Tiada lagi, Sir
Round ke 2 : Selepas mengajar sebagai GSK (Guru Simpanan Kebangsaan) selama 14 minggu beberapa bulan yang lalu, saya kembali ke sekolah untuk pusingan ke 2 selama 2 bulan mulai 14 September lalu iaitu 4 hari menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Di sekolah yang sama, kini mengajar di Tahun 4 dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup di semua kelas Tahap 2. Seronok bersama dengan murid-murid. Di Round 1, saya mengajar Science (PPSMI)
Era baru. Kali ini era tanpa PPSMI pula. Sebagai anak-anak (murid-murid) mereka cepat menyerap perubahan. Seakan-akan mereka tahu yang pelaksanaan PPSMI secara beransur-ansur akan dilupuskan, mereka membahasakan diri saya sebagai cikgu. “Cikgu masuk mengajar kami atau tidak ?”. “Cikgu mengajar di sini pulak kah”. Itulah antara soalan-soalan yang sempat saya dengar ketika mereka menerkam bersalaman dengan saya setelah 2 bulan saya tidak kelihatan oleh mereka.
Seperti entri saya terdahulu, saya pernah menyatakan bahawa murid sedia belajar apa sahaja yang diajar. Guru juga sedia mengajar apa sahaja yang dikehendaki oleh pihak yang merencana pendidikan negara. Tiada banyak masaalah yang timbul sama ada ada atau pun tiada PPSMI. Yang menjadi masaalah ialah bila diadakan PPSMI ada pihak yang tidak senang, bila ditiadakan PPSMI ada juga pihak yang tidak setuju. Maka jadilah ia seperti kata peribahasa moden, ‘sekejap ada sekejap tiada’ Oleh itu banyak guru berpendapat, ada ke, tiada ke, kita sama juga, mengikut arahan dan terima gaji. Kata orang sekarang, sudah tiada ‘uummh’ lagi.
Oleh sebab ‘ada dan tiada’ ini, maka ianya telah menjadi satu fenomena baru dalam pengurusan pendidikan di akhir-akhir ini. Segala keputusan yang dibuat oleh pihak perencana tidak lagi menjadi satu kejutan kepada warga yang mendidik murid-murid ini bahkan ianya menjadi satu perkara biasa. Perubahan akan berlaku apabila ianya dikehendaki berlaku oleh orang-orang tertentu untuk berubah, bukan datangnya dari isyarat yang diberi oleh masayarakat terbanyak. Ditambah pula (nampak) semakin tepat andaian yang selalu diwar-warkan oleh masayarakat terbanyak bahawa perubahan itu akan menguntungkan orang-orang tertentu kerana ia memakan belanja yang banyak. Buku, kursus, seminar, peralatan, pelupusan, prasarana dan sebagainya tentunya banyak memakan belanja.
Selain dari itu ia juga akan mengorbankan banyak pihak. Tentunya yang paling nyata untuk dikorbankan ialah murid-murid di kelas yang akan sering ditinggalkan guru untuk mendapat ilmu perubahan baru itu. Guru-guru juga akan berkorban untuk ‘tune’ keadaan, kaedah, persekitaran, ilmu, kemahiran dan sedikit sebanyak kepakaran baru. Guru Besar sebagai pengurus pula harus mengorbankan masa dan fikiran untuk menyesuaikan semula stok peralatan, pelupusan buku, kemudahan kelas, alat bantu dan sebagainya dengan perubahan baru yang sedikit-sedikit sedang dilaksanakan. Unit Penilaian, unit buku teks, unit ICT juga sibuk merancana semula perubahan-perubahan ini. Semuanya akan berkorban dan ada di antaranya terkorban. Walaupun begitu (kata guru) ini sudah menjadi perkara biasa. Perkara biasa, kata guru. Mereka akan lakukan seperti biasa.
Perubahan ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi. Mungkin juga ia merupakan salah satu pakej rangsangan ekonomi yang sedia dilaksanakan masa kini. Cetakan buku teks percuma, pembinaan CD ICT bentuk baru, mungkin pekej naik taraf ICT akan dilaksanakan, makmal bahasa akan diwujudkan dan imbuhan untuk guru-guru mungkin akan juga dapat dipertimbangkan (kerana menghargai pengorbanan guru yang sedia menyerap perubahan yang dilaksanakan). Mungkin kenalan saya bekas YB juga akan sekali lagi memperolehi kontrak bekalan ICT ke seluruh negara. (saya diberitahu beliau memperilehi kontrak tersebut ketika pelaksanaan pekej PPSMI ke 2). Alhamdullilah.
Sebelum ini di ‘Round 1 – GSK (saya) ditegur sebagai Sir oleh Nurul Izzah (murid) . ” Sir, sir nak masuk ke kelas kami ke, sir…” kata Nurul Izzah kepada saya. Sekarang Nurul Izzah berkata ” Cikgu datang mengajar sekolah ini pula ke, cikgu?”. Pada saya walaupun hanya perkataan sir, Nurul Izzah merasakan Bahassa Inggeris semakin diperlukannya untuk belajar kerana ketika saya mengajar Sains saya sering berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sekarang dia hampir menyedari yang Bahasa Inggeris adalah satu matapelajaran sahaja. (mungkin).
Saya masuk ke bilik darjah; masih tergantung LCD di siling. Di lantai dan di dinding ada alat pencawang AV, kotak ‘speaker’ – berhabuk dan penutupnya hampir terkulai. Nilai kedua-dua alat itu sekitar 6 hingga 7K . Ianya akan terus digunakan walaupun ada perubahan dalam pelaksanaan PPSMI tetapi tidak begitu nampak kesungguhan guru untuk menggunakannya. Mungkin juga perkara ini perkara biasa. Biasa dalam perubahan dan biasa dalam pelaksanaan.
Saya akan terus mengajar (di Round 2 ini) kerana kejayaan seorang guru adalah apabila dapat memandaikan murid-muridnya yang tidak / kurang pandai. AWAS : ini bukan perkara biasa, ianya perlu dilakukan dalam keadaan luar biasa.
…gbpencen…menggunakan LCD mengajar Bahasa Melayu dan kemahiran Hidup.
Salam Aidil Fitri buat cikgu & famili maaf zahir batin kut;kut ada tersalah kata ,terlanjur bicara semasa cikgu kat Juru @ kut termakan terlebih garam terkurang gula teh or kopinya tp kalu terlebih cili ha!! memang masa tu lah nak mencili.Pabila terbaca perihal GB Perempuan terfikir di benak saya,adakah benar begitu @ guru2 lelaki terasa ”terganggu” sedikit akan arahan yg dikeluarkan tetapi lama-kelamaan jadi “biasalah tu” yg maksudnya hanya org yg meyatakannya yg faham(samada dr segi ketegasan, disiplin atau pegangan kecerewetan beliau” Itu lah perempuan..,,wanita yg boleh membawa pelbagai watak dlm kerjaya yg disandangnya. Namun begitu kami warga Juru berbangga punyai GB Perempuan yg berwibawa mahu berdiskusi sebagaimana Cikgu Deris kami dulu! Byk juga ilmu yg sempat sy timba.t. kasih.Sy mahu jadi guru yg besar sampai pencen.
-ijie-
Terima kasih kerana mahu lagi bersama saya di alam siber ini. Nasib baik saya minat dengan alam maya siber ini kalau tidak saya dah tak boleh lagi berkomunikasi dengan guru yang ‘besar’ dan suaminya ni. Untuk jie dan wahidin saya ingin sekali pergi melihat bisness yang dijalankan oleh wahidin tapi belum ada kesempatan. Saya mendoakan dan ingin sekali melihat agar wahidin akan terus berjaya dalam bisnesnya Terima kasih. Salam untuk semua.. Saya sedang melakar cerita mengenai Jie.. Tunggu ye..
Selamat Petang Cikgu,
Hari-hari lepas Lebaran ni kadangkala mendatar saja sifatnya.Berlau tanpa kegilaan bagai nak rak menyambut Syawal. Yang poketnya semakin kempes sibuk mengira baki duit seringgit-seringgit yang tinggal. Peniaga Bazaar Ramadhan pulak shopping sakan la ni bila orang lain sibuk kesana kemari nak makan free di Open House sana sini.Sepupu saya tutup gerai ikannya sehari dua beraya kesana sini. Orang datang kedai aku nak beli ikan Selar Kuning ngan Kembung jerr….tu pun pakai duit singgit-singgit. Dulu semasa Puasa bukan main tak ingat..paling kecik Terubuk. Lain orang lain ragam …dalam hati saya.Jauh pulak intro saya..orang komen sebaris..saya komen macam blog ni saya yang punya.
Sebenarnya komen saya sikit sahaja.
Kita ada satu Dasar Pendidikan yang pada pendapat saya wajib dipertahankan untuk satu jangka masa yang panjang.untuk generasi kita dan generasi yang lepas dapat terus mengendong sama beban untuk memajukan anak bangsa. Dasar yang melencong kesana sini dan lebih bersifat Ad-hoc wajib ditentang.Bagi saya samada English atau bahasa Melayu bukan isu yang besar. Kedua-duanya hanyalah medium. Apa inti yang hendak disumbat kedalam minda kita dan anak anak kita yang penting. Ya, memang dalam komen saya yang dahulu saya mempertahankan bahasa Melayu. itu masih sama seperti dahulu, malah kini dan selamanya.Seperti mana saya mempertahankan pengajian Al Quraan dalam bahasa Arab. Itulah ironinya.
Biarlah anak anak berilmu, berilmu dengan ilmu yang kotemporari agar tak ketinggalan jauh dari dunia yang pantas meninggalkan kita tapi dalam maa yang sama membendung mereka dengan sifat sifat nasinalisma yang wajar agar akarnya kuat..tak mudah lupa diri dan hanyut dibawa arus .
Kehebatan bukan boleh dipupuk sekelip mata apatahlagi jika ditukar-tukar corak minda. Dasar Pendidikan Negara wajib dipertahankan hatta sekalipun DAP,MCA atau Parti Kadasan Dusun yang memerintah negara.
Tiada harta yang lebih bernilai di dunia ini melainkan ilmu kerana tanpa ilmu tak mungkin kita dapat berIqraq.
Cikgu…apalah erti Pelita Ilmu andai apinya padam tak sempat menyuluh denai .
Maafkan saya Cikgu andai kata-kata saya ini tak sepatutnya hadir di blog cikgu.
Selamat Menjalani Syawal.
4 Aziz : Tiada apa yang harus dipertahankan kerana ianya satu proses biasa dalam pendidikan kanak-kanak di negara kita. Semua mesti ke sekolah mengikut akta pendidikan yang terkini. Yang menjadi kelamkabut nya ialah sebelum dan selepas sesuatu dasar yang besar hendak dilaksanakan atau dimansuhkan ianya tidak dapat dipisahkan (atau banyak sangat ) dari sentimen / kepentingan / tuntutan … politik, maka hasilnya juga macam orang main politik juga lah. Kita yang tak berpolitik ni, ter manggu-manggu lah ..
Terima kasih.
4 iryani : TQ for reading..give me your new address..