Skip to content

Mimpikan FAM disiang hari

2010 January 24
by Guru Besar Pencen

NTFA (Nibong Tebal Football Association) sedang menyediakan pasukan bolasepak untuk beraksi dalam Liga Malaysia / Liga FAM 2010.

Pada tahun 2002 NTFA mula beraksi dalam Liga Malaysia, merebut Piala FAM.  2003 berjaya ke separuh akhir Piala tersebut.  Dan 2004 menjadi Johan Piala FAM mengalahkan Pasukan Lada Langkawi. Seterusnya 2005 dan 2006 beraksi dalam Liga Malaysia / Liga Perdana,  Liga yang membuatkan kami terpaksa merana kerana perbelanjaan yang sangat tinggi.  2007 juga layak tetapi FAM terpaksa meminggirkan kami kerana tidak dapat meyakinkan FAM yang NTFA boleh membiayai pasukan dari segi kewangan.  Itulah bola sepak, wang, wang, money, money, dan itulah FAM  dengan bolasepak profesional ala Malaysia. NTFA digantung selama 3 tahun penyertaan dalam Liga M.  Tahun ini adalah tahun ke 4.. kami kembali lagi.

Fax terbaru saya terima dari Persatuan Bolasepak Malaysia minta dibekalkan beberapa maklumat tambahan dalam penyertaan Liga FAM.  Yang penting minta disegerakan pembayaran wang pertaruhan RM 30 000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu sahaja) bersama RM1 000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) untuk yuran mengambil bahagian. Maklumat tambahan selesai,  RM1 000 juga diselesaikan tapi .. satu surat terpaksa saya utuskan kepada Leftenan Jeneral Bersara, Setiausaha Agung FAM memohon penangguhan bayaran tersebut sehingga 5hb Febuari, 2010.

Kenangan lalu sudah menghantui saya semula. Dek kerana gila bola maka surat pengguhan itu saya majukan ke Persatuan Bolasepak Pulau Pinang untuk disokong dan dipanjang ke FAM. Dari dulu lagi sudah menjadi kebiasaan saya akan menyediakan berbagai-bagai surat (untuk FAM pertimbangkan) yang berkonsepkan : penangguhan,  pindaan,  rayuan, mohon simpati, mohon digugurkan dan ada yang sehingga ke peringkat rayuan.  Kebanyakannya melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan. Dan sekarang episod lakonan itu akan dimulakan kembali, insyaalah.

Walauapa pun SAH yang NTFA sekali lagi akan berada dalam arus perdana bolasepak Malaysia pada tahun 2010 ini.  Kerana terdapat beberapa orang gila sudah berada di dalam NTFA.  Dengan penuh yakin orang-orang ini sudah menjelajah seluruh perlusok negeri, rantau sebelah sini juga di sebelah sana mendapatkan sokongan terutama sokongan kewangan.  Saya telah diminta jasa baik dan akan terus menjalankan peranan saya selaku Setiausaha Kehormat (tanpa gaji) samaada ada atau pun tiada sumber kewangan. yang sedang dicari  Kerana saya juga salah seorang dari orang-orang gila yang berada di dalam NTFA.

Malangnya…

Semalam terima satu lagi satu fax dari FAM dengan meletakkan syarat penyertaan yang baru supaya NTFA menjelaskan hutang tertunggak 3 pemain import dari Nigeria dan Agentina, sebelum dibenarkan menyertai Liga anjuran FAM.

Pada bulan Mach atau April 2007,  Setiausaha Agung FAM yang terdahulu (Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad) telah pun memaklumkan kepada saya bahawa semua hutang-hutang tersebut termasuk hutang yang dituntut oleh beberapa orang pemain lain berserta semua perbelanjaan yang didahulukan oleh FAM kepada NTFA sudahpun dijelaskan dengan menggunakan wang dsposit penyertaan RM50 000 dan grant sumbangan dari FAM.  Sungguhpun begitu Dr Ibrahim tidak pernah memperincikan perbelanjaan (kira-kira kewangan FAM/NTFA ) itu kepada NTFA selama penyertaan kami dalam Liga Malaysia.

Persiapan sudah dibuat,  pemain sudah dicari,  pemilihan sudah dimulakan tapi semakan yang dibuat oleh Leftenan Kolonel (B) ini ke atas Dato’ Seri dr Ibrahim Saad telah mengubah suasana.  Apa yang disemak, mana yang betul dan mana yang salah (?) : Dato’ Seri Dr Ibrahim,  Dato’ Azizuddin, FAM atau NTFA.  Saya amat pasti NTFA yang bersalah dalam hal ini kerana ianya datang dari kelompok akar umbi, bukan dari mana-mana menara kaca atau tokoh-tokoh besar yang berjiwa bolasepak (kononnya)

…gbpencen…tulis surat rayuan lagi untuk memberi penjelasan.

5 Responses leave one →
  1. din permalink
    March 16, 2010

    Yahh!! Kampong ku ade pasukan bolasepak? Baru ku tahu setelah sekian lama merantau.. tahniah cikgu. FAM dgn lagak gaya nya yg gah macam org kaya tak berduit begitulah hendaknya.. TOE the LINE. Dah bertahun pasukan negara kecundang, dah bertahun kita tak pernah mencapai kejayaan antarabangsa. Vietnam yg baru habis perang pun dah ada pasukan yg disegani.. objektif FAM dah lari, mana dia talent scout FAM di sekolah-sekolah rendah? Mana pergi talent hunters di pendalaman? Zaman dulu, kita berbangga dgn Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Syed Ahmad, Ali Bakar, Isa Bakar, Yusof Bakar, Wan Zawawi, Santokh Singh dan ramai lagi.. Jabatan kerajaan tertentu bangga dgn pasukan bola sendiri, Penjara, PDRM, ATM pada satu ketika dulu gagah dgn pasukan bola nya.. sekarang jangankan bola, abok pun tarak..

    Tugas FAM telah di ambil alih oleh FELDA yang berhasrat untuk melahirkan pemain bolasepak terkenal.. kuihkuihkuih.. boleh ke?

  2. March 24, 2010

    Saya benar-benar mengharap agar Felda United dan Sime Darby(FAM Cup) dapat mewarnai bolasepak Malaysia kerana pasukan ini di kira berkemampuan. Tapi percaya lah bahawa buat masa ini era bolasepak profesional Malaysia memang memeritkan pengurusan ‘team’

    Kiranya keperitan ini dapat diperhalusi atau diatasi maka tidak mustahil ianya akan dapat terus bersaing kecemerlangannya dengan sukan-sukan Malaysia yang lain yang sudah ada di pentas dunia.

    Ohh… satu pendekatan (soalan) :

    Bila ramai pemain berketurunan Cina bermain bolasepak, bolasepak Malaysia akan terus ke hadapan ye … betul ke ? setuju ke ?.

  3. man permalink
    March 24, 2010

    setuju….. tapi kita boleh maju dalam bolasepak jika pemain kita berlatih di slovakia..

  4. March 30, 2010

    Terima kasih Abdul Rahman, anda memang budak baik, sesuai dengan nama Abdul Rahman bin Roslan. RR (Roll Royce… hebat dan menyerlah.

  5. April 29, 2010

    Saya sangat tertarik dengan konsep pengurusan dan belajar melalui pengalaman. coretan yang GBP berikan banyak memberikan pengajaran kepada saya sebenar untuk mengaplikasikan kaedah yang digunakan dalam bolasepak kepada pengurusan seharian, termasuk pengurusan semasa menjalankan tugas. kesan daripada pengalaman NTFA memang banyak mendorang saya untuk membentuk jati diri dalam kehidupan di mana zaman telah berubah.
    Saya andaikan dengan pengalaman GBP digabungkan dengan ‘kaki gila bola yang ada kini, keyakinan untuk terus jadi gila bola tidak akan terkubur begitu saja’ . Presiden dah termimpi-mimpi masuk liga FAM tahun depan.
    terima kasih GBP.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 15 + 12 ?
Please leave these two fields as-is: