7 x 3 = 21
Dua situasi :
Situasi 1 :
Selang 2 malam saya berdepan dengan tazkirah di sepanjang bulan puasa lalu. Ustaz silih bertukar ganti. Yang suara lembut, keras, separa menjerit. Ada yang lulusan Universiti, Mesir, penceramah bebas, sekolah Arab, pensyarah maktab dan dari sekolah pondok. Ramai yang memberi ceramah. Saya keletihan dan mengelak beberapa tazkirah yang diadakan. Jahil sungguh saya.
Situasi 2 :
Hari ini, cucu saya terperosok dicelah didinding, merajuk kerana saya tidak mengajaknya sembahyang Maghrib bersama seperti selalu. Mampu saya memujuknya untuk membaca ‘iqra’ bersama saya sebelum kami berjamaah Isyak. Betul kata ustaz : Bahagikan pendidikan kanak-kanak kepada (3) : Bermainlah dengannya sehingga usia 7 tahun, (fasa 1) berilah didikan / agama sebaiknya sehingga usia 14 tahun (fasa 2) dan bebaskanlah ia ketika berusia 21tahun (fasa 3) . Saya terdengar ceramah yang membawa ungkapan tersebut melaui radio ketika saya sedang bekerja di pejabat (kilang tempat saya bekerja)
Dua situasi ini merujuk kepada keperluan mendalami ilmu agama untuk diri sendiri dan untuk generasi akan datang. Sering dapat kita lihat di masjid / surau, mengadakan ceramah hampir setiap malam. Bebagai-bagai jurusan ilmu agama diperdengarkan. Jengok di dalamnya, ramai yang datang mendengar dengan kyusuk tanpa berkata apa-apa. Ada setengahnya terlena bersandar di dinding. Semuanya akan mendapat keberkatan ilahi, insyaalah.
Situasi yang satu lagi, juga keperluan didikan agama kepada anak-anak di rumah sebagai persediaan menghadapi usia 21 tahun mereka. Disekeliling ada anak-anak kita, anak-anak didik kita, anak sahabat-sahabat kita dan anak jiran kita, Melayu kesemuanya.. telah hilang arah. Belumpun mencapai 21 tahun, ketika di fasa 2 lagi sudah tidak terarah. Maka ungkapan 3 x 7 ini sangat besar maknanya dan molek di debatkan.
Perdebatan boleh dimulakan ketika mana kita rata-rata dengan mudah akan mendengar berbagai-bagai hujah, pandangan, pendapat, teguran dan kutukan melalui ceramah-ceramah agama.. di radio, di televisyen, di surau / masjid, di khutbah bahkan di rumah tuan guru – tuan guru.. pada sebilang masa dan pada setiap hari tanpa henti, secara berterusan. Melalui ceramah, ianya satu ilmu yang diperturunkan untuk di dengar dan dihayati, yang penting adalah untuk diamalkan.
Apakah tindakan selepas ceramah ini. Impaknya ialah tiada satu kesepaduan dalam merealisasikan isi ceramah. Ianya tidak mempunyai tindak ikut yang tersusun, tiada ada perancangan yang teratur, tiada kerjasama semua pihak, tidak melalui pendekatan yang sistemmatik dan langsung tiada pemantauan. Maka hanya mendengar ceramah sahaja kemudian pulang ke rumah dengan rasa puas kerana memperolehi ilmu untuk diri sendiri. Organisasi yang menjadi penganjur ceramah hanya akan bangga kerana dapat menyediakan ceramah sedang isi ilmu dari ceramah itu terhadap ‘audience’ yang hadir tidak diterjemahkan sebagai satu gagasan menuju kepada kejituan dalam kehidupan seharian. Kalau hendak diikutkan, organisasi yang dimaksudkkan (khariyah masjid – contoh) sebagai penganjur mempunyai hak mutlak untuk merealisasikan ‘isikandungan’ ilmu tersebut melalui pendekatan yang telah dinyatakan di atas.
Maka anak didik Melayu yang tidak terarah itu, terus berlarutan tidak tentu arah. Tolong nafikan kalau ada yang tidak bersetuju ungkapan ini. Kita terimalah hakikat ini. Akhirnya, kita semua akan bertanya bangau, mengapa ia kurus… semua akan menyalahkan orang lain. Marilah kita terima hakikat bahawa kita semua bersalah ataupun tersilap arah. Dari 10 ceramah yang diadakan, mari kita cuba lihat (kalau ada) satu program mendekati anak-anak didik Melayu yang bersalah arah ini yang telah dijalankan. Siapa yang mendekati mereka, yang mengajak mereka bersama bersuka-suka sepertimana yang mereka suka, sebelum diajak mereka untuk ber qiamullail, bersemabahyang tahajud, kem ibadat dan merapak berdoa memohon limpah ilahi. Semuanya akan pulang dari masjid / surau setelah memperolehi keberkatan ilahi sejurus tadi (mendengar ceramah).
Oleh itu, sama-sama kita hayati apa yang kita boleh buat untuk 3 fasa pendidikan ini melalui surau dan masjid kita. Disamping kita sibuk bertanya-tanya siapa penceramah handalan / tok gu handalan yang akan berceramah nanti malam, esok malam dan malam-malam yang akan datang, kita kena juga sibuk siapa yang akan kita dekati antara umat-umat anak melayu yang sudah tidak tentu arah sekarang ini selain kita hanya mendekati diri dan keluarga kita sendiri, anak-anak dan cucu-cucu kesayangan kita sahaja.
Ianya harus bermula dari institusi tertinggi dalam daerah / kawasan kita, iaitu dari surau dan majid kita.
…gbpencen…menyampaikan suara hati sahaja kerana suara sebenar hanya sayup-sayup kedengaran, atau sudah hampir tidak kedengaran.
Salam Cikgu,
Dalam kelam kabut nak buat Company Presentation ke MRCB, sempat jugak saya jengah artikel terbaru cikgu ini. Ada banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu sebelum anak anak mula bercuti. Dalam mengambil Buku Kemajuan anak sempat jugak saya bertemu rakan-rakan ibu bapa Sekolah Bandar Sri Damansara 1. Banyak yang diceritakan tapi saya tertarik dengan satu komen dari kawan saya.
Katanya ” Adalah tidak patut seorang Guru memarahi atau meninggi suara kepada Ibu Bapa dihadapan anak anak murid. Kita tahu kuasa autonomi gikgu disekolah. Akan tetapi mereka kan Guru.Bagaimana boleh anak anak kita menghormati ibubapa kalau seorang guru tidak menghormati ibubapa murid muridnya. Bukan kah ada pepatah ” Kalau Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari “…hmmmm pedas dan pedih. tapi andaikata Guru dan Ibubapa saling tak menghormati. Yang pasti anak murid akan menari atas kubur kita nanti.
Selamat Tengahari Cikgu.
Salam Aidil Adha.
Moga Korban menjadi kenderaan di kemudian hari.
Sampai gitu sekali, memang saya tidak boleh terima. Di susun dengan rapi, diolah dengan teliti, dilaksanakan sesuatu program (interaksi guru / waris) akan menjadi wadah penyambung bicara murid di bilik darjah dengan sekolah agar berkesan.
… guru oh guru … waris itu adalah pelanggan kita, apatah lagi murid-murid sekecil itu …
Selamat Hari Raya Aidil Adha