkin tidak lagi di Afrika Selatan nanti kerana Argentina terpaksa menunggu lagi… Kedua-duanya tidak menjaringkan gol hari ini kerana pemain lain juga boleh menjaringkan gol termasuk pemain pertahnan. Itulah kelebihan mereka.
Permainan keras, penuh profesional. Pengadil terbaik yang pernah saya saksikan adalah dalam permainan pagi ini. Argentina dan Brazil mendapat keadilan. ” Selain dari pasukan yang bagus, kami memerlukan pengadil yang bagus untuk menjadikan kami memndapat keadilan dalam perlawanan nanti” kata En Ong Pengurus Pasukan NTFA kepada wartawan The Star, menjelang perlawanan separuh akhir kedua dengnan pasukan bomba Pulau Pinang (Menang Penalti (4 – 2) (Perlawanan Separuh Akhir Pertama 0..0, kedua 3..3).
Bolasepak menjadi sebahagian dari sejarah negara. Di Brazil saya diberitahu bolasepak dianggap sebagai tuhan. Di Malaysia jangan lah sempai begitu sekali, tetapi setidak-tidaknya kalau kita tidak mampu untuk mencatat sejarah, kita ingin juga melihat sejarah bolasepak kita berulang di mana stadium penuh dengan penyokong yang menyokong Pasukan Negeri masing-masing. Penyokong bolasepak boleh mencetuskan inspirasi negara kerana membina negara bangsa yang bersemangat petrioti.
Adios ‘Malaysia’
..gbpencen…mencatat sejarah NTFA bermain dalam Liga Perdana, yang terbaru, layak ke Divisyen (2) Liga FAP/2010.
Selamat Pagi Cikgu,
Yahoooo Argentina kalah…ha..ha..ha.
Maybe saya ni tak sporting orangnya.
tapi ha..ha..ha Brazil menang.
Watchout the other. The King is coming.
Viva La Brasil
Cikgu. saya tabik semangat “Gila Bola” Cikgu…..
Ramai yang pancit setengah jalan …cikgu steady lagi
Nasib baik rumah kita jaraknya jauh…kalau tak ada teman layan bola.
Apapun Salam Ramadhan buat Cikgu sekeluarga.
Makan bola awal pagi Ramadhan ok lagi…jangan posa Yang Yuk sudah.
Terima Kasih Cikgu
Salam…
Semangat bola sepak GBP memang membara…saya akuinya… Pernah satu ketika saya diminta membuat ulasan tentang bola sepak pasukan cikgu, NTFA. Masa yang diberi cuma ASAP jadi saya kena paham-paham sendirilah. Dalam fikiran saya, apa aku nak tulis ni. Saya bersyukur kerana berjaya (bagi pihak saya) menyiapkan tugasan tersebut dalam 1 malam walaupun ayat sedikit tunggang langgang. GBP menerimanya walaupun sehingga kini saya tidak tahu apa tujuannya membuat ulasan NTFA itu.
Kek padang bola memang menarik perhatian saya. Bukan mudah bila semua warga sekolah berjaya memahami minat bosnya. Itu maknanya, GBP seorang bos yang disegani dan dihormati walaupun dengan pemberian kek. Kek padang bola merupakan signifikan kegilaan GBP terhadap bola sepak. Teruskan berbola sepak selagi terdaya. Salam Ramadan al- Mubarak buat GBP sekeluarga…
Terbayang kek berbentuk kereta. Siapa nak bagi?
Kawan Bola : Banyak orang yang bantu saya dan rakan bola yang lain. Gila-gila bola, gila juga tapi keja pun kena kalut juga. Memang kalut sebab semuanya nak cuba bagi sempurna, jadi ramai le kekawan yang di minta bantuan. Ramai yang sudi membantu. Timaseh semua. Cerita kek ni memang saya betul-betul tak sangka, itu yang menyebabkan saya terkenangkannya.
Salam Ramadhan.. Ramadhan saya agak kurang ceria kerana dok struggle dengan sakit gigi..Terima kasih sekali lagi.
SELAMAT BERPUASA CIKGU
Selamat menyambut hari raya aidilfitri……. saya rindu seorang guru besar yang prihatin dan penyayang.
Einan : Saya gunakan blog ini untuk melepaskan kerinduan saya kepada sekolah. Saya sentiasa mengingati dan terus mengingati saat-saat mana ketika saya menjadi Guru Besar yang hebat dan bekerja dengan guru-guru/staf yang sangat hebat dan sentiasa berada bersama dengan guru-guru/staf saya yang paling hebat. Jemput ke rumah di hari raya kedua. Salam untuk semua..
terima kasih. saya baru setahun jagung menjadi cikgu tapi…………. sudah rasa bosan dan tertekan dengan persekitarannya dimana nakhodanya terumbang ambing. saya takut karam dalam sebuah kapal yang didalamnya masih ada permata-permata berharga yang belum digilap…perlukah saya mencari kapal yang baru dan permata yang baru………………