Naik taraf amalan ibadat
Cikgu Nick, nama sebenarnya Nick Ritchie De Souza berketuruana Spanyol Islam. Dia telah dimelayukan oleh isterinya, Kak Timah jiran saya. Mereka sahabat baik kami sekeluarga. Tabiatnya suka ‘complaint’ rancanagan televisyen ketika itu – sekitar di penghujung tahun 70an ketika tv masih hitam-putih.
Antara ‘complaint’ yang pernah disanggah oleh isterinya ialah ketika beliau menegur seorang penyanyi satu program pertandingan nyanyian di televisyen yang tidak pandai menyanyi. ‘walaupun saya tidak pandai menyanyi, tidak semestinya saya tidak tahu nyanyiannya itu tak sedap didengar’ katanya.
Saya, walaupun saya tidak warak atau alim, tidak semestinya saya berdoasa jika memperkatakan sesuatu mengenai amalan agama yang mencelarukan beberapa individu mengikut peringkat kematangan dan kebolehan agamanya. Hanya satu yang menjadi kesalahan kerana ceteknya ilmu agama saya.
Beberapa tahun dahlu saya rasa agak hairan kerana ada murid-murid saya menepuk tangan menggunakan bahagian belakang tangan. Kerana kejahilan saya, saya memberanikan diri untuk bertanya mereka mengapa dilakukan demikian (?) Jawapan yang saya terima ialah kerana bertepuk di bahagian dalam tangan akan mengeluarkan (membiakkan) syaitan. Mereka terus bertepuk begitu cara.
Melalui pengalaman saya, dari dulu lagi kita melakukan tepuk tangan ialah untuk sesuatu yang menggembirakan – hanya dengan menggunakan tapak tangan. Tidak pula ada ustaz dulu-dulu yang menceritakan sedemikian. Ustaz-ustaz dulu pun bertepuk melalui bahagian dalam tangan juga.
Adakah ketika itu tiada nas yang ditemui , atau masih belum terjumpa kaedah baru ini dalam kitab-kitab lama dan adakah ajaran ini ditemui dalam kitab-kitab agama moden yang baru dikeluarkan atau amalan ini dikeluarkan oleh tok-tok guru dalam zaman moden. Jika ini dijadikan persoalan, maka adakah orang itu dari kalangan orang jahil (?) kah.
Duduk bersimpuh makan bertalam di dalam masjid di suatu ketika. Saya bersama 3 orang rakan makan bersama. Salah seorang dari kami menyepit nasi dengan dua jarinya. Maka bila ditanya, beliau menjawab inilah cara makan yang diamalkan oleh nabi – mengikut sunnah. Untuk tujuan kesihatan, makan begitu akan mengurangkan gelojoh dan kapasiti makanan. Kita sebagai ahli sunnah patut mengingkutnya. Secara jujur saya tidak selesa makan begitu. Saya terus menggunakan tangan dan kesemua jari saya untuk menyuapkan makan. Salahkah saya ?
Selepas solat berjemaah, doa dibacakan. Dari dahulu lagi amalan doa dan wirit sudah menjadi sebati dengan semua jemaah. Diamalkan dengan sebaiknya. Dihayati dengan penuh keinsafan Tetapi pada suatu ketika, tidak berapa lama dulu terdapat satu alunan lagu tambahan di dalam doa tersebut. Beberapa kali saya mengikutinya, saya juga telah boleh melagukannya. Tapi diakhir-akhir ini pula, saya tidak pernah pula terdengar imam melagukan alunan tersebut semasa berdoa. Mungkin saya tidak selalu mengikuti kuliah tapi mengapa dulu tiada, kemudian ada, kemudian tiada pula. Sekejap ada sekejap tiada ..
Di suatu masa dulu, di sana sini akan kedengaran bunyi suara berbisik-bisik membaca ayat-ayat dalam rukun sambil bersembahayang jemaah. Semuanya antara dengar dengan tidak saja bunyinya. Bacaan Al Fatihah dan lain-lain ayat lazim juga begitu. Perbuatan itu tidak menarik perhatian jemaah lain kerana pada masa itu (dulu-dulu) , bunyi sebutan-sebutan itu perkara biasa sahaja. Di akhir-akhir ini pula, saya berperasan suasana begitu sunyi ketika berjemaah. Sebutan-sebutan yang saya nyatakan tadi yang sebelum ini antara dengar dengan tidak sudah tiada lagi. Hari demi hari saya semakin perasan.
Saya belum lagi mendengar rasional yang perkara ini harus berlaku, dan dari mana amalan sedemikian diperolehi dan dipraktikkan. Jahilnya saya yang mana ketikamana ibadat telah dinaik taraf.. tapi saya masih ketinggalan.
Sekarang saya tidak berani memperdengarkan bisikan ayat-ayat sembahyang saya lagi, namun warga lama sebelum saya masih meninggikan bunyi bacaan seperti ketika saya berjemaah semasa kecil-kecil dahulu di masjid (??). Tapi, ada jemaah muda menjeling-jeling kepadanya tapi warga lama ini tidak menghiraukannya (buat deek saja)
Begitulah ketika siak di kampung saya merungus lantas mempamerkan sebidang papan kenyataan di tepi kolah wuduk di masjid yang berbunyi : Jangan masukkan kaki ke dalam kolah semasa membasuh kaki ketika mengambil wuduk‘ Sebelum itu saya ada juga terdengar seorang mualim berserban besar di kampung saya menyatakan – Lebih “afdal” (sangat baik) jika memasukkan sepenuhnya kaki dalam kolah ketika menyelesaikan ‘wuduk’ – saya diam saja kerana ini satu amalan ‘baru’ bagi saya yang kurang mengetahui. Semenjak itu saya selalu mengambil wuduk di pili air, lebih bersih dan selamat.
…gbpencen… tidak tergamak memasukkan kaki dalam air yang makmun lain menggunakannya untuk berkumur. .
Assalamualaikum Cikgu,
Lama cikgu tak menulis, tertunggu tunggu jugak saya. entah sihat entah
tidak. Maklumlah, baru lepas kemalangan.Apapun gembira bila melihat ada tulisan baru dari cikgu.
Dunia kita ini terhasil dari kontradiksi. Positif dan Negatif. Ying dan Yang. Baik dan Jahat. Hero dan Antagonis.Kita yang selalu berada ditengah tengah kontradiksi ini dan lebih menyiksakan lagi bila mulut kita tidak dapat menahan dari mengutarakan soalan kerana sifat ingin tahu yang meluap-luap. Bukan untuk mendabik dada atau mencari kesilapan orang, tapi lebih untuk mencari kebenaran agar kita tidak mengikut-ikut tanpa usul periksa.
Banyak amalan dibuat dan diikut untuk mendapat fadilat perbuatan tersebut, tapi ramai yang tak memahami konsep sebenar sesuatu perbuatan itu. Mengikut buta. Saya tak pernah lupa ingatan Rasul kita, jangan mengikut sesuatu membuta tuli seperti biawak padang pasir yang menyembunyikan kepalanya didalam lubang.Kita ini umat diakhir zaman. jangan lah perkara remeh temeh diutamakan , tetapi yang ulung dipandang sepi.Kita marah bila orang lain hendak mengunakan kalimah Allah didalam penerbitan mereka.Akan tetapi kita tak pernah ambil pusing bila kita mengagung-agungkan perayaan mereka, bertopi merah kesana kemari tanpa rasa malu.Itulah kontradiksinya, sesuatu yang seronok dan sedap kita tak pernah menahan tetapi sesuatu yang menjatuhkan maruah kita, kita tentang habis habisan.
Ibadat sebenarnya tak pernah menyusahkan kita.Senang lagi meyenangkan.
Yang paling utama, Niat.Ada An Lillahi Taala.Kemudian Rukun.Bila perkara sunat dijadikan wajib, maka beratlah jadinya.Saya, saya ulangi, saya. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri yang serba daif ini.Mencari pahala bukan dengan cara mengurangkan pahala orang lain.Sedangkan sembahyang berjamaah itu lebih tinggi pahalanya dari bersendirian, bukan kah terang dan jelas. Pahala yang paling tinggi ialah bila kita mendahulukan jemaah kita berbanding diri kita sendiri.Fikirkan orang lain dahulu sebelum buat sesuatu untuk mendapatkan pahala kita sendiri.
Setiap hari banyak benda kita pelajari, ada yang baik kita simpan.Apa yang buruk kita jadikan teladan. Yang buruk itu saya, akal tak panjang lidah berjela jela.Belajar agama tak tinggi, cuma perasan bagus.
Terima Kasih Cikgu.
salam cikgu,
pandangan saya datang dr org yg cetek pengetahuannya, mmg ada beberapa amalan yang cikgu nyatakan pernah saya dengar… macam bertepuk tangan. Masa tu saya hanya memikirkan ustaz adalah orang yang betul lalu saya amalkan sahaja. X mendatangkan kemudaratan pun. Sehingga kini saya tidak menyiasat kesahihannya.
begitu juga dengan cara Nabi Muhammad s.a.w menggunakan 2 jari ketika makan. Ada pendapat yang menyatakan kita kenalah suaikan dengan jenis makanan kita… Nabi makan roti sedangkan kita makan nasi… manakan sama cara memakan roti dan nasi. Itulah yang diketahui.
Wallahualam.
Terima kasih cg Isza : Amalan ikhlas cgu itu penting tanpa kita berselindung disebalik mana-mana amalan yang kelihatan ‘lebih islamic’ Teruskan menulis.. sekurang-kurangnya kita berjaya melepaskan perasaan terbuku kita .. dah kita sentiasa ceria menerima pandangan orang lain (pandangan yang kita sendiri boleh fikirkan)
Kita ini cikgukan.. ! pertahankan martabat anugerah allah ini.
Terima kasih Aziz : Prinsip dan ketegasa tuan dalam konsep keagamaan semakin diperjelaskan oleh anda. Saya hormati pandangan itu. Keboleh anda menulis membolehkan anda melayari kehidupan lebih sempurna demi kesempurnaan yang dituntut – di dunia dan akhirat. Tq….