Skip to content

Sekolah satu aliran ?

2009 December 15
by Guru Besar Pencen

Seorang pembaca meminta saya buat komen mengenai sekolah satu aliran. ‘ Gentlemen’ orangnya lengkap dengan gambarnya sekali.  Saya sampai hari ini hendak masukkan gambar saya dalam blog masih tidak tahu lagi.  Walaupun tanpa pengetahuan khusus mengenai perkara ini, hendak juga adanya saya membuat komen tanpa merujuk kepada maklumat yang terkini. Begitulah adanya..

Teringat saya satu masa dulu yang diwar-warkan sekolah satu sesi. Kelamkabut Guru Besar (GB) susun jadual waktu walaupun sekolah dua sesi hendak juga dijadikan seolah-olah satu sesi juga. GB kena kreatif, positif, efektif, inovatif, objektif dan lain-lain ‘tif’ lagi.  Saya buat.. jangan tak buat walaupun sekolah yang saya kendalikan dua sesi.

Kemudian ..

Teringat juga saya (satu masa dulu yang diwar-warkan) sekolah bestari.  Kata penceramah JPN, semua sekolah adalah sekolah bestari.  Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) membekalkan poster untuk promosikannya di sekolah.  Sekolah kawan saya penuh dilebelkan bestari.  Semuanya bestari. Kantin bestari, pejabat bestari, bilik darjah bestari.  Berkeping-keping CD juga berbagai jenis buku dibekalkan ke sekolah termasuk perlbagai program bestari diminta dijalankan.

Kemudian ….

Diikuti dengan program memperkasakan sekolah kebangsaan dan terus dengan pelaksanaan PIPP (Program Induk Pembangunan Pendidikan – Hishamuddin Tun Hussein).  PPD (riuh-rendah)  dikerah untuk menghafal pelaksanaannya dan GB pula (akan)  disoal jika tidak menghadhamkan PIPP.  Berkoyan-koyan maklumat, makalah, buku dibekalkan. Saya siapkan perancangannya bersama dengan semua guru di sekolah saya setelah mereka semua menerima taklimat dari saya.  Siap dengan lagunya sekali untuk dialunkan oleh murid-murid setiap kali perhimpunan.  Poster yang dibekalkan oleh ‘salesman Cina’ digantung penuh di sekolah.   Saya pun menunggu masa untuk memberi laporan pelaksanaan PIPP di peringkat sekolah (sampai pencen tiada siapa yang panggil saya untuk beri laporan )

Begitulah

Satu demi satu pelaksanaan yang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran untuk meperkukuhkan sistem pendidikan negara.  Kita patut mengucap syabas kepada pihak menteri-menteri dan orang-orang kanan di KPM kerana membuat perancangan dengan memandang jauh akan masa depan generasi akan datang.  Saban tahun ada sahaja pelaksanaan dasar besar yang diwar-warkan, tidak termasuk dasar kecil atau program kecil.  Berlambak-lamabak program yang sudah, sedang dan akan diterima di sekolah.  Memang hebat.

Akhirnya

Sekolah satu sesi belum menjadi kenyataan kerana banyak lagi kekangan yang perlu diselesaikan.  Segi perancangannya sangat ideal dan dapat membantu mengatasi banyak masaalah terutamanya masaalah sosial di kalangan pelajar.  Sekolah satu sesi juga dapat membantu  mengatasi kekangan masa untuk melaksanakan sesuatu dasar/program/aktiviti  oleh pengamal pendidikan di sekolah.  Ianya seolah-olah satu penangguhan yang tidak diwartakan. (?)

Sekolah Bestari  terus menjadi bestari dari segi peralatan dan bahan pengajaran tetapi agak terkebelakang dari segi pelaksanaan dan pemantauan. Segi penyelenggaraan dan pengurusan peralatan dan bahan banyak menimbulkan masaalah walaupun kelihatan seperti semuanya berjalan dengan baik tetapi kesan dan hasilnya, masih boleh diragui. Ianya tidak ditangguhkan tetapi nampak semakin hilang kabus bila matahari menjengah cahayanya..

PIPP sudah bertukar menteri.  Nampaknya menteri baru mengaggahi juga memperlengkapkan pelaksanaannya tetapi lebih kepada menonjolkan imej pendidikan baru nampaknya. (di bawah menteri baru).    Sebuah sekolah yang saya mengajar (baru-baru ini) GBnya masih menekankan supaya murid memahami 6 teras  PIPP – nyanyian irama PIPP masih berkumandang setiap hari Isnin – GB juga meminta murid sekolahnya menghafal 6 teras  PIPP supaya ayah dan emak mereka juga faham akan pembangunan Pendidikan di Malaysia.  Hebat GB ini (terus terang saya menyatakan – saya tidak melakukan begitu).

Soalan :  Mengapa ia berlaku begitu ?

Setiap GB baru di sesebuah sekolah juga mempunyai dasar sepertimana menteri pelajaran.  GB juga mendekati permasaalahan di sekolahnya dan mencari jalan mengatasinya.  Tindakannya akan dipelbagaikan  dengan mengambil kira semua kapasiti yang ada di bawah kawalannya secara objektif.   Kekangan yang ada dihalusi, pelaksanaannya dipantau, kegagalannya dihalusi dan diambil tindakan sewajarnya.  Tentu ada yang pro dan kontra.  Tentu ada yang kuat dan yang lemah.  Hakikatnya dalam kelompok sekolah yang kecil, tentu lebih mudah untuk dikendalikan, tidak seperti menteri mengendalikan satu kementerian,  dan se Malaysia.

Oleh itu ….

Apa saja pelaksanaan yang hendak dilaksanakan,  ianya sangat berhubung kait dengan keperluan.  Perlukah ssesuatu dasar itu diwujudkan.  Kalau perlu tentu sekali strateginya harus mantap dan berkesan termasuk prasarana, tenaga kerja, situasai, kewangan dan sebagainya.  Yang sedia ada sudah (kah) benar-benar bersedia untuk menerima dasar / program baru kerana ia melibat satu Malaysia.  Kalau tidak,  ianya hanya menguntungkan sesuatu pihak, sama ada pembekal. populariti seseorang atau institusi pengendali dan yang penting .. ada yang menjadi mangsa… iaitu (?)

Begitu jugalah Sekolah Satu Aliran : Pada pendapat saya ianya memang baik ….

Bunyinya gah, bersemangat.  Hujah-hujah (cerdik pandai) memang berkesan. Semuanya baik belaka walaupun ada yang menentang. Sebenarnya ianya telah dinyanyikan sekian lama dan sepatutnya lirik lagu itu telah lama diterjemahkan dulu lagi. Kegagalan melaksanakan kerana (pertama)  kerana kurang keberanian dari pihak pelaksana dan (kedua)  kerana kegagalan menyusun strategi akan terus menghantui pelaksanaanya kerana ianya bukan satu kerja yang mudah.

Apa yang digambarkan pada segmen-segmen di atas, pada saya sudah cukup untuk menggambarkan apa yang akan bakal berlaku setelah pelaksanaanya dimulakan. Kalau tiada keberanaian usah dilaksanakan.  Dan kalau tiada strategi yang berkesan juga usah dilaksanakan.  Laksanakanlah apabilanya ianya sudah cukup bersedia..

apabila ….

orang-orang yang berkentingan sudah mendiamkan diri dan bebaskan mereka dalam hal pelaksanaan ini;    jika tidak kita hanya akan melihat pelaksananya adalah dari kalangan pembekal peralatan, pembekal CD, pembekal buku yang meronta-ronta agar program itu dapat disegerakan.

Juga ketepikan orang yang hanya beriya-iya untuk mempromosi diri, (sepatutnya) biarkan orang pendidikan yang tiada berkepentingan menyusun strategi ini..

…gbpencen..banyak lagi nak tulis nih..

4 Responses leave one →
  1. eyna permalink
    December 15, 2009

    Salam,
    Yang tertekan adalah kami ‘guru2 kecil’ , ‘yang menurut perintah’.

  2. December 19, 2009

    Assalamualaikum. Dengan hormatnya saya menjemput anda bertandang ke blog saya dan blog isteri saya http://www.teacherrahila.blogspot.com kerana di sana mungkin ada mutiara yang anda cari selama ini. Sekian, terima kasih.

  3. RAMLAN permalink
    December 19, 2009

    Sekolah kita dikontrol oleh orang politik.Depa tu tak berdepan dengan masalah akar umbi yang kita menghadap setiap hari di sekolah.Wakil yang ada dalam kumpulan memberi pandangan diatas pun semua nak tunjuk pandai.Kita yang pening kepala.Ada saja dasar baru. Pasal yuran sekolah rendah dah cukup buat GB jadi gile.Kita merancang sebelum cuti, depa dalam cuti suruh kutip RM24.50 saja lain-lain2 meting dgn PIBG. Jadi, kena tukar semua lis buku dan cetak semula.Gile juga, ada ke logik hari pertama suruh belajar..Bodoh punya kerja..Minggu pertama biarla sekolah urusan suaikenal sendiri.bagi la masa untuk guru-guru baru adakan programnya sendiri bersama dengan murid baru,nak test iq ke ape ke?. Tu la perangai orang atasan..Kita ni Macam cerita Singapura Dilanggar Todak, Ada idea baik, “bunuh dia”..Tukarkan ke hulu..itu kerja orang atasan.kalu hampa pandai sangat, pila ajar budak2 asli bagi dapat 5A…

  4. December 21, 2009

    Guru yang perihatin memang perihatin. Ada 2 jenis perihatin: (1) mencari kesalahan (2) patuh perintah walau apapun .. tapi komen tetap komen. Walaupun apa yang dikomenkan tetapi saya yakin guru tetap menjalankan kerja guru kerana di depan matanya adalah mata-mata jernih yang pinta di belai.

    Syabas tak terkata kepada cikgu 2.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 3 + 7 ?
Please leave these two fields as-is: