Skip to content

Saya Presiden Parti Baru

2009 October 15
by Guru Besar Pencen

Pagi raya yang lalu saya bertemu cg (cik gu) Mazlan, PK 1,  SK Kampung Baru, Bukit Mertajam.  Kami meninggalkan surau taman perumahan tempat saya tinggal sebaik saja doa di aminkan. Dua soalan yang saya inginkan sangat mendengar jawapan darinya.  Mengapa sembahyang di surau saya, tidak di surau taman tempat tinggalnya ? dan mengapa tidak mendengar khutbah raya ?

Sebenarnya seronok (semasa pencen ni) dapat berbual dengan guru yang menunjukkan kemesraan dengan kita.  Mungkin saya merasa kesepian tanpa ‘sekolah’ .  Jawapan saya perolehi, surau di Taman Kemuning ramai jemaahnya sampai melimpah ke luar.  Surau di Taman Bersatu tidak begitu ramai jemaahnya.  Hakikat itu saya persetujui.

Untuk jawapan soalan yang kedua, jawapannya seperti yang saya sangkakan.  Khutbah di Taman Bersatu selalunya akan lebih politik dari penerapan keagamaan, katanya. Kami berdua meninggalkan khutbah hari itu sebaik saja khatib mula memperdengarkan suaranya.  Dia menolak untuk ke rumah saya dan kami berbual-bual berhampiran sebuah kedai runcit.  Sebenarnya kami sependapat bahawa jika surau atau institusi masjid diwarnai dengan mana-mana fahaman politik yang sempit ianya sudah tentu memecah belahkan masyarakat.  Bukan semua anak khariyah mempunyai fahaman politik yang sama.  Kalau surau atau masjid (tempat ibadat) di dominasi oleh satu pihak, maka pihak yang lain akan mengimarahkan masjid tersebut mengikut prosudur biasa, iaitu tidak melibatkan diri dalam aktiviti tambahan yang menjurus kepada fahaman politik anjuran kumpulan dominasi itu.  Maka itulah yang berlaku ke atas kami berdua.

Apabila tempat ibadat sudah melambangkan arca parti tertentu dengan jelas, ianya sudah tidak lagi melambangkan penyatuan masyarakat sekitarnya.  Sungguhpun begitu, kita besyukur kerana masih lagi ramai berkunjung beribadat di surau.  Sungguhpun begitu (dalam kebisuan) kelihatan jelas ‘riak pengunjungnya terpisah dengan fahaman politik  yang  tidak menguntungkan. Itulah hakikat yang perlu kita terima disamping mengharapkan kebijaksanaan pemimpim kedua-dua fahaman itu mencari jalan keluar (kalau mahu bertolak ansur)

‘Saya sudah muak bersembang politik’, itu kata cg Mazlan.  Saya akui kata-kata dan hujahnya.  Saya sudah tidak ‘bisa’ untuk sembang politik kampung di kedai-kedai kopi kerana ia sudah tidak ke mana dan bermakna lagi. Sebagai jalan keluar, Maka terbentuklah Jawatankuasa Surau yang terdiri dari : Cg Mazlan (Setiausaha Surau) dari UMNO, Pengerusinya dari PAS dan Bendaharinya dari PKR.  Jawatankuasanya (++) demi untuk menyelamatkan khariyah Surau Taman Kemuning dari terus dibelenggu perpecahan.  Objektifnya : Tiada politik dalam rumah ibadat.  Berpolitiklah semahu-mahunya di luar pagar surau dan datanglah beribadat di surau (Lilllaa.. hi), sambungnnya lagi.

Untuk tujuan politik,  beliau (bercadang ) untuk menubuhkan parti baru yang bernama ‘Parti Atas Pagar’.  Ahli parti ini terdiri dari orang-orang yang tidak mahu berpolitik.  Semuanya hanya mendengar, melihat, berfikir, menilai dan akhirnya mengundi mana satu parti yang sesuai untuk menjadi pemerintah.  Objektifnya ialah supaya tempat ibadat sesuai untuk beribadat dan menghakis dosa ‘kering’ yang diperolehi pada setiap hari apabila mendengar orang-orang politik bercakap dan berlakon.( macam-macam ada).  Senda saya, saya ingin jadi presidennya.

Sebagai guru, kami menamatkan perbualan ringkas dan spontan di pagi raya itu dengan cerita-cerita sekolah dan beliau berhasrat untuk ke rumah saya petang nanti.  Cg Mazlan juga bercerita mengenai Guru Besar sekolahnya.  Guru Besar ‘perempuan’.  Hebat Guru Besarnya.  Saya mengenali Guru Besar ini dari jauh.  Tegas dan berkesan.  Guru Besar ini pernah menziarahi jenazah PK 1 nya  (juga bekas PK HEM saya) dengan linangan air mata kerana secara kebetulan (diberitahu) dua hari sebelum PK 1nya kembali, dia ada meminta satu tugasan yang belum sempat dilaksanakan. Walaupun bukan itu penyebab kematiannya tetapi kadang-kadang seseorang itu perlu melihat juga dimana proses ketegasan itu harus dimulai dan ditamatkan. Al-fatihah, amin.

…gbpencen…seorang gbpencen perempuan, kawan se Taman dan sekerja saya bertanya isteri saya mengapa saya jarang-jarang kelihatan di surau ?  Saya menjawab : Saya ke surau untuk berjemaah bukan untuk berpolitik.

2 Responses leave one →
  1. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    October 16, 2009

    Selamat Pagi Cikgu,
    Saya banyak Jalan Jalan Cri Kerja,kadang kadang ke utara, sekali sekala ke pantai timur,terkini selalu saya berulang alik ke negeri kelahiran saya nun di selatan, setiap kali Jumaat andai berpeluang saya akan solat di mana mana sempat dan setiap kali itulah saya mata saya kerap menjadi berat. Berat yang tak tertahan tahan, andai di tongkah dengan batang mancis pun boleh patah. Khutbah Jumaat telah menjadi alat propaganda. Khutbah telah menjadi medium untuk menanam doktrin pemerintah. Tak kiralah apa seruan yang disampaikan sehingga saya kadangkala keliru. Islam atau kerajaan yang memerintah lebih unggul, tak kiralah PAS ke PKR ke hatta PAS sekalipun, wallah hualam, entah esok lusa kalau DAP memerintah mereka pun lebih hebat. Ajaran dan seruan untuk kebaikan yang dianjurkan agama kita sebagai asas Khutbah telah dimanipulasi untuk menonjolkan kebaikan kerajaan dan kelemahan lawan politik. Kadangkala saya sanggup pergi jauh di Ampang ke Masjid Fatimah Al Zaharah untuk mendengar Khutbah atas pagar….. bukan makmumnya atau Imamnya atas pagar..tapi isinya, atas pagar yang mempertahankan seruan Islam.Kalu BN itu mengelirukan Khutbah akan memperjelaskan, andai PAKATAN berlebih-lebihan, Khutbah akan mendamaikan.Makmum harus diberi kan Ilmu yang wajar agar tidak hanyut dalam arus ketaksuban Politik. Namun kini ia tinggal kenangan, kebenaran menakutkan, kewarasan ditolak tepi dan akhirnya masjid di ambil alih JAWI kerana isi khutbah tak pernah mengikut apa yang diberi. Kini khutbah menyeru mengikut skrip. Sedih melihat Imam menjadi KakakTua, mengulang ulang kata Tuannya.
    Semoga saya dapat berjumpa kembali Khutbah seperti itu lagi menyeru manusia menjauhi Nahi dan Mungkar agar tak tersesat dalam hidup yang penuh muslihat ini.
    Solat Jumaat pun seruannya semangkin hampir.
    Jumpa lagi.
    Cikgu, tak ke Surau tu bukan bermakna kita lupakanNya,
    ke Surau itupun bukan bermakna kita RindukanNya. Andai hati punya lain makna.

  2. October 16, 2009

    Selalu memujuk diri agar pembelajaran agama yang sedikit ini digunakan sebaiknya untuk memperkasakan imam. Selalu menghindarkan diri mendengar banyak ceramah dari banyak sangat ustaz-ustaz sekarang ini agar ilmu yang sedia ada ini tidak tersasar arus.
    Doakan saya.. amin.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: