Skip to content

Juruacara Sekolah

2009 November 17
by Guru Besar Pencen

Kalau tidak menjerit bukanlah juruacara handalan, namanya.  Itulah kesimpulan yang saya boleh buat melihatkan juruacara atau pengacara di dalam program-program televisyen sekarang. Pada saya ianya satu trend baru dalam dunia hiburan ‘melayu’ masakini. Apa kelebihannya mungkin orang muda-muda sahaja yang tahu menilainya.

Saya (sebagai Guru Besa) memang berhati-hati dalam mengendalikan program di sekolah.  Walaupun mungkin ianya hanya majlis kecil bersama murid-murid tetapi ianya harus diuruskan dengan sebaik mungkin.  Juracaranya mesti peka dengan suasana majlis. Ia akan mengundang kepada keberkesanan dan penghormatan kepada majlis itu sendiri.

Kali pertama (seingat saya ) cg Zamri dipilih untuk menjuruacarakan satu majlis yang melibatkan waris, beliau membawa sekeping kertas ke bilik saya di suatu petang. Raut wajahnya saya nampak gelisah.  Beliau juga membawa sekeping kertas program yang mengandungi aturcara majlis. Persoalannya bukan apa yang akan ditanya olehnya kepada saya tetapi saya pasti beliau ingin menjadi juruacara yang perihatin seperti kehendak saya. Walaupun saya tidak menyatakan, tetapi ungkapan yang pernah saya beritahu kepada semua guru membawa maksud ‘saya mahu apa saja majlis di sekolah harus berjalan dengan sempurna, sesempurna yang boleh…’

Saya telah menyatakan segalanya yang patut saya nyatakan kepada cg Zamri.  Saya menjadi juruacara di depannya.  Saya nampak semacam dia menyalin skrip yang saya ucapkan secara spontan.  Beliau terus menyelami saya.  Saya tidak memperlekehkannya. Satu nada yang  jelas dan kata-kata yang jitu.  Esoknya majlis berlangsung.  Zamri mengintai senyuman saya.  Majlis berjalan seperti sepatutnya.  Cacat celanya boleh dibaiki.  Saya telah meberinya ruang, peluang dan bimbingan yang sepatutnya kepada beliau.

Majlis seterusnya beliau terus berkembang.  Kalau diberi cadangan, namanya sentiasa dicadangkan walaupun kadang kala diberi lalauan kepada rakan-rakan yang lain.

Semalam saya telah dberitahu bahawa beliau (cg Zamri) dipilih sekali lagi menjuruacarakan majlis Hari Anugerah. Telah 2 tahun saya meninggalkan majlis seperti itu.  Walaupun rasa sangat rindukan majlis seperti itu, tetapi kerinduan itu sedikit terubat bila mendengar khabar bahawa anak didik saya diberi peluang untuk menjuruacarakan majlis tersebut.  Saya pernah menyatakan bahawa bukan semua guru ‘tahu segala-galanya’. dan saya juga menyatakan ‘kita’ perlu memberi bimbingan, kepada mereka agar mereka akan terus boleh mewarnai ‘sekolah’ mereka sendiri (sekurang-kurangnya) .  Berikan juga mereka peluang, ruang  dan keyakinan.  Mereka dan sekolah akan dihargai dan dipandang tinggi.

Saya tidak belajar komunikasi dimanapun juga sepanjang hidup saya.  Saya hanya perihatin sesitiviti ‘audience’.  Saya pernah melihat majlis bercelaru dengan tingkah laku juru acaranya.  Juga majlis yang dicemuh oleh hadirin kerana tidak terurus susunannya, meleret-leret, berjela-jela.  Saya pernah mendengar dan mematuhi teguran pegawai JPN yang cerdik pandai.  Oleh yang demikian saya perihati. Saya melihat dan mendengar cerdik pandai melalukannya dan saya cuba lakukan.  Saya juga menilai komen-komen yang pernah diberikan.  Makan jadilah ia sebuah ‘ilmu – syok sendiri’

Turun ke  padang (dewan ) menyusun meja kerusi, pentas, kedudukan itu dan ini.  Pastikan hiasan pentas tidak seperti ‘raya hindu’ dan yang penting sisitem bunyi yang berkesan, (kalau perlu, belanjakan sedikit wang tambahan tanpa kedekut).  Lain-lain dalam keadaan kemas dan teratur.  Pendek kata semuanya saya perhati dan uruskan (bersama rakan guru yang lain).  Pasrikan juga prosedur penyampaian hadiah – susunan hadiah, susunan pergerakan murid, tata tertiban murid menerima hadiah dan sebagainya.  Pastikan masa yang tepat.. semuanya – supaya majlis tersebut akan dihormati oleh semua yang hadir…

Akhirnya Zamri akan berdiri dengan megah dalam majlis yang serba sempurna.  Tahniah Zamri ! ….

…gbpencen…baru tersedar yang sudah lagi tidak diberi peluang untuk memberi ucapan.

5 Responses leave one →
  1. jhyvtec permalink
    December 29, 2009

    cikgu zamri?? dia memang best..

  2. mas permalink
    April 4, 2011

    semua org ingt senang sbnrnya jd MC ni..dtg2, bc jer ape yg ditulis..dh la teks tu kn karng sndri smpi kul 2 3 pg..nk buat mcm mn,rheasl last mint..eee..slalu jd mcm tu,dh msk..mereka tak thu, MC bkn skdr membca,tp dialah yg mngemudi utk memastikn mjlis berjln dgn smpurna. Klu slh MC ckt jer mesti audience perasan. MC pun malu sorg2 kat dpn tu..tp klu mjlis tu elok,xde plk smbngan untk MC tnda terima ksh..skrng kurgnya cndrmata tnda kng kngan utk memngingati..itulah senario yg terjd kpd insan yg bergelar JURUACARA MAJLIS (MC)

  3. khairi din permalink
    April 5, 2011

    Saya pernah menegur pegawai JPN kerana mengherdik menghina YDP PIBG di depan Gurubesar. Saya tak pasti samada pegawai dari Putrajaya tu aware saya didepan nya atau pon tidak. Perlakuan seolah mereka ini Tuan Besar ladang kelapa yg memakai seluar dgn seekor anjing besar. Tidak salah mereka membawa tongkat sakti anugerah Mahyudin Yassin tapi bawalah sama tanggungjawab utk memajukan pelajaran n didikan. Apakah mereka puashati dgn polisi didik rakyat Msia yg suka buang sampah, tak suka main bola petang petang tapi merempit, meragut peeeeih. MOE kita 20 tahun tertinggal dgn Germany, 10 tahun tertinggal dgn Korea. Adakah kita bersedia dgn 2020. Nak election baru nak kasi duit pd sekolah adakah itu polisi MOE. Didikan bukan keluarkan duit bila nak election tetapi keluar satu didikan to grom rakyat bukan saja pandai tapi tahu buang smph tidak melalui tingkap kereta, tidak hisap DaDah, tidak ambil ICE. Kirena kuni wo nozomitaidesu

  4. gbjawab permalink
    April 15, 2011

    Setengah orang merasa kita telah ke hadapan.. setengah orang merasa kita masih tertinggal.

    Orang yang biasa merantau mencari ilmu di serata pelosok dunia akan membuka minda membuat perbandingan samada kita di sini telah berjaya atau tidak. Maka peluang dibuka untuk anak-anak Malaysia meneroka dan kembali untuk menggantikan cara lama dengan cara baru yang lebih memberi kebaikan.

    Orang lama berjaya dalam zamannya, datang yang baru juga berjaya dalam zamannya dan generasi yang lebih baru mestilah membuktikan bahawa peluang untuk meneroka dunia digunakan sebaiknya untuk membuat perubahan supaya zamannya juga berjaya bersesuaian dengan zamannya.

    Ruang dibuka dan terbuka dan terhidang. Sesiapa yang boleh menyesuaikan diri boleh melakukan apa saja untuk memperjuangkan itu.. asalkan boleh diterima oleh majoriti.. juga berhemah.

    …gbpencen… hanya sesuai di zaman sezaman saya saje.. (sesuai = relevan)

  5. khairi din permalink
    April 18, 2011

    Saya sedang menonton NT7 drama China yg dirakamkan di China mainland. Didalam drama ini banyak value didik dan asuh. Sebelum ini saya suka tengok drama Korea. Ntah mengape saya kurang menonton drama Msia n Indon. Begitu
    juga drama India lebih2 lagi drama atau filem tamil. Salah satu ciri ciri untuk mencapai wawasan 2020 adalah mempunyai atau kaya dgn human resources yg bermutu tinggi. Malang nya wawasan ini semakin tenggelam di zaman Najib. Masyarakat Melayu khasnya sudah hilang punca bila kerajaan sendiri tidak bersungguh menjayakan wawasan ini. Anasir2 politik yg kotor dari pemerintah dan pembangkang sendiri mematikan nafsu nafsi untuk rakyat kedepan. Melayu semenjak thn 98 ke 2011 tidak jemu dihidangkan dgn angkat tilam, DNA, belakang mari, video dan jam Omega. Bangun tidor kita bukak internet cerita video, dulu cerita DNA, dulu dulu cerita Mongolia, dulu dulu lagi kisah Azizan(sekarang touke besar). Mana ada masa kita nak berisu tentang bisness, abt school, early child learning dan isu makanan seimbang. Ada pon yg berisu abt school adalah mereka2 dibidang itu bukan public. Mereka yg korporat berisu bisness. Masyarakat jelata tetap berisukan tilam, DNA dll. Akhirnya hasil dari situasi itu lahirlah masyarakat yg suka bercakap isu2 sex,sex, sex n sex. Baik pelajar, orang ofis, emak saya di kampung bertanya kabar dgn mukadinah “betoi ka video tu pelakonnya Dato…..?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 15 ?
Please leave these two fields as-is: