Skip to content

Ustaz dan pemikat-pemikat burung.

2009 October 8
by Guru Besar Pencen

Telah 2 kali saya lihat ustaz ini dikerumuni oleh ramai orang muda ketika dia hadir ke majlis kenduri. Kali ini pula kali yang ketiga saya lihat dia ketika saya menghadiri kenduri ‘arwah di rumah bearas saya. Dia bersila di beranda rumah sambil dikelilingi oleh orang muda-muda yang berpelajaran sederhana.

Ustaz ini nampak hebat dengan serebannya yang besar, 3 lapis baju yang dipakainya.. anak baju, baju kemeja, dan jeket muslim beserta kain pelikat yang bertali pinggang hijau..  Tangannya memegang tasbih yang buahnya besar-besar.  Perawatakannya seperti Mujahiddin di Afganistan.  Pada mulanya saya gerun dan kagum melihatnya. Kagum kerana ketiga-tiga kali saya bersua dengannya ia sering kali dikelilingi oleh orang muda-muda (kebanyakannya) bekerja sederhana.

Dari jauh saya mendengar perbualan mereka.  Tiada apa istimewa yang mereka bualkan, hanya perbualan biasa penuh dengan senda guru dan gelak ketawa.  Cuma dapat di ‘tangkap’ sekali-sekali antara perbualan itu banyak yang memuji dan mengagumi ustaz tersebut.  Sekali sekala saya terdengar lafaz ayat suci al-quraan dari mulut ustaz tersebut.  Kemudian beberapa orang muda minta diulang ayat tersebut oleh ustaz.  Ada diantara mereka yang mencatat ayat suci itu dalam tulisan rumi.  Saya juga sudah biasa mendengar ayat-ayat tersebut.  Perbualan dengan ustaz semakin rancak.

Pertemuan saya 2 kali sebelum ini juga – modus operandi – yang sama.  Kehadirannya di sambut oleh pemuda-pemuda  kampung saya dengan hidangan lauk pauk, termasuk sajian minuman daun ketom dan sembang yang berpanjangan.  Hati saya tertanya-tanya apakah fungsi sebenar ustaz ini sehingga ia begitu dihormati dan di sanjung tinggi.  Jawapan yang samar saya perolehi sebelum ini ialah beliau adalah ketua di kalangan orang-orang 3 lines.  Saya biasa mendengar perkataan 3 lines, tapi saya tidak begitu memahaminya dan mengambil peduli mengenainya.

Sambil perbualan hari itu berjalan, saya mencongak kesungguhan dan ketaatan pemuda di kampung saya bersama ustaz ini.  Bermula jam 11.00 pagi sehingga jam hampir 4.00 petang masih ramai pengikut yang mengelilingi ustaz ini datang silih berganti berbual mesra dengannya. Hampir saya akan meninggalkan majlis itu, 3 bilah pedang dikeluarkan dari sarungnya dan perbualan berkisar pula mengenai keunikan pedang tersebut yang mengandungi cerita-cerita mistik mengenainya.

Akhirnya saya pun minta diri untuk meninggalkan majlis tersebut sambil salah seorang dari peminat setia ustaz ini merakamkan pertemuan itu dengan perakam videonya.  Saya terus berfikir bahawa ramai di kalangan orang-orang Melayu kita sangat patuh kepada ketua yang berpendidikan agama.  Selain meminati kebolehan ustaz-ustaz ini dalam bidang agama, mereka  juga meminati perkara-perkara mistik, antaranya cerita-cerita luar biasa mengenai alam ghaib dan lain-lain kebolehan dan kelebihan mengenai perkara-perkara ghaib.  Langsung jika kepercayaan ini terus dipengaruhi ianya akan membuatkan seseorang menjadi semakin taksub;  sepertimana berita-berita yang kita sering di paparkan.  Bermulanya ajaran sesat ialah  dari ketaksuban seseorang kepada orang-orang yang mempunyai pengetahuan agama yang agak luar biasa.

Mungkin saya tidak betul, tetapi situasi sebegini agak membimbangkan.  Apakah sekumpulan pemuda ini mempunyai hala tuju yang jelas dalam penyatuan ummah yang sering kita di laung-laungkan ? Apakah mereka ini tidak mempunyai pemimpin lain yang boleh membawa mereka ke satu tahap pembangunan dan penyatuan ummah yang lebih berkesan?. Adakah perkumpulan sebegini perlu / sesuai pada masa kini ?.  Berkesankah perkumpulan yang sebegini bagi membantu memperkasakan orang Melayu – terutama di era masa kini di mana kita sedang menghadapi kerapuhan perpaduannya ?.

Saya baru perasan yang ketiga-tiga orang saudara saya itu (yang rumahnya dikunjungi ustaz tadi) adalah ‘pemikat burung’

..gbpencen…tak masuk mana-mana kumpulan pun,  kalau ada pun hanya ‘kumpulan yang sudah dipenghujung jalan’

4 Responses leave one →
  1. Wahidin/jie permalink
    October 8, 2009

    Assallamualaikum Gikgu,
    Ustaz ?!?! adakah benar2 dia ustaz dengan mejamu air daun ketom. Untuk makluman cikgu, saya pernah minum air daun ketom untuk menurunkan penyakit darah tinggi, memang berkesan darah tinggi saya turun dan kembali normal. Masalahnya air daun ketum itu memabukkan “stim” , hendak minum pun semasa hendak tidur malam saja. kalau minum disiang hari, nanti naik motor langgar tiang elektrik le
    Setahu saya ,sesaorang yang dipaggil ustaz tidak semestinya memakai serban cukup sekadar kopiah( songkok) , ketayap. atau tak pakai langsung macam ustaz 2 disekolah tu tak pakai serban pun masih dipanggil ustaz.

    Apakah yang menyebabkan mereka taksub dengan 3 bilah parang pedang. Setahu saya ada dua sebab:-
    1. Kemunkinan kononnya pedang itu ada kuasa boleh tarik duit dari langit.
    2. Kemungkinan kononya pedang itu boleh keluarkan nombor untuk berjudi . Maaf,,, saya beranggapan pemuda pemuda dikampung cikgu lebih kepada keseronakan duniawi semata mata.bukanya cenderong untuk mendalami islam itu sebenarnya.

    Maaf… Bagi saya buang masa aje menghadiri majlis seperti itu.

  2. October 9, 2009

    Yang tu lah yang membuatkan saya tertanya-tanya..
    Semoga dipelihara Allah kita semua. Insyaalah.

  3. Abdul Aziz Bin Mohd. Kassim permalink
    October 12, 2009

    Selamat Petang Cikgu,
    Kadang kadang manusia akhir zaman menjual agama untuk hidup…dan saya paling takut saya termasuk didalamnya. Saya takut orang melabel saya orangyang sebegitu.Kadang kadang bila saya bercerita hal hal berbau agama ni saya takut sekali..takut saya menjual agama, kerana saya bukan dari kumpulan manusia alim. Mungkin saya dari kumpulan manusia yang zalim…zalim pada diri sendiri dan mungkin zalim pada yang lain. Menyiksa manusia tanpa sedar.
    Wassalam

  4. gbpencen permalink
    October 12, 2009

    Aziz : Pentingnya kesederhanaan kerana anjuran kesederhanaan juga dituntut agama. Kita mengimbas tok-tok guru terdahulu mengajar kita amalan yang mulia. Kita mencontohi amalan harian mereka, tidak angkuh, tidak sombong, tidak menonjol diri.. semuanya lillah hi..taala. Sampai ke hujung usia mereka dihormati, di kagumi dan diingati.
    Bila saya membaca al quraan, saya merujuk kepada Tok Hj Che Mea, guru quraan saya dalam entri : Iklan – Harta Puaka untuk di jual.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 3 + 5 ?
Please leave these two fields as-is: