Skip to content

Datuk Shukor memang betul ..

2009 September 16
by Guru Besar Pencen

Saban tahun, selama beberapa tahun, tiada seorang pun yang memperolehi 4A dalam penilaian darjah 5 ;  namun cik gu Amran sering  mendakwa dialah satu-satunya guru yang tidak tercicir (layak) untuk mengajar darjah 5.  Berkelulusan LCE tidak menghalang Guru Besar saya memberi kepercayaan untuk dia terus berada dalam kelompok guru-guru elit mengajar kelas peperiksaan (di sekolah kebangsaan).  Bila keputusan Penilian Darjah 5  diumumkan, secara selamba sahaja guru darjah lima dan guru-guru lain melihat keputusannya.  Tiada pun antara kami yang membantah, kecuali suara-suara kecil dari cikgu Saad, Guru Penolong Kanan yang ‘sangat’ berkriasma. (kedua-duanya telah pun arwah – al fatihah).  Itu dulu .. sekitar awal 70an.

UPSR 2009, baru saja berlalu dengan sedikit perubahan. Dulupun ada ujian kecrdasan, kemudian ditiadakan dan kemudian diadakan semula.  Sekejap ada sekejap tiada.

Setiap kali UPSR, sikap saya sama sahaja saban tahun. Bahawa UPSR bukanlah satu penilaian seperti PMR dan SPM maupun STPM.  Ia hanya satu mekanisme menilai murid sekolah rendah sama ada ‘menguasai atau tidak’ kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh mereka.  Saya meletakkan helaian amanat Datuk Shukor (KPM – ketika itu, 2005) (melalui pekelilingnya)  di kulit fail analisa UPSR bagi menggambarkan bahawa kegagalan murid dalam UPSR bukanlah – berakhirnya sebuah impian, samada kepada ibubapa atau guru.  Hakikatnya ialah murid mesti diberikan kemahiran yang sepatutnya untuk menyediakan mereka belajar di peringkat menengah pada tahun berikutnya. Saya rasa bersalah sekiranya ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran ini.  Oleh itu persediaan awal harus dibuat untuk membina kemahiran asas ini seawal Tahun 3 lagi.  Jika dilakukan sedemikian murid pasti dapat menguasainya (minima C ) di peringkat UPSR.

Mengimbas kembali  penekanan yang sering dibuat diperingkat JPN untuk membuat penonjolan negeri terbaik UPSR di Malaysia.  Hasil diakhirnya ialah Penang Best pada suatu ketika, mengatasi Terengganu sebelumnya.  Begitu semarak sekali gong dicanang diseluruh negeri meraikan pencapaian itu. Kebangaan memang ada asasnya tetapi pada saya pekeliling Datuk Shukor itu yang lebih penting untuk sekolah menentukan yang penguasaan minima itu harus diutamakan.  Semua sekolah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian 5A.  Usahlah dikatakan lagi, berbagai usaha yang bukan sedikit dibuat untuk tujuan itu.  Akhirnya tibalah hari keputusan UPSR diumumkan.  Secara tersiratnya, satu ‘gred’ akan diberi kepada setiap sekolah.  Sekolah baik , kurang baik dan sekolah lemah.  Guru Besar baik, Guru Besar kurang baik dan Guru Besar lemah. Wajarkah diberikan gelaran itu ?.

Ada suatu ketika, satu senarai ‘ranking’ pencapaianUPSR  sekolah-sekolah dikeluarkan oleh JPN dan dicanangkan juga dalam siri perjumpaan dengan Pengarah terbilang, ke seluruh negeri bagi ‘memotivasikan’  sekolah (khasnya Guru Besarnya) untuk terus berusaha,  dan yang tersiratnya pula ialah bagi menunjukkan sekolah mana yang terbaik, dan sekolah mana pula yang tidak terbaik,   dan yang paling penting pengurus sekolah mana terbaik atau terburuk.  Suara-suara kecil terus membantah dalam kesenyapan tindakan ini dan kemudiannya didengari juga di hujung-hujung telinga JPN dan perlakuan ini telah dihentikan. Wajarkah dibantah ? Ada asaskah maka ia dibantah ?

Pada setiap kali keputusan UPSR dikeluarkan,  saya akan berdiri dihadapan pentas untuk membuat pengumuman pada murid / guru / waris (jika hadir) dan akan menerima dengan hati terbuka apa saja keputusan yang bakal diperolehi kerana (setelah) segala usaha telah dibuat. Saya suka melihat kesungguhan (juga reaksi) mereka (murid dan guru) untuk mengetahui hasil dari usaha yang telah dibuat ke atas mereka oleh guru-guru yang sangat perihatin. Tetapi saya hampir menitiskan air mata (sebak) bila melihat murid yang tidak diberi harapan, boleh  lulus dengan minima ‘c’ disamping bangga dengan peningkatan pencapaian 5A .  Dan yang paling bangga ialah peningkatan peratus penguasaan minima, yang menggambarkan secara tepat hasrat Datuk Shukor untuk murid-murid sekolah rendah.

Tidak berhenti di situ sahaja, pada setiap kali perjumpaan dengan JPN selepas itu,  Guru Besar yang hebat pencapaian UPSRnya akan berada di hadapan majlis. yang kurang baik,  tumpang duduk di belakang sikit dan saya akan menyorok-menyorok di bahagian belakang sekali.  Guru Besar yang baik akan banyak bercerita, yang kurang baik akan mencelah cerita, dan saya akan mendengar banyak cerita. Strategi disusun semula untuk mempertahankan kejuaraan negeri pada tahun berikutnya.  Maka semuanya akan ‘kalut’ semula.

Murid tahun 6 akan belajar waktu pagi, petang dan malam.  Akan melalui motivasi secara berterusan dari pelbagai pihak. Berpuluh-puluh buku aktiviti, beratus-ratus helain kerja; lengkap dengan jadual anjal, anjakan kerohanian dan banyak lagi.. Sekalung tahniah atas kesedaran dan ia akan lebih bermakna jika turut dilakukan oleh semua guru di  tahun 1,2 3,4 dan 5…

..gbpencen… teringat (arwah) GB Tuan Hj Hassan bin Md Johor dari Lumut,  menyatakan bahawa kita sebenarnya tidak perlukan kelas tambahan, jika cikgu kita mengajar betul-betul dalam kelas.


5 Responses leave one →
  1. September 16, 2009

    :: salam…

    :: selalunya para guru biasa akan tertekan atas desakan pihak2 yang di atas tu… segala kem motivasi… segala kelas tambahan… dan segala usaha ditumpukan kepada murid berkaitan… agar ada peningkatan pencapaian peratus kelulusan UPSR nanti… seolah2nya “baik” atau tidak prestasi GB, PK dan para guru sesuatu sekolah itu hanya sanya diukur pada tahap pencapaian UPSR tersebut… lain2 faktor dan angkubah lain dikesampingkan,,, dan begitulah selalunya…

  2. eyna permalink
    September 17, 2009

    Salam,
    Memang betul kata arwah GB cikgu, kalau semua cikgu memberi sepenuh komitmen di dalam kelas , murid tak perlu diberi kelas tambahan lagi. Zaman sekarang ni terbalik, cikgu2 lebih tumpukan semasa kelas tambahan, masa kelas biasa, tiada kesungguhan dalam pengajarannya.Zaman dahulu tiada kelas tambahan pun boleh pandai dan berjaya juga.Apa komen cikgu?

  3. September 18, 2009

    Itu proses biasa bagi seluruh negara. Itulah pendekatannya, itulah gerak gempurnya.

    Apa salahnya, utnuk tahun 4 dan 5 disediakan mentaliti dan latihan mencukupi sebelum masuk ke tahun 6. Bukankah asas itu lebih penting? Sekiranya pelajar tahun 4 dan 5 telah dilatihtubi dgn kemahiran asas, pastinya pelajar2 thn enam tidaklah seteruk sekarang!

    Pelajar tahun enam dilanyak dan dihenyak mentaliti dan emosi mereka..guru-guru juga tidak ketinggalan untuk merasainya.

    Malangnya, kenapa kita lupa pada pelajar tahun 4 dan 5? Ada pandangan tuan?

  4. September 18, 2009

    Azlanlin : Itulah yang saya cuba sampaikan. Dihenyak dan dilanyak adalah istilah yang sangat sesuai cg gunakan. Yang menyulitkan adalah penekanan JPN untuk memperkasakan nama JPN (Pengarahnya) yang membuatkan henyakan dan lanyakan itu berlaku. Ianya akan terus berlaku selagi ‘nama’ yang menjadi matlamatnya. Yang sepatutnya, penguasaan murid sebenar sasarannya. Buatlah sesuatu ikut kemampuan cg..
    Terima kasih.

  5. September 18, 2009

    Pak Ngah dan eyna : Tersirat disebalik entri ini itulah dia. Lanyakan ke atas murid tahun 6 bermakna guru juga dilanyak sedemikian. Bila begitu berlaku, guru tahun 4 dan 5 akan melepaskan tanggungjawab ini kepada guru tahun 6. Yang sepatutnya, guru tahun 4 dan 5 juga melakukan sedemikian kepada muridnya, barulah bila murid di tahun 6 nanti tidak perlu lagi dihenyak dan dilanyak…
    Mintalah semua GB berikan penekanan awal pada murid tahun 4 dan 5.
    Salam untuk semua GB SK…
    Terimakasih cg yang perihatin.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 8 + 12 ?
Please leave these two fields as-is: